Resepi Kerabu Jantung Pisang 1

Lamanya tak makan kerabu jantung pisang kan. Banyak manfaat yang dimiliki jantung pisang antaranya vitamin A, vitamin B1, vitamin C dan sebagainya. Jantung pisang berfungsi untuk mencegah daripada penyakit strok, kolesterol, kanser dan sebagainya.

Banyak manfaat jantung pisang dan kalau nak cerita satu persatu sampai esok pun tiada noktahnya. Jadi, rugi sangat kalau kita tak makan atau cuba untuk makan jantung pisang. Mesti semua orang nak sihat selalu kan?

Jadi berdasarkan khasiat dan manfaat yang saya beritahu ni boleh la cuba amalkan. Hebat kan pokok pisang? Semua yang ada padanya mengandungi manfaat yang luar biasa.

Resepi-Kerabu-Jantung-Pisang-1 Kerabu Jantung Pisang Semudah ABC dan Sedap Diratah Begitu Sahaja

Jantung pisang ni saya dapat daripada jiran rumah sebelah yang suka tanam pokok pisang. Mula-mula takde idea nak masak apa dengan jantung pisang ni. Lepas tu jiran saya cakap baru semalam dia buat kerabu dengan jantung pisang.

Dan katanya sungguh sedap dan membangkitkan selera makan seisi keluarganya. Saya pun nak cuba la macam mana rasa kerabu jantung pisang. Lagipun dah lama tak makan kerabu.

Dan hari ni tetiba teringin nak makan. Jadi kita masak lebih sikit kalau ada lebih kita kasi kat jiran yang sudi beri jantung pisang. Haa dalam hidup ni kena ingat yang kalau orang berbudi kita kena berbahasa.

Orang tu mungkin tak nak pun pemberian kita tapi kita beri hanya untuk berterima kasih. Mesti ada orang yang kata tak suka makan juadah ni sebab jantung pisang ni pahit rasanya. Jangan risau ada cara nak hilangkan pahit pada jantung pisang.

Tips Memasak Jantung Pisang Supaya Hilang Pahitnya

Mesti ada sebab kenapa jantung pisang ni menjadi pahit. Kalau nak tahu punca rasa pahit tu adalah daripada getahnya. Allah SWT cipta setiap makhluk ni istimewa tau.

Getah pada jantung pisang berfungsi untuk melindunginya daripada tangan-tangan jahat. Tapi getah pada jantung pisang ni boleh dibuang dengan menggunakan teknik dan cara yang betul. Caranya ialah selepas petik jantung pisang sebelum dibuat kerabu jantung pisang.

Rendam ia semalaman bersama garam supaya getahnya keluar dan makin berkurang. Kedua, cuci bersih jantung pisang kemudian rebus ia hingga separuh masak. Masa rebus jantung pisang cuba perhatikan air rebusan akan bertukar menjadi warna hitam ke tidak.

Resepi-Kerabu-Jantung-Pisang-1 Kerabu Jantung Pisang Semudah ABC dan Sedap Diratah Begitu Sahaja

Kalau ia bertukar warna hitam maknanya getah berjaya dikeluarkan daripada jantung pisang. Kalau cara diatas tak berjaya juga anda boleh cuba cara lain ikut kesesuaian. Biasa kalau dalam soal memasak.

Kita perlu rajin try and error in order to achieve our goal. Macam peribahasa yang berbunyi ‘kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’. Maksudnya lebih kurang jika kita nak berjaya kita kena usaha kearah itu.

Hai tak pasal-pasal saya jadi cikgu bahasa Melayu haha. Tapi memang betul cara ni berkesan supaya kerabu jantung pisang tidak rasa pahit nanti. But it depend on our own style to cook it sebab lain orang lain caranya kan.

Ada yang suka makan juadah ini tapi tak suka masak sebab leceh nak buang getah. Sekarang dah tahu cara dan tips nak hilangkan pahit getahnya boleh la cuba masak. Tapi kena ikut betul-betul tips yang diberikan baru la berkesan.

Tapi rugi kalau tak cuba masak ia sendiri sebab resepi ini sangat simple dan mudah sahaja. Tak leceh pun sebenernya dan paling penting sedap bila dimakan dengan nasi panas. Tapi kalau saya suka ratah jer hehe.

Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin. Yang sudi sumbangkan resepi kerabu jantung pisang untuk kita cuba bersama. Meh kita tengok bahan apa yang diperlukan untuk mula membuatnya.

Resepi Kerabu Jantung Pisang

Bahan-bahan:

  • 1 biji jantung pisang
  • 1 cawan kelapa parut goreng
  • 1 cawan santan cair
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ekor ikan selayang rebus
  • 2 biji cili padi
  • 1 batang serai
  • Sedikit lada hitam
  • 4 biji limau kasturi
  • Air untuk merebus
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Cuci bersih jantung pisang. Kemudian, jantung pisang dikopek hingga ke bahagian lembut. Kemudian, belah ia kepada dua bahagian dan potong kedua-dua bahagian tadi menjadi nipis.
  2. Letakkan ke dalam periuk bersama air dengan garam. Panaskan periuk dan rebus jantung pisang hingga empuk dan lembut. Angkat dan toskan.
  3. Masukkan bawang merah, lada hitam dan ikan yang direbus ke dalam lesung batu. Kemudian, tumbuk hingga lumat dan sebati.
  4. Ramas kelapa parut di dalam mangkuk hingga hancur kemudian campur bahan yang siap ditumbuk tadi.
  5. Kacau kelapa parut dengan bahan ditumbuk hingga semuanya sebati. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Kemudian, tambahkan jantung pisang yang direbus.
  6. Kacau lagi sekali biar sebati kemudian tuangkan santan. Masukkan cili, perahan air limau kasturi dan serai yang dihiris nipis.
  7. Kacau biar sebati bahan-bahan tadi kemudian siap untuk dihidangkan.

Resepi-Kerabu-Jantung-Pisang-1 Kerabu Jantung Pisang Semudah ABC dan Sedap Diratah Begitu SahajaResepi-Kerabu-Jantung-Pisang-1 Kerabu Jantung Pisang Semudah ABC dan Sedap Diratah Begitu Sahaja Resepi-Kerabu-Jantung-Pisang-1 Kerabu Jantung Pisang Semudah ABC dan Sedap Diratah Begitu Sahaja Resepi-Kerabu-Jantung-Pisang-1 Kerabu Jantung Pisang Semudah ABC dan Sedap Diratah Begitu Sahaja Resepi-Kerabu-Jantung-Pisang-1 Kerabu Jantung Pisang Semudah ABC dan Sedap Diratah Begitu Sahaja Resepi-Kerabu-Jantung-Pisang-1 Kerabu Jantung Pisang Semudah ABC dan Sedap Diratah Begitu Sahaja Resepi-Kerabu-Jantung-Pisang-1 Kerabu Jantung Pisang Semudah ABC dan Sedap Diratah Begitu Sahaja

Semoga sedikit perkongsian yang diberikan memberi manfaat bukan sahaja untuk diri malah orang lain. Kongsikan resepi di atas untuk yang tersayang. Cuba jangan tak cuba tau.

In cooking, we should learn from our past mistake. In order to cook well in the future. Be positive and do not easily give up.

Selamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.