Kuiz online sekarang sudah menjadi trend dan ikutan para guru di Malaysia. Pembinaan kuiz online ini telah menampakkan Malaysia sedang bergerak ke arah mendigitalkan pendidikan. Ia sesuatu yang baik dan bagus.
Guru Matematik juga tidak ketinggalan tau. Ramai guru-guru matematik telah bergerak dan mewujudkan pembinaan kuiz online. Kuiz online ini sungguh menghiburkan dan memudahkan.
Pada kali ini kami ingin berkongsi kepada guru-guru kuiz online mendarab bagi Tahun 1 hingga Tahun 5.
Gunakan sebaik mungkin kuiz online dan doakan kesejahteraan pembina soalan online ini agar dimudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
Perkongsian untuk standard pembelajaran bagi TOPIK DARAB…
?Tahun 2
✅Pengenalan kepada darab iaitu penambahan berulang.
✅Satu digit nombor darab satu digit nombor (Pengenalan kepada sifir)
?Tahun 3
✅Mendarab sebarang nombor dengan SATU DIGIT nombor dan hasil darabnya
sehingga 10 000
?Tahun 4
✅Mendarab sebarang nombor dengan SATU DIGIT atau DUA DIGIT nombor dan hasil darabnya sehingga 100 000.
?Tahun 5
✅Mendarab sebarang nombor dengan SATU DIGIT atau DUA DIGIT nombor dan hasil darabnya sehingga 1 000 000.
Rumusannya..
Jika dilihat anak-anak belajar darab dari darjah 2 dan diulang sehingga darjah 5 cuma semakin naik tahun bilangan digit nombor bertambah…
Tapi kenapa anak-anak masih tak kuasai operasi darab?
Jangan bg alasan tidak menghafal sifir…
Jika anda tidak dapat hafal sifir…
Anda kena cuba cari kaedah lain contohnya dengan menulis sifir…seperti JSPG dan kaedah yg pernah sy kongsikan MAGIC BOX??
??SIFIR 2,4,6,8
??SIFIR 1,3,7,9
“Jangan sering cari ALASAN tapi bergerak untuk mencari JALAN”
KAEDAH BENTUK LAZIM atau KAEDAH LATTICE?
✅Untuk tahap budak yang baik, saya sarankan guna bentuk lazim sekiranya mereka mahir kerana lebih cepat tidak perlu melukis petak seperti kaedah lazim.
✅Untuk murid sederhana dan lemah yg sering melakukan kesilapan mengira dalam bentuk lazim, saya sarankan guna Kaedah lattice kerana kaedah ini membantu murid untuk kurang dalam melakukan kesilapan pengiraan terutamanya apabila nombor didarab dengan dua digit nombor.
Jom dapatkan lembaran kerja terkini di kitpramenulis.com
Jom sertai kami di Telegram
http://t.me/kitpramenulisworksheet
Jom sertai kami juga di Facebook
Taip : kitpramenulis