Kanak-Kanak Autisme | Luahan Hati Ibu Bapa Kanak-Kanak Autisme

Inilah yang dikatakan sabar…

Bukan semua orang mempunyai tahap kesabaran jika terpaksa menyiapkan diri untuk mempunyai tahap kesabaran setiap saat,setiap minit,setiap jam,setiap masa selama dua puluh empat jam selama tiga ratus enam puluh lima hari untuk berhadapan dengan kanak-kanak autisme yang seperti tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum.

Bukan semua kanak-kanak autisme boleh diajar atau memahami apa yang diajar. Bukan itu sahaja, bukan semua kanak-kanak autisme memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dalam kehidupan mereka.

Apa pula masa dpn mereka dlm zaman serba canggih ini. Bolehkah mereka sesuaikan diri & hidup seperti orang lain nanti apabila ibu bapa kanak-kanak autisme ini sudah tiada di muka bumi untuk ‘menatang’ mereka (kononnya bagi manusia tipikal).

Bagaimana pula peluang pendidikan untuk mereka. Sedang sekarang ini pun masih belum ada tempat untuk anak-anak severe autisme ini tempat utk belajar. Belum ada lagi nursery @ pengasuh yang sanggup menerima golongan ini yang rata-rata masih mengalami masalah tingkahlaku, yang belum free diapers, tantrum yang teruk dan sebagainya.

anak-autisme-malaysia Kanak-Kanak Autisme | Luahan Hati Ibu Bapa Kanak-Kanak Autisme

Jika diupah dengan kadar yang tinggi pun belum tentu lagi yang sudi… Itupun jika yang berkemampuan, jika org biasa-biasa macam kami ni lagi la pening nk memikirkan tempat yang sesuai yang boleh menerima kanak-kanak autisme kami ni kerana kebanyakan dari kami semuanya berkerja. Kos penjagaan & pembelajaran anak-anak ini juga tinggi. Tak macam anak tipikal lain yang hanya perlu dihantar tuisyen utk memantapkan tahap akademik.

Bagi kanak-kanak autisme ini pelbagai terapi perlu dihantar, walaupun ada kaedah terapi yang dilakukan hanyalah perkara asas bagi manusia tipikal. Nasib kami sebagai ibu bapa juga tiada tempat untuk berkongsi rasa. Masalah utk memikirkan hal anak saban hari yang tiada penyembuh ditambah lg dgn masalah tempat kerja, masalah keluarga yg lain-lain. Manakan mampu kami menanggung semua ini jika tiada support daripada semua masyarakat keliling. Apa yang pasti ada masalah yang perlu dikongsi, ada juga yang hanya mampu disimpan dlm hati… Syukurlah dengan apa yang dikurniakan olehNya.. Kami bersyukur sangat jika beban yang kami tanggung ini tidak ditambah dengan hal2 remeh lain utk kami telan…. Masing2 menghormati sesama insan…