Tips Move On Buat Wanita Masih Ingat Pakwe Atau Bekas Suami

Kami seronok untuk berkongsikan kepada anda semua tips move on buat wanita terhadap crush atau exsuami. Semua wanita mengalami masa-masa down dalam kehidupan kan. Jatuh disebabkan seorang lelaki amat perit kan. Jangan lama sangat tau down tu. Bangkit dan jalan terus.

Ada wanita diuji ditinggalkan seorang pakwe. Dia telah memberikan segalanya malah wang ringgit dan masa telah dihabiskan sepenuhnya buat seorang lelaki yang dikenali crush. Ada wanita yang telah mengikat janji dengan seorang lelaki sampai mati. Namun telah dikhianati dipertengahan jalan.

Tips-Move-On-Buat-Wanita-Masih-Ingat-Pakwe-Atau-Bekas-Suami 8 Tips Move On Buat Wanita Masih Ingat Crush Atau Ex Suami
pic credit : nature.com

Sememangnya kehidupan ini telah diciptakan sebegini rupa. Ada wanita yang seakan-akan bahagia,tiada keresahan diraut wajah. Namun menyimpan seribu satu keperitan. Ada wanita yang sengsara diawal kehidupan, namun bahagia hingga akhir hayat.

Allah telah menetapkan semua daripada kita akan setiap orang yang akan hadir dalam kehidupan kita. Yea.Telah ditentukan oleh Allah namun kita sebagai manusia yang kerdil hendaklah memohon doa dariapda Allah agar dipertemukan jodoh yang betul-betul membawa ke syurga.

Saya sendiri telah mengalami perpisahan yang memenatkan. Namun aturan Allah itu dahsyat. Jadi, apakah kekuatan yang membolehkan saya bangkit dan jalan terus tanpa toleh??.

Tips move on apakah yang mujarab bagi wanita yang dalam keadaan kesedihan menggila ditinggalkan pakwe dan suami?. Berikut adalah 8 tips move on buat wanita yang saya sayangi. Selepas baca tips ini, jangan toleh ke belakang dan jalan terus je.

Tips-Move-On-Buat-Wanita-Masih-Ingat-Pakwe-Atau-Bekas-Suami 8 Tips Move On Buat Wanita Masih Ingat Crush Atau Ex Suami
credit: pinterest

1.Mindset
2.Stalker
3.Pencipta
4.Hobi
5.Nilai Diri
6.Delete
7.Keluarga Dan Rakan
8.Create Aset

1. Mindset

Setiap daripada manusia diberikan akal yang sempurna. Daya pemikiran seharusnya dijana untuk menghasilkan keputusan yang betul dan mantap.

Apabila hendak move on, set kan dalam kepala bahawa semua ini adalah takdir. Sememangnya berat untuk cakap ini takdir. Tapi sedaya upaya ubah mindset bagitahu dekat diri sendiri bahawa 50 ribu tahun sebelum kelahiran kita, Allah sudah tetapkan jodoh dan pasangan kita.

Cerai berai atau orang-orang terdekat yang akan bersama kita telah ditetapkan oleh Allah. Set kan dalam minda mereka ini datang untuk kita ambil pengajaran dan tidak memperlakukan sedemikian untuk orang lain.

Tips-Move-On-Buat-Wanita-Masih-Ingat-Pakwe-Atau-Bekas-Suami 8 Tips Move On Buat Wanita Masih Ingat Crush Atau Ex Suami
credit atriumstaff.com

Tanamkan dalam fikiran bahawa ujian ini datang untuk memperkuatkan diri kita untuk tujah ke hadapan.

Untuk pengetahuan anda, saya sendiri melalui banyak ujian. Kita kena move on. Set kan dalam kepala insyaAllah akan hadir yang lebih baik.

2. Stalker.

Setiap kenangan yang telah tercipta disimpan dalam memori. Lebih menyakitkan memori itu telah direntap. Jadi, jangan menjadi stalker yang berjaya.

Putuskan semua medium yang membolehkan anda untuk melihat stalker ex anda. Orang sudah tinggalkan diri anda. Buat apa anda hancurkan kehidupan sementara ini depan stalker orang tidak menghargai anda.

Tips-Move-On-Buat-Wanita-Masih-Ingat-Pakwe-Atau-Bekas-Suami 8 Tips Move On Buat Wanita Masih Ingat Crush Atau Ex Suami
credit apakataorang.com

3.Pencipta

Kita ada pencipta kita. Aturan telah ditetapkan.Yea memang menyakitkan. Tetapi ketahuilah bahawa anda adalah hanya seorang hamba. Meskipun gilanya anda sayang akan crush atau ex suami lagi, ia tetap akan pergi.

