cara hilangkan bau masakan dalam rumah 2
kredit gambar: 100comments.com

Buntu dah macam mana cara hilangkan bau masakan dalam rumah? Memasak best tapi bau yang ditinggalkan selepas memasak tu memang kurang menyenangkan. Jangan risau kita semua tak berseorangan sebab kebanyakan suri rumah menghadapi masalah ni.

Saya faham kita dah berkobar-kobar nak memasak juadah istimewa buat seisi keluarga. Namun apa yang kita sebagai suri rumah, ibu dan isteri risaukan. Bila dah selesai masak mesti akan ada bau yang kurang menyenangkan.

 Bau Masakan Dalam Rumah

Huhuhu bau masakan tu kadang-kadang merebak ke seluruh rumah. Memang la bau masakan mulanya wangi tapi kalau dah lama. Rasa lemas juga kan.

Betul tak? Kalau ada tetamu yang datang rumah lagi rasa malu. Yer la sebab rumah kita berbau tidak menyenangkan.

Bukan sahaja udara dalam rumah menjadi tidak segar. Malah bau yang kurang menyenangkan tadi akan melekat di langsir, sofa dan sebagainya. Tapi kita semua jangan la risau.

Pasti Mudah, Murah Dan Berkesan

Gerenti kalau kita gunakan cara hilangkan bau masakan dalam rumah. Tentu rumah kita akan lagi wangi dan segar. Kita pun takkan malu dan segan dengan para tetamu yang hadir.

Memang cara ni sungguh mudah, cepat dan berkesan. Yer la saya faham. Kita nak pasang penyedut udara banyak-banyak di rumah.

Kadang-kadang tu tak mampu. Betul tak? Dengan ekonomi sekarang tak menentu dan kita pun perlu berjimat cermat.

cara-hilangkan-bau-masakan-dalam-rumah-1 Cara Hilangkan Bau Masakan Dalam Rumah. Memang Mudah Dan Berkesan.
kredit gambar: eizil.com

Jadi tak perlu nak pening-pening lagi. Guna jer cara hilangkan bau masakan dalam rumah. Pasti kita semua akan terkejut dengan hasilnya nanti.

Bajet pun kita tak perlu keluarkan banyak pun. Memang jimat tau dan paling penting. Bau yang kurang menyenangkan bila kita memasak tadi hilang.

Biasa bau kurang menyenangkan tu adalah disebabkan kita menggoreng ikan, menumis dan sebagainya. Memang bau kurang menyenangkan tu bukan sahaja di dapur. Malah ianya akan merebak ke seluruh ruang di dalam rumah.

cara-hilangkan-bau-masakan-dalam-rumah-1 Cara Hilangkan Bau Masakan Dalam Rumah. Memang Mudah Dan Berkesan.
kredit gambar: shopee.com.my

Boleh jer kita sembur menggunakan pewangi. Tapi kalau tiap-tiap hari nak sembur pewangi. Ish makan modal yang banyak juga tu.

Pewangi bukannya murah. Kita semua kalau boleh nak berjimat cermat. Yer la duit yang ada sekarang ni kita perlu simpan untuk kegunaan semasa kecemasan.

Daripada membazir beli benda yang kita boleh ikhtiar buat sendiri. Buat apa nak membazir duit tu. Guna jer cara hilangkan bau masakan dalam rumah.

Gunakan Bahan-Bahan Yang Ada Di Dapur

Murah, jimat dan paling penting keberkesanannya sama jer dengan bila kita sembur pewangi. Dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang harganya murah saja. Kita semua dah menyelesaikan masalah bau masakan yang kurang menyenangkan.

Jangan risau kerana bahan-bahan untuk cara hilangkan bau masakan dalam rumah. Memang mudah jer untuk didapati. Tak susah dan renyah pun bahan-bahannya.

Mesti semua dah tak sabar nak ketahu apa caranya kan? Meh kita semua sediakan pen dan kertas dulu untuk mencatat. Seeloknya kalau kita belajar sesuatu ilmu.

Kita kena banyakkan mencatat. Bukan baca sahaja tau. Nanti ilmu yang kita perolehi tu susah nak diingat kalau tak dicatat.

Cara Hilangkan Bau Masakan Dalam Rumah

  • Gunakan Daun Limau

Cara mudah nak hilangkan bau masakan dalam rumah. Kita gunakan beberapa helai daun limau. Basuh hingga bersih kemudian rebuskan.

