Lapar? Tak tahu nak masak apa? Jom cuba resepi ayam goreng lengkuas? Gerenti sedap, mudah dan cepat disediakan.

Ramai yang bertanya kenapa nama masakan kita pada kali ini ada lengkuas. Yer la disebabkan hero pada masakan kita ialah lengkuas. Haa sebab tu yang jadi ayam goreng lengkuas.

Dan mesti ada juga yang tertanya-tanya apa kelebihan yang ada pada lengkuas? Sebab dah berjaya jadi watak utama dalam masakan kita pada kali ni. Hehehe jom la kita cari gali sedikit fakta mengenai lengkuas.

resepi ayam goreng lengkuas 12
shopee.co.id

Sebab orang tua selalu kata, kalau tak kenal maka tak cinta. Jadi sebelum memasak ayam goreng lengkuas kita kena berkenalan dengan tumbuhan ini dulu. Nak tak berkenalan dengan tumbuhan bernama lengkuas ni?

Lengkuas adalah bahan yang wajib ada di dapur. Orang cakap kalau tiada lengkuas maka tak berasap la dapur. Ehh betul ke?

Pandai-pandai la jawab sendiri yer. Alphinia galanga merupakan nama saintifik kepada lengkuas. Kalau kat Malaysia dipanggil lengkuas manakala di Indonesia lebih sinonim dengan galanga.

resepi ayam goreng lengkuas 13
plantbiotech.com

Banyak-banyak info bagi saya yang menarik ialah lengkuas ni sedap nak masak apa. Haha kepala ni terus terlintas masakan ayam goreng lengkuas, tomyam, singgang dan banyak lagi.

Kalau nak senaraikan memang sampai esok tak habis orang kata. Kalau nak tahu, lengkuas ni jangka hayatnya panjang tau. Sebab apa?

Lengkuas ni merupakan tumbuhan perennial. Itu sebabnya tumbuhan ni susah nak mati bila kita tanam. Jadi, sesiapa yang jenis malas siram, membaja dan sebagainya.

resepi ayam goreng lengkuas 14
uihere.com

Boleh la cuba tanam tumbuhan lengkuas. Memang sesuai la untuk orang yang jenis pemalas haha.

Ehh jap, ayam goreng lengkuas ni sesuai makan dengan apa yer? Alaa jangan susah-susah hati nak pikir. Sebab masakan ni sesuai sahaja di makan dengan nasi panas atau pun diratah.

Perghh nanti masa kunyah ayam goreng lengkuas tu kita dapat rasa lengkuas yang sedap. Memang sedap di dalam, rangup di luar masakan ni. Sesuai di makan untuk segenap lapisan umur.

resepi ayam goreng lengkuas 15
style.tribunnews.com

Tak kira muda, tua atau kanak-kanak. Pasti akan menggemari ayam yang digoreng dengan lengkuas ni. Kalau tak percaya cuba la dulu baru tahu.

Do not judge a book by its cover. Lebih kurang nak cakap, kita ni jangan menilai luaran masakan tu. Cuba rasa dulu macam mana.

Sebab ada jer masakan yang luaran nampak tak menarik tapi rasanya sedap. Tapi berbeza la dengan masakan kita pada kali ni. Sebabnya masakan ni semua dah sedia maklum sedap.

resepi ayam goreng lengkuas
library.kissclipart.com

Mesti ada yang kata ‘lengkuas tak sedap la’ ataupun ‘eii dah takde makanan lain ke nak makan’. Haha sebenarnya banyak yang kita tak tahu mengenai tumbuhan lengkuas ni. Jadi, daripada kita terus menerus berfikir macam budak tadika.

Jom kita lihat apa kebaikan lengkuas kepada tubuh badan kita. Allah SWT tidak menciptakan sesuatu tumbuhan tu melainkan untuk bagi manfaat pada kita. Betul tak apa yang saya cakap?

Jadi, buang la mentaliti kita yang tak berapa nak matang tu dan cuba buka mata tu luas-luas. Baru la orang kata educated gitu. Ok, done membebel.

Manfaat Lengkuas Pada Kesihatan

Nak tahu tak manfaat lengkuas untuk tubuh badan kita? Pertama, lengkuas membantu melancarkan pencernaan kita, mencegah kanser dan menurunkan demam.

Kalau nak tahu lebih lagi tentang manfaat lengkuas. Sila rajin-rajinkan diri kita tu tanya encik google. Confirm dalam masa kurang sesaat dah keluar info yang kita nak.

