Bapa Kanak-Kanak Autisme Dedahkan Tanda-Tanda Gejala Autisme (ASD)

Perkongsiaan kali ini adalah berkaitan dengan gejala atau tanda-tanda gejala autisme dalam diri seorang kanak-kanak.

Awalnya, artikel ini tidak bermaksud menimbulkan rasa cemas atau kerisauan, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses pembelajaran yang membantu kita mengikuti perkembangan anak-anak supaya kita bersedia mengambil langkah awal sebelum terlambat.

Pengenalan:

– Gejala atau tanda-tanda ASD boleh menunjukkan samada seseorang itu memiliki ciri-ciri ASD yang RINGAN atau sangat TERUK (very mild or severe).

– Sesetengah kanak-kanak Autism mula menunjukkan gejala-gejala ini seawal beberapa bulan kelahiran.
Ada juga sebahagiannya menunjukkan perkembangan NORMAL pada beberapa bulan pertama sejak kelahiran, lalu kemudiannya mula menunjukkan gejala-gejala ASD beberapa bulan selepas lahir.

– Akan tetapi sebahagian daripada ibu bapa kepada kanak-kanak ASD ini menyedari anak mereka mula menunjukkan gejala ASD apabila mencapai umur 12 bulan.

– Manakala antara 80% hingga 90% ibu bapa menyedari gejala ini pada anak mereka apabila mencapai usia 2 tahun.

– Kanak-kanak ASD akan mengalami gejala-gejala ini sepanjang hayat, tetapi tidak mustahil akan berkurangan apabila meningkat dewasa seiring dengan konsistensi terapi-terapi yang diberikan.

– Spektrum Autisme ini terlalu luas. Sesetengah orang mungkin mengalami masalah yang sangat ketara dan sebahagiannya tidak. Ada yang memiliki ciri A tapi tiada ciri B.

– Namun begitu, persamaan di antara mereka dapat dilihat secara umumnya dalam 3 aspek ini:

1. Kemahiran sosial (Social Skill)

2. Komunikasi (Communication)

3. Tingkah laku. (Behavior)

Ikuti Siri 2 untuk huraian selanjutnya ek.

Oleh: Izzat Abd Razak

ciri-ciri-autisme-asd Bapa Kanak-Kanak Autisme Dedahkan Tanda-Tanda Gejala Autisme (ASD)

Rujukan:
1. Portal National Institute of Mental Health, USA.