So, kembali kepada pencipta kita iaitu Allah. Tanam dalam hati, aku ini sekadar hamba. Tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah.

4.Hobi

Bagi meneruskan move on, wujudkan habit baharu dalam hidup anda. Habit adalah tabiat yang akan terlekat dalam kehidupan seharian. Jadi, ubah sekarang tabiat dan habit anda sekiranya anda ingin selamat.

Yea, betapa ramai yang masih mengalirkan air mata mengenangkan kisah-kisah berpuluh tahun yang lepas. Ubah habit anda seharian. Biasakan habit baharu.

5.Nilai Diri

Penilaian kendiri amat penting bagi diri kita. Andakah berbaloi annda yang bernilai ini meratapi disebabkan crush or ex suami? Adakah sekadar itu nilai diri anda? Adakah nilai anda hanya sebuah perpisahan?.

Cuba untuk create nilai diri anda. Orang yang meninggalkan diri anda adalah seorang yang rugi kerana dia telah meninggalkan permata.

Tips-Move-On-Buat-Wanita-Masih-Ingat-Pakwe-Atau-Bekas-Suami 8 Tips Move On Buat Wanita Masih Ingat Crush Atau Ex Suami
credit: freepik.com

Wanita adalah permata. Oleh itu, sebagai wanita, anda adalah permata tidak ternilai dan permata tidak layak bersama lumpur. Ini menggambarkan bahawa anda adalah seorang bernilai. Anda tidak seharusnya mengalami kemurungan dan skait hati melihat kebahagian crush atau ex suami.

6. Delete

Delete adalah cara yang efisien. Delete disini bermaksud buang semua memori kenangan anda. Apabila delete kenangan trersebut maka cipta dan penuhkan memori-memori baharu. Memang susah nak delete kan?.

Percayalah ini semua memakan masa. Masalah penentu bagi kenangan yang bersarang. Saya cakap memang mudahkan. Tetapi anda yang mengalami yang merasai keperitan.

Untuk pengetahuan anda, artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis. Penulis mengalami pengalaman yang buruk dan menjatuhkan motivasi penulis.

Namun, kelahiran laman web ini adalah bukti penulis tidak akan mengalah sebelum berjuang.

7.Keluarga Dan Rakan

Keluarga dan rakan baik adalah insan yang terpenting dalam kehidupan kita. Ibu bapa adalah orang pertama mengenali diri anda dan rakan-rakan adalah cerminan diri kita. Sedaya upaya untuk meluahkan kepada ahli keluarga akan kesakitan diri ini.

Perkara ini seharusnya diceritakan. Memang masalah sedia ada tidak akan dapat diselesaikan tetapi sekurang-kurangnya segala beban anda telah dibaling keluar.

Tips-Move-On-Buat-Wanita-Masih-Ingat-Pakwe-Atau-Bekas-Suami 8 Tips Move On Buat Wanita Masih Ingat Crush Atau Ex Suami
credit pixabay.com

Jika anda hendak bercerita kepada rakan baik maka berhati-hati. Selagi mana boleh dielakkan maka elakkan bercerita. Kerana sepanjang pengalaman saya, selepas kita bercerita kepada mereka, memang lega namu jauh disudut hati terdapat sangkaan negatif takut-takut mereka bercerita kepada orang lain. Bukan semua rakan macam tu namun berhati-hati lah yea.

8.Create Aset

Cipta aset. Aset adalah sesuatu yang sangat penting. Sedaya upaya untuk cipta aset seperti emas,saham atau hartanah. Bunyi macam kelakar namun aset sebegini mampu (INSYAALLAH) membahagiakan kepala kusut anda.

Ramai daripada bekas isteri tidak mempunyai aset yang telah dinyatakan. Menyebabkan mereka telah jatuh begitu teruk selepas ditinggalkan suami. Cipta aset anda. Buktikan kepada mereka bahawa anda akan bangkit dan bangkit suatu hari nanti.

Tips-Move-On-Buat-Wanita-Masih-Ingat-Pakwe-Atau-Bekas-Suami 8 Tips Move On Buat Wanita Masih Ingat Crush Atau Ex Suami
credit .hmetro. com.my

Oleh itu, setiap ujian yang datang dalam hidup kita adalah daripada Allah. Ketahui bahawa Allah Maha Mengetahui bahawa anda mampu menghadapi ujian yang telah diberikan. Jangan jadikan perpisahan yang berlaku menyebabkan anda down jatuh rebah dalam kehidupan ini.

Cuba sedaya upaya untuk bantu diri anda sendiri. Tiada orang lain dapat membantu anda melainkan diri anda. Mereka telah seronok meninggalkan anda dan anda wajib buktikan kepada diri bahawa “AKU BOLEH dengan izin Allah”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.