hukum jual beli buah durian
kredit: freemalaysiatoday.com

Musim durian telah tiba dan sudah sampai masa kita belajar bab feqah buah durian. Apabila musim buah durian menjelma maka kita akan sentiasa mendengar rungutan daripada pembeli.

Tahukah anda bahawa durian pun mempunyai bab feqah nya.Sungguh indah islam kan. Segala permasalahan dibantu dan dihurai oleh Ulama agar generasi hadapan dapat ambil manfaat daripada nya.

Sebelum ini tiada artikel khusus untuk membahaskan bab feqah buah durai. Alhamdulillah kami telah menemui perkongsiaan daripada Maulana Lutfi Bin Muharram dalam bab feqah buah durian. Jangan pandang enteng wahai saudara bab feqah buah durian.

Jom kita belajar dan sebarkan. Untuk pengetahuan semua, artikel ini tidak disunting malah diambil dan dimasukkan secara asli bagi menjaga keasliaan makna dan maksud ayat-ayat yang dismapaikan oleh Maulana Ahmad LKutfi.

hukum-jual-beli-buah-durian Hukum Feqah Bab Jual Beli Buah Durian Mengikut Maulana Ahmad Lutfi Muharram
kredit: freemalaysiatoday.com

HUKUM HARGA JUAL DURIAN MAHAL

Makan durian bukan termasuk dhoruriyyat ataupun hajiyyat, hanya sekadar tahsinat. Pembeli diberi tahu lebih awal harga yang ditawarkan. Tiada unsur penipuan atau harga tidak jelas. Pembeli mempunyai pilihan sepenuhnya untuk membeli ataupun tidak,maka tiada unsur paksaan dan ikrah.

Timbang sebagai satu cara penjual menentukan harga. Walaupun kulit tidak dimakan tetapi ia berfungsi menjaga ketulinan durian dan termasuk sesuatu yang menjadi pemelihara kepada isi yang merupakan objek yang dimaksudkan

hukum-jual-beli-buah-durian Hukum Feqah Bab Jual Beli Buah Durian Mengikut Maulana Ahmad Lutfi Muharram
kredit:baituljannah.com

Jom Belajar Bab Feqah Buah Durian

1. Durian adalah buah yang ejaannya tidak seperti sebutan (Duriyan). Begitu juga rupanya tidak mengambarkan rasanya

2. Makruh buang air besar atau kecil dibawah pokok durian kecuali sekiranya disusuli dengan dibersihkan najis dan dijirus dengan air atau buang air kecil dibawahnya berlaku ketika hujan turun

3. Harus menggunakan tahi sebagai baja pokok durian seperti tahi ayam reput. Akad yang boleh digunakan untuk mendapatkan baja dari najis ialah رفع اليد iaitu dikatakan kepada pemunya baja najis “lepaskan hak kamu dari baja ini dengan rm …. ”

4. Buah durian yang ada tidak termasuk dalam pembelian pokok durian kecuali dinyatakan dalam akad bahawa membeli pokok dan buahnya

5. Pokok termasuk dalam akad membeli kebun atau tanah namun buah tetap tidak termasuk kecuali dinyatakan dalam akad

hukum-jual-beli-buah-durian Hukum Feqah Bab Jual Beli Buah Durian Mengikut Maulana Ahmad Lutfi Muharram
kredit: says.com

6. Sah menjual pokok sahaja tidak termasuk tanah dan tapak pokok

7. Tanah dan tapak pokok bukanlah milik pembeli pokok sahaja namun pembeli pokok dikira meminjam dari pemilik tapak dan tanah selama mana pokok masih hidup

8. Tidak sah akad menyewa pokok durian misalnya selama 5 tahun supaya penyewa boleh memilki dan menikmati buahnya dalam tempoh tersebut

9. Tidak sah memajak pokok atau membeli buah yang masih berbunga atau putik dengan bayaran dibuat ketika akad

10. Boleh dilakukan muwaa’dah (saling berjanji) menjual dan membeli apabila buah sudah gugur

hukum-jual-beli-buah-durian Hukum Feqah Bab Jual Beli Buah Durian Mengikut Maulana Ahmad Lutfi Muharram
kredit:maskulin.com.my

