cara memilih ayam segar di supermarket 7
kredit gambar: sebenarnya.my

Buntu nak memilih ayam segar untuk memasak juadah pada hari ni? Jom ketahui cara memilih ayam segar di supermarket. Lepas ni dijamin ayam yang kita beli lagi berkualiti, fresh dan berbaloi.

Wahh terujanya nak ketahui ilmu baru ni. Lepas ni takde la asyik kena mara jer kat isteri atau mak. Yer sebab terbeli ayam yang tak segar, busuk dan dah lama.

Hmm maunya swing mood kita bila kena bebel kan? Memang sedih sebab kita bukannya sengaja nak beli ayam tak segar. Tapi disebabkan kita tiada ilmu.

Belajar Daripada Kesilapan

Maka, kita pun telah membuat pilihan yang salah. Huhu takpe la semua orang pernah buat silap dalam kehidupan mereka. Tapi bezanya samaada kita nak bangkit daripada kegagalan tersebut.

Atau kita masih nak terus-terusan bersedih. Anda semua nak yang mana? Pilihan semuanya di tangan kita.

Pastikan kita tak membuat pilihan yang salah. Tapi gerenti dengan adanya cara memilih ayam segar di supermarket. Kita semua takkan membuat pilihan yang salah.

Lepas ni kita mampu mengukirkan senyuman yang paling lebar. Haa betul tu hehe. Disebabkan kita semua dah berjaya untuk memilih ayam segar.

Tips Mengingati Apa Yang Dipelajari

Wahh gembiranya!!! Puas hati juga sebab dapat manfaatkan ilmu yang dipelajari. Tapi antara tips untuk kita lagi ingat apa yang kita pelajari.

Kita kena catat pada pen dan kertas. Kalau kita dapat lihat ulama atau tokoh hebat dulu-dulu. Mereka akan catat apa yang guru mereka ajarkan pada mereka.

Oleh itu, ilmu mereka kekal ke hari ni dan berkat. So, let’s be like them? From now on, we start to write every single knowledge that we gain from others. 

cara-memilih-ayam-segar-di-supermarket-1 Cara Memilih Ayam Segar Di Supermarket. Dijamin Berkualiti, Fresh Dan Berbaloi
kredit gambar: pixabay.com

Berbalik pada cara memilih ayam segar di supermarket. Saya yakin semua orang amat memerlukan tips sebegini. Bila kita nak memasak, perkara utama yang kita mesti titikberatkan.

Sudah semestinya kualiti barangan bahan mentah dan kering yang kita gunakan. Bahan mentah seperti ayam mesti dalam keadaan segar, berkualiti dan fresh. Takkan kita nak memasak menggunakan barangan yang tak segar.

Pasti rasa masakan kita akan turut terjejas disebabkan ayam yang tidak segar. Lepas tu baru la nak menyesal sebab tak buat pilihan yang betul. Jadi untuk elakkan semua tu berlaku.

cara-memilih-ayam-segar-di-supermarket-1 Cara Memilih Ayam Segar Di Supermarket. Dijamin Berkualiti, Fresh Dan Berbaloi
kredit gambar: sinarharian.com.my

Jom kita sama-sama belajar cara memilih ayam segar di supermarket? Seperti yang semua sedia maklum. Salah satu sumber protein yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Sudah semestinya daging ayam. Jadi tak salah kan kita pilih ayam yang segar buat keluarga kita? Baru la makanan yang dimakan bukan sahaja bersih, sihat malah berkhasiat.

Cara Memilih Ayam Segar Di Supermarket

Bagi memilih ayam segar terutamanya di supermarket. Terdapat tanda ayam segar yang kita boleh perhatikan. Jadi kalau kita perhatikan betul-betul kita dapat bezakan ayam segar dengan tak segar.

  • Perhatikan Warna Ayam

Bila kita nak memilih ayam segar. Kita perlu perhatikan dulu warna ayam untuk tahu tanda ayam segar. Biasa tanda ayam segar diketahui bila warna ayam putih kemerah-merahan.

Manakala, ayam tidak segar tandanya warna ayam bertukar menjadi pucat serta kebiru-biruan. Sangat menakutkan bukan kalau tengok sesuatu yang pucat dan kebiru-biruan ni? Perasaan nak membeli langsung hilang bila tengok ayam tidak segar.

cara-memilih-ayam-segar-di-supermarket-1 Cara Memilih Ayam Segar Di Supermarket. Dijamin Berkualiti, Fresh Dan Berbaloi
kredit gambar: tabloidnova.com

Kalau tengok ayam segar tadi. Laju jer rasa nak membeli tu. Kalau boleh nak borong semua sebab geram tengok ayam segar hehe.