Tinggal malas atau rajin jer jari tu nak google. Betul tak? Tapi takpe selagi tahu, saya takkan lokek untuk kongsikan buat semua.

resepi ayam goreng lengkuas 16
ms.compozi.com

Ehh jap lupa la nak bagi tips untuk menggoreng ayam bagi rangup. Krukk krapp kruk krapp. Nak ke kalau saya nak kongsikan?

Siapa yang nak cuba angkat tangan tu? Hahaha ok gurau jer. Do not take it serious okay.

Cara Goreng Ayam Lengkuas Biar Rangup

Cara goreng ayam bagi rangup di luar masak di dalam ialah mesti guna minyak yang banyak. Senang cerita, biar ayam yang kita nak goreng tenggelam dalam minyak panas. Baru la ayam masak dengan sekata dan sempurna.

Selain itu, masa menggoreng ayam pastikan api sederhana. Kalau api terlampau besar. Ayam akan jadi cepat hangus dan bahagian dalamnya tidak masak.

Haa sebab tu penting untuk kita pelajari tips sebelum nak memasak. Nak ke tanya ni. Sanggup ke makan ayam yang masih berdarah dan tak masak?

Tak sanggup kan? Tengok pun dah meloyakan apa lagi nak makan. Tahukah kita bahawa ayam yang masih berdarah mengandungi bakteria salmonella?

resepi ayam goreng lengkuas 17
khalifahmedianetworks.com

Jadi, sebab tu tak elok kita makan ayam yang masih mentah. Dan penting untuk kita pelajari ilmu nak goreng ayam bagi rangup. Takkan la nak bagi orang yang kita sayang makan ayam yang masih mentah kan?

Terima kasih buat Puan Bahiah Saripuddin kerana sumbangkan resepi ayam goreng lengkuas untuk kita cuba bersama. Ohh no. Now, without wasting time.

Let’s take a look on the ingredients that we need to cook. Let’s go guys.

Resepi ayam goreng lengkuas

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (potong kecil)
4 inci lengkuas
2 batang serai
1 inci halia
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
Minyak untuk menggoreng
resepi ayam goreng lengkuas
Bahan-bahan yang diperlukan.
Cara Penyediaannya:
1. Satukan semua bahan kecuali serbuk kunyit. Kalau ada kunyit hidup lagi sedap. Cheyah takde. So blenderkan yang mana ada.
2. Masukkan ke dalam ayam. Tambahkan serbuk kunyit, garam dan gula. Gaul sebati.
3. Panaskan ayam seketika. Masak guna api sedehana sehingga ayam separuh masak dan rempah tu meresap ke dalam ayam.
4. Goreng ayam sehingga kekuningan dan masak. Dah siap! Senangkan. Masak senang je janji makan tu sedap gila. Eh hahaha.
resepi ayam goreng lengkuas 1
Kisarkan semua bahan-bahan di atas.
resepi ayam goreng lengkuas 2
Masukkan bahan yang telah dikisar bersama ayam.
resepi ayam goreng lengkuas 3
Tambah garam satu sudu kecil.
resepi ayam goreng lengkuas 4
Tambah dua sudu kecil gula.
resepi ayam goreng lengkuas 5
Tambahkan sedikit serbuk kunyit.
resepi ayam goreng lengkuas 6
Gaul semua bahan tadi biar sebati.
resepi ayam goreng lengkuas 7
Letak atas api rebus sekejap.
resepi ayam goreng lengkuas 8
Tengok dia jadi kering dan separuh masak macam ni.
resepi ayam goreng lengkuas 9
Goreng ayam tadi hingga garing.
resepi ayam goreng lengkuas 10
Toskan seketika.
resepi ayam goreng lengkuas 11
Dah siap untuk dihidangkan.

Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua insan yang tersayang. Let’s spread our love by sharing this recipe to others. If you love them, you will let them know about this recipe that is very delicious.

Selamat mencuba resepi ini. Semoga sedikit perkongsian yang diberi akan memberi manfaat kepada semua.

💦 Jom join link Telegram dibawah ini..

 


💦 Jangan lupa like dan share page Kitpramenulis di FB yea.

💦 Jangan lupa dapatkan lembaran kerja di website kami kitpramenulis.com

💦 Cikgu-cikgu ada permintaan lembaran kerja dan cadangan? Wasap kami dibawah.

+6011-13141039

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.