11. Penyewa rumah tidak memilki buah dari pohon yang berada di sekitar rumah sewa

12. Penyewa boleh menanam pokok di atas tanah yang disewa selama tempoh sewaan dengan syarat penanaman tersebut tidak merosakkan tanah

13. Sah dan boleh meminjam tanah orang untuk menanam pokok durian di atasnya

14. Perbuatan menanam pokok durian diatas tanah orang lain secara sengaja termasuk ghosob (غصب) dan berdosa namun buah adalah kepunyaan pemilik pokok. Pemilik pokok wajib membaya

15. Durian termasuk buah yang tidak sah pembeliannya secara akad salam dan secara barter

16. Pokok durian bukit tanpa tuan boleh diambil buahnya dan dijual. Ia termasuk dalam bab ibahaat

17. Pokok durian yang ditanam diatas tanah wakaf samada masjid atau kubur hukum buahnya berdasarkan niat penanamnya adakah diniatkan hasilnya untuk maslahat masjid atau diberi kepada orang ramai

18. Jika tidak diketahui maka hukumnya mengikut uruf kebiasaan setempat

19. Jika seseorang lalu dibawah pokok durian lalu ditimpa dengan buahnya yang mengakibatkan kecederaan, pihak terlibat tidak boleh menuntut ganti rugi dari pemilik pokok

20. Jika seseorang meletakkan kulit durian diatas laluan umum dan mengakibatkan kecederaan kepada seseorang maka pihak terlibat boleh menuntut ganti rugi dari pihak yang meletakkan

21. Asalnya tidak boleh membaca bismillah untuk buat perkara yang makruh namun boleh membaca Bismillah ketika hendak makan buah durian kerana ia bukan makruh lizatihi

22. Makruh membawa masuk durian kedalam masjid. Pihak hotel ,homestay,kereta sewa mempunyai hak untuk tidak membenarkan penyewa membawa durian dalam premis dan kenderaan mereka

23. Jika mulut seseorang berbau kerana makan durian hendaklah dia membersihkannya sebelum masuk kedalam masjid

24. Jika seseorang menelan biji durian kemudian buang air besar mengeluarkan biji tersebut. Hukum biji itu najis ain sekiranya ia sudah tidak boleh lagi bertunas ,tetapi jika ia masih boleh bertunas maka hukumnya mutanajjis

25. Jika mahu membeli durian secara longgok pembeli hendaklah melihat sekali imbas setiap biji dalam longgokan kecuali dia bertaklid sah jual sesuatu yang tidak dilihat

26. Durian boleh dijual secara biji atau timbangan.

27. Selagi durian tidak mangkar atau berulat , rasa yang tidak kena dengan lidah pembeli bukanlah dikira aib yang pembeli mempunyai hak untuk memulangkan خيار عيب

28. Sah menjual putik durian dengan dua syarat pertama dinyatakan dalam akad bahawa ia akan dipotong selepas akad yang kedua ia boleh dimanfaatkan

hukum-jual-beli-buah-durian Hukum Feqah Bab Jual Beli Buah Durian Mengikut Maulana Ahmad Lutfi Muharram
kredit:theaseanjournal.com

29. Buah durian yang ditemui hanyut dibawa sungai dan tidak diketahui tuannya boleh dimakan dengan niat akan menggantikannya jika ditemui tuannya

30. Akad yang lebih tepat bagi bayar rm 50 dan makan sepuasnya ialah makan dahulu kemudian baru bayar

31. Pertandingan teka duri durian dihukum judi jika ada bayaran untuk bertanding

32. Disunatkan belanja durian kepada mereka yang mengajar kita fekah durian

Moga melalui perkongsiaan bab feqah buah durian ini dapat menbantu anda mendapatkan pencerahan bab buah durian. Kita perlu dna wajib belajar bab feqah buah durian ini. Doakan juga kesihatan dan kerja-kerja dakwah Maulana Ahmad Lutfi diberkati Allah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.