Lupa nak bagitahu, biasa ayam menjadi pucat atau kebiru-biruan disebabkan telah diletakkan formalin. Kemudian, ayam tersebut disejuk bekukan. Senang cerita, ayam tu dah lama dan tidak segar.

  • Periksa Tekstur Ayam

Ehh macam mana nak periksa tekstur ayam? Takkan kena gigit kot hehe. Ehh mana ada sampai tahap tu.

Kalau kita nak periksa tekstur ayam untuk tahu tanda ayam segar. Kita hanya perlu cuba tarik kepak ayam kebelakang. Jika ia kembali ke posisi asal.

Itu merupakan tanda ayam segar. Manakala, kalau kita tarik kepak ayam kebelakang tapi ia tidak kembali ke posisi asal. Maka, ayam tersebut sudah lama, tidak segar dan buruk.

Kadang-kadang ada juga kes. Kita tak sempat tarik lagi tapi kepak ayam dah terkulai layu. Ishh ish sungguh menyedihkan.

cara-memilih-ayam-segar-di-supermarket-1 Cara Memilih Ayam Segar Di Supermarket. Dijamin Berkualiti, Fresh Dan Berbaloi
kredit gambar: ommafoody.com

Kalau kita nak tekan sedikit ayam tu pun boleh. Kalau ayam segar bila kita tekan sedikit. Teksturnya akan rasa empuk.

Berbanding ayam tidak segar. Makin kita tekan makin tenggelam la ia. Huhuu jadi buat la pilihan yang betul.

  • Perhatikan Darah Ayam

Tanda ayam segar kita akan tahu bila kita perhatikan darah ayam. Biasa ayam segar tidak akan mengeluarkan darah yang banyak. Bila kita tengok darah ayam segar yang mengalir, kita tahu yang darah tersebut adalah biasa.

Berbeza dengan ayam tidak segar. Ia biasa akan mengeluarkan darah dalam kuantiti yang banyak. Ishh seram pula rasa.

Kenapa benda macam tu berlaku? Haa ia disebabkan ayam tadi telah dibekukan serta dicairkan semula. Senang cerita ayam tersebut sudah tidak segar dan disimpan lama.

Kalau sesiapa yang mabuk darah tu maunya pengsan bila tengok. Hmm tapi takpe kita belajar la daripada apa yang kita lihat. Baru la hidup kita selangkah ke depan.

  • Hidu Bau Ayam

Hehehe bukan macam kita hidu minyak wangi tau. Kita hidu bau ayam segar untuk tahu samaada ayam segar atau tidak. Biasa kalau kita hidu daripada jauh lagi kita tahu ayam masih segar atau tak.

Ayam segar tidak akan mengeluarkan bau hanyir serta busuk. Berbeza dengan ayam tidak segar bila kita hidu dari jauh lagi. Kita akan bau hanyir dan busuk yang tak boleh diungkapkan dengan kata-kata.

Ada yang sampai kita hidu hingga tak lalu nak makan. Huhu hilang terus selera nak makan. Jadi, elakkan daripada membeli ayam tidak segar yer.

  • Perhatikan Kehadiran Lalat

Tanda ayam segar boleh diketahui bila kita perhatikan lalat disekitar ayam. Biasa ayam segar lalat tak suka hinggap padanya. Berbeza dengan ayam tidak segar, lalat memang suka untuk hinggap.

Siap pakej dengan bertelur tau. Ish ish mengerikan sungguh sebab kita tahu lalat merupakan serangga pembawa penyakit. Jom mulai hari ni, kita sama-sama menjadi pengguna yang bijak?

Sampai bila nak harapkan tauke ayam untum memilih ayam segar untuk kita kan? Jadi kita la kena usaha untuk belajar untuk meningkat ilmu dalam dada kita. Nanti bila kita dah ada ilmu cara memilih ayam segar di supermarket.

cara-memilih-ayam-segar-di-supermarket-1 Cara Memilih Ayam Segar Di Supermarket. Dijamin Berkualiti, Fresh Dan Berbaloi
kredit gambar: kompasiana.com

Orang takkan boleh tipu kita sewenang-wenangnya. Setuju kan? Let’s make a changes in our life. 

Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat semua. Jom kita kongsikan tips ni pada yang lain? Jangan lupa untuk kongsikan kepada orang sekeliling kita juga.

💦 Jom join link Telegram dibawah ini..

 


💦 Jangan lupa like dan share page Kitpramenulis di FB yea.

💦 Jangan lupa dapatkan lembaran kerja di website kami kitpramenulis.

💦 Cikgu-cikgu ada permintaan lembaran kerja dan cadangan? Wasap kami dibawah.

+6011-13141039

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.