LINUS Konstruk 1 Hingga 12| Latihan LINUS Bagi Murid Yang Lemah Membaca
APA ITU LINUS?
LINUS sebenarnya ialah singkatan pada perkataan Literasi dan Numerasi dan ianya adalah lebih kepada Saringan Literasi dan Numerasi. Saringan ini dijalankan kepada murid-murid di sekolah rendah dari tahun 1 hingga ke tahun 3. Dan ianya terbahagi kepada 2 bahagian iaitu membaca dan mengira.
Kenapa LINUS ni dipanggil saringan walau bentuk kaedah yang dijalankan adalah lebih kepada ujian dan peperiksaan?
Ianya kerana ujian yang dijalankan adalah dengan bimbingan dari guru dan murid tidak dibiarkan melalui ujian tanpa bimbingan guru.
Apa yang terkandung dalam Literasi?
Konstruk 1: Keupayaan menamakan & menulis huruf vokal dan konsonan.
( Contoh: a,e,i,o,u,b,c,d,f ,dll.).
Konstruk 2: Keupayaan membunyikan & membaca suku kata terbuka.
( Contoh: sa,bu,ca dll.).
Konstruk 3: Keupayaan membaca & menulis perkataan suku kata terbuka.
( contoh: paya,buku,bulu,petola,kereta, dll.).
Konstruk 4: Keupayaan membunyikan & menulis suku kata tertutup.
(contoh: pan,dol,kon, dll.).
Konstruk 5: Keupayaan membaca & menulis perkataan suku kata tertutup.
( contoh: ikat,ulas,kantin,talam, dll.).
Konstruk 6: Keupayaan membaca & menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup
‘ng’.
( contoh: arang,kompang,longgok, dll.).
Konstruk 7: Keupayaan membaca & menulis perkataan yang mengandungi diftong.
( contoh: garau,kilau,pandai,dll.).
Konstruk 8: Keupayaan membaca & menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
( contoh: kait,maaf,kuat,niat, dll.).
Konstruk 9: Keupayaan membaca & menulis perkataan yang mengandungi diagraf dan
konsonan bergabung.
( contoh: klinik,troli,stadium,nyaring,dll.).
Konstruk 10: Keupayaan membaca & menulis perkataan berimbuhan awalan dan akhiran.
( contoh: terlupa,bersenam,membantu,layanan, dll.).
Konstruk 11: Keupayaan membaca & menulis ayat mudah.
( contoh: Emak rebus jagung. Saya ada kakak. dll.).
Konstruk 12: Keupayaan membaca dan memahami bahan rangsangan.
( contoh: Membaca petikan dan kemudian menjawab soalan secara lisan dan
tulisan yang dikemukakan berdasarkan petikan yang telah dibaca.).
Bagaimana keupayaan murid diukur?