Kuantiti daun limau tu terpulang pada kita. Kalau kita suka banyak sebab nak wangi kan. Maka rebus jer banyak-banyak.

Tiada masalah pun sebab daun limau kita kan hehe. Bila kita rebus daun limau tadi. Maka bau daun limau tu akan semerbak mewangi.

cara-hilangkan-bau-masakan-dalam-rumah-1 Cara Hilangkan Bau Masakan Dalam Rumah. Memang Mudah Dan Berkesan.
kredit gambar: keluarga.my

Jadi bau yang kurang menyenangkan lepas kita goreng ikan atau menumis akan hilang. Memang mudah sangat. Seeloknya, kita buka la pintu dapur dan tingkap untuk mempercepatkan proses menghilangkan bau.

Ni kalau pintu dan tingkap tak buka. Macam mana bau kurang menyenangkan tadi nak keluar. Hehehe senang jer kan cara ni?

Paling penting tidak menggunakan bajet yang banyak pun. Kalau kita ada tanam pokok limau purut sendiri. Lagi jimat dan senang tau.

  • Baking Soda

Tahukan kita yang baking soda bersifat anti bau? Jika kita nak hilangkan bau masakan dalam rumah. Kita hanya perlu taburkan baking soda di sekitar dapur atau tempat lembab.

Maka baking soda tadi akan menyerap kelembapan dan secara automatik. Bau yang kurang menyenangkan daripada masakan kita akan hilang. Kalau nakkan bau wangi.

cara-hilangkan-bau-masakan-dalam-rumah-1 Cara Hilangkan Bau Masakan Dalam Rumah. Memang Mudah Dan Berkesan.
kredit gambar: shopee.com.my

Kita perlu titiskan beberapa titik pewangi pada baking soda. Kemudian, kita tabur di sekitar dapur. Sangat berkesan cara ni.

Boleh la kita sama-sama mencubanya di rumah.

  • Kulit Kayu Manis

Cara mudah dan paling penting menjimat untuk hilangkan bau masakan dalam rumah. Kita panggang beberapa kayu manis bersama gula merah dan mentega selama beberapa minit. Aroma yang terhasil daripada proses memanggang kulit kayu manis tadi.

Mampu menghilangkan bau kurang menyenangkan bila kita memasak atau menggoreng ikan. Jangan risau kerana kita menggunakan bahan natural. Jadi ia takkan memudaratkan pun.

cara-hilangkan-bau-masakan-dalam-rumah-1 Cara Hilangkan Bau Masakan Dalam Rumah. Memang Mudah Dan Berkesan.
kredit gambar: sajionline.com.my

Kita juga boleh rebus kulit kayu manis dan cengkih. Selesai rebus, kita letakkan di satu sudut dekat dapur. Supaya aromanya akan merebak ke seluruh ruang dapur.

InshaAllah lepas tu bau kurang menyenangkan pun akan hilang.

  • Cuka

Jika menggunakan cuka kita dapat menghilangkan bau yang kurang menyenangkan di dapur. Caranya mudah sahaja. Kita titiskan beberapa titik cuka ke dalam air panas.

Maka aroma yang terhasil akan membantu menghilangkan bau kurang enak tadi. Haa senang kan kalau kita gunakan cara seperti di atas. Bahan-bahan yang digunakan juga tidak mahal dan ada di dapur.

  • Buka Tingkap Dan Pintu Dapur

Sebaiknya kalau kita nak goreng ikan atau memasak makanan yang mengeluarkan bau. Kita buka terlebih dahulu tingkap dan pintu dapur. Bila kita buka tingkap dan pintu maka ia membantu untuk bau tadi cepat hilang.

Cuba bayangkan kalau kita goreng ikan tanpa buka tingkap dan pintu. Mesti kita yang kat dapur tu pun akan rasa lemas. Betul tak?

Saya sarankan cuba gunakan cara di atas untuk hilangkan bau kurang menyenangkan. Sekurang-kurangnya kita ikhtiar jalan penyelesaian. Bukannya berpeluk tubuh sahaja.

Semoga perkongsian mengenai cara hilangkan bau masakan dalam rumah. Ianya memberikan manfaat buat semua. Selamat mencubanya di rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.