cara memilih udang di pasar 3
kredit gambar: shopee.co.id

Pasti ada dalam kalangan kita yang nakkan cara memilih udang di pasar. Bagi memudahkan nak tahu udang segar atau tidak. Memang pemilihan udang yang segar penting bagi memastikan juadah yang dimasak sedap dan mengelakkan keracunan.

Seperti yang ramai sedia maklum, makanan laut seperti udang memang mudah rosak dan busuk. Kalau kita tak pilih udang yang segar memang ianya akan mempengaruhi rasa dalam masakan kita. Jadi cara memilih udang di pasar dan teknik penyimpanannya juga perlu kita belajar.

Tak Tahu Maka Belajar

Hidup ni senang jer. Kalau kita tak tahu sesuatu perkara. Kita jangan sombong atau malas untuk belajar.

Baru la perkara yang kita tak tahu tu kita akan tahu. Tapi pastikan ilmu tu bermanfaat yer. Contohnya, belajar la cara memilih udang di pasar.

Tak kira lelaki atau perempuan kita semua perlu tahu ilmu ni. Senang bila kita ditugaskan untuk membelinya. Kita tak pening dan keliru nak memilih udang yang segar.

resepi-masak-lemak-udang-bersama-pucuk-ubi-1 Nak Tahu Udang Segar Atau Tidak Menggunakan Cara Memilih Udang Di Pasar

Sebut jer udang maka terlintas kat fikiran ni macam-macam jenis juadah. Kita boleh masak menggunakan udang segar. Aumm perut pun dah berkeroncong ni.

Bila memikirkan sambal udang petai, udang masak lemak dan sebagainya. Sedapnya kalau boleh masak resepi ni menggunakan udang segar. Pasti nasi tu asyik bertambah jer dalam pinggan hehe.

Berbalik kepada cara memilih udang di pasar. Mesti semua pembaca dah tak sabar nak ketahuinya dengan lebih lanjut kan? Jom sama-sama kita sediakan pen dan kertas untuk mencatat?

Gerenti kalau kita catat. Ilmu tu makin melekat di dada dan ingatan kita. Nanti boleh la kita berkongsi ilmu tu dengan yang lain kan?

Cara Memilih Udang Di Pasar

resepi-masak-lemak-udang-bersama-pucuk-ubi-1 Nak Tahu Udang Segar Atau Tidak Menggunakan Cara Memilih Udang Di Pasar
kredit gambar: makanlena.com

Tak renyah pun nak memilih udang segar di pasar. Kalau anda gunakan cara memilih udang di pasar. Pasti anda pun akan rasa proses memilih dan membeli udang segar makin cepat dan mudah.

  • Hidu Bau Udang

Cara mudah nak pilih udang di pasar. Kita perlu hidu bau udang terlebih dahulu sebelum membelinya. Hidu kat sini bukannya kita ambil udang tu kemudian hidu macam kita hidu bunga.

Jangan dibuat begitu yer. Naik pelik orang yang memandangnya nanti haha. Cara mudah nak hidu kalau kita berdiri dari jauh pun kita akan bau kesegaran udang.

Biasa udang segar akan berbau laut dan tidak hanyir. Manakala, udang tidak segar akan berbau hanyir dan busuk. Perghh seksa rasa hidung ni kalau bau udang tak segar.

Bukan sahaja baunya kuat menusuk lubang hidung. Malah nak membeli pun rasa dah tiada mood huhu. Macam tu la cara nak tahu udang segar atau tidak.

  • Periksa Lendir Pada Udang

Udang yang masih segar biasa tidak akan berlendir banyak bila kita pegang. Berbeza pula dengan udang tidak segar. Ia akan mengeluarkan lendir yang banyak.

Maka itu tandanya udang tersebut sedang mengalami proses pembusukan. Jadi sebaiknya elakkan daripada membeli udang tak segar yer. Udang segar berlambak, jadi beli la yang segar hehe.

  • Perhatikan Warna Udang

resepi-masak-lemak-udang-bersama-pucuk-ubi-1 Nak Tahu Udang Segar Atau Tidak Menggunakan Cara Memilih Udang Di Pasar
kredit gambar: shopee.co.id

Bila kita perhatikan udang yang masih segar. Kita akan dapat lihat warnanya akan jernih, cerah dan putih coklat. Berbeza dengan udang tidak segar ia biasa berwarna kekuningan, kemerahan atau biru.

Maka dengan itu kita mudah nak tahu udang segar atau tidak. Lepas ni tiada la pening kepala tu nak memilih udang kan. Semudah ABC jer.

  • Periksa Tekstur UdangĀ 

resepi-masak-lemak-udang-bersama-pucuk-ubi-1 Nak Tahu Udang Segar Atau Tidak Menggunakan Cara Memilih Udang Di Pasar
kredit gambar: bukalapak.com

Sebelum nak membeli udang di pasar. Sebaiknya periksa terlebih dahulu tekstur udang untuk tahu udang segar atau tidak. Kalau udang segar biasa bila pegang, teksturnya lebih tegap dan pejal.

Berbeza dengan udang tidak segar teksturnya lebih lembik dan kulitnya pun tidak keras. Pastikan sebelum membeli udang. Kita periksa dahulu bahagian kaki, kulit dan kepala udang supaya tidak terkoyak atau tercabut.

Elakkan daripada membeli udang yang kaki, kulit atau kepalanya sudah tercabut atau terkoyak. Biasa udang tidak segar jer akan mudah terkoyak atau tercabut bahagian kepala, kaki atau kulitnya. So, make a good choice guys.

  • Perhatikan Lalat

Memang sifat lalat sukakan benda yang busuk, buruk dan berbau hanyir. Jadi cara mudah nak tahu udang segar atau tidak. Kita perhatikan sahaja kehadiran lalat pada udang.

Kalau lalat sukan hinggap pada udang itu tandanya udang tersebut tidak segar. Huhu ada sesetengah tu lalat macam bawa geng pula untuk berkerumun pada udang. Kita pula yang naik segan nak beli.

Yer la sebab lalat kan serangga pembawa penyakit. Jadi kalau dah satu kampung di bawanya untuk hinggap pada udang. Hmm timbul juga rasa was-was nak beli udang tu.

Betul tak? Kita kalau boleh nak pilih udang segar agar bukan rasa dalam resepi kita masak jer sedap. Malah, kesihatan kita pun terjamin daripada terkena sebarang penyakit berbahaya.

resepi-masak-lemak-udang-bersama-pucuk-ubi-1 Nak Tahu Udang Segar Atau Tidak Menggunakan Cara Memilih Udang Di Pasar
kredit gambar: myhealth.gov.my

Sekarang kan musim penyakit berjangkit seperti COVID19. Maka kita sebagai rakyat Malaysia perlu prihatin dalam menitikberatkan soal kebersihan dan kesihatan. Bukan sahaja diri kita malah keluarga dan insan tersayang.

Jom sam-sama kita jaga kita? Nanti bila kita lebih cakna dengan soal kebersihan dan kesihatan. