Mitos Disleksia Yang Wajib Guru PPKI Fahami
Kitpramenulis dot com sukacita untuk berkongsi kepada anda mitos disleksia. Sebelum mengenali disleksia dengan lebih lanjut,mari kita kenali mitos tentang disleksia. Ia amat sesuai kepada guru-guru pendidikan khas dan ibu bapa pendidikan khas untuk mengenali mitos tentang disleksia dengan lebih dekat
Disleksia tidak wujud.
Disleksia adalah salah satu perkara yang telah dikaji dan
didokumentasikan yang telah memberikan kesan yang besar
kepada kanak-kanak. Disleksia adalah berdasarkan genetik dan ia jelas terbukti
berkaitan dengan perbezaan neurofisiologi dalam fungsi otak
Kelewatan pembelajaran dikaitkan dengan IQ.
Disleksia tidak berkait langsung dengan kecerdasan. Malah
salah satu tanda jelas bahawa seseorang kanak-kanak mengalami
disleksia adalah dimana mereka mengalami prestasi akademik yang
teruk.
Kanak-Kanak akan mengalami disleksia
Penyelidikan menunjukkan bahawa seseorang kanak-kanak
bergelut untuk membaca,menulis dan mengeja semasa pra sekolah
dan terdapat 90% peluang kanak-kanak tersebut akan terus bergelut
sehingga tahun 4 atau 5 dan kemungkinan besar sehingga dewasa.Melalui
intervensi awal,kanak-kanak disleksia akan boleh dielakkan
rasa malu terhadap prestasi akademik berbanding rakan sebaya lain.
Pemakanan,taraf kehidupan yang teruk adalah punca disleksia
Disleksia adalah berdasarkan genetik.Walaupun keluarga tersebut
mempunyai pemakanan yang teruk atau tabiat menonton tv atau
masalah ibu bapa, sebenarnya ia tidak ada kaitan dengan disleksia.
Disleksia boleh dibantu dengan ubat
Tiada sebarang yang boleh membantu penyembuhan disleksia.
Sebanyak 40% kanak-kanak disleksia juga mengalami Attention Deficit Disorder
(ADD). Memang terdapat beberapa jenis ubat untuk merawat
ADD namun ubat tersebut bukan untu membantu masalah menulis,membaca
mahupun mengeja.
Disleksia adalah masalah visual
Kebanyakan kanak-kanak mengalami huruf terbalik atau nombor terbalik
semasa mereka belajar. Jika mereka masih mengalami masalah tersebut
selepas 2 tahun,maka itu adalah tanda-tanda disleksia.
Walaubagaimanapun, ia bukan isu penglihatan. Disleksia adalah gangguan
pemprosesan bahasa. Kekeliruan tersebut terletak pada otak dan
bagaimana ia proses bahan bertulis.
Dislekasi tidak boleh dirawat
Terdapat rawatan yang berjaya untuk disleksia. Namun disleksia bukanlah
penykait yang boleh dirawawt dengan pil. Kajian penyelidikan
menunjukkan bahawa otak boleh dihidupkan semula jika seseorang
individu itu diajar dengan fonik yang sistematik,eksplisit dan berurutan
diajar dalam pelbagai cara.