Mengenali Ciri-Ciri Kanak-Kanak Lembam Atau Slow Learner

Kanak-kanak yang menghadapi atau mempunyai perkembangan yang lambat sejak daripada lahir. Antara perkembangan yang terjejas adaalah dari segi senyuman.Kanak-kanak lembam akan menghapai perkembangan yang lambat dalam senyuman dan lambat bertindak balas terhadap bunyi atau suara.Kanak-kanak ini juga lambat dalam memberikan tindak balas menggenggam walaupun sudah lebih daripada 3 tahun. Perkara ini berlaku sejak daripada bayi dan masih belum hilang walaupun usia bayi lebih 3 bulan.

Kanak-kanak lembam ini biasanya tidak dapat mengikuti pembelajaran dan pengajaran
yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah biasa.Ini kerana mereka tidak
dapat memberi tumpuan dan minat terhadap proses pembelajaran dan pengajaran.

kanak-kanak-lembam-pendidikan-khas Mengenali Ciri-Ciri Kanak-Kanak Lembam Atau Slow Learner

Antara ciri-ciri kanak-kanak lembam ialah tidak dapat berkomunikasi seperti
kanak-kanak biasa. Mereka juga mempunyai tahap intelek yang rendah berbanding
kanak-kanak normal. Kanak-kanak lembam juga tidak aktif dan banyak mendiamkan
diri dan tidak banyak bercakap. Kanak-kanak lembam juga akan berdepan risiko
meninggalkan hurufsuku kata atau perkataan ketika membaca atau menulis.

Kanak-kanak lembam juga tidak dapat mengikuti pelajaran didalam kelas,kurikulum atau di kelas biasa kerana murid lembam atau slow learner ini terlalu lambat untuk mencapai satu-satu objektif pengajaran yang mudah atau objektif jangka pendek dan kanak-kanak slow learner ini mempunyai daya ransangan yang lemah dan rendah.

Kanak-kanak slow learner atau lembam ini juga sukar menerima arahan.Oleh itu,disarankan guru-guru untuk memberikan arahan yang pendek dan mudah. Selain itu,kanak-kanak slow learner atau lembam ini sering kali menyebut huruf-huruf yang tidak tepat atau salah atau bertukar-tukar. Kekerapan kesalahan dalam ejaan,tanda baca merupakan suatu perkara yang biasa bagi kanak-kanak slow learner atau lembam.

Antara punca terjadinya lembam atau slow learner ialah berpunca daripada baka keturunan.Gen biologi merupakan fakrot yang memungkinkan untuk kanak-kanak menghadapi slow learner atau lembam. Selain itu, kanak-kanak yang mengahadapi masalah emosi,rasa rendah diri, kematangan yang lambat an lemah daya ingatan juga merupakan faktor kepada slow learner atau lembam. Penggunaan ubat semasa mengandung juga merupakan faktor kepada terjadinya slow learner atau lembam.

Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dibentuk oleh guru-guru iaitu kaedah temubual.Kaedah temubual merangkumi kepada kaedah temubual terhadap ibu bapa atau penjaga. Dengan kaedah ini dapat mengesan masalah sebenar dan guru-guru dapat melakukan intervensi kepada murid-murid lembam atau slow learner ini. Selain itu,penggunaan lembaran kerja yang menarik juga dapat meningkatkan daya tumpuan dan ingatan kanak-kanak slow learner atau lembam

Seterusnya adalah merujuk kepada pegawai atau pakar perubatan yang bertauliah. Pakar perubatan adalah orang bertauliah untuk memeriksa keadaan sebenar kanak-kanak lembam atau slow learner .Mereka mempunyai kaedah bagi menentukan punca sebenar kepada diri kanak-kanak tersebut. Apabila didiagnos slow learner atau lembam maka guru-guru dapat melakukan intervensi awal bagi mengubah pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid lembam atau slow learner

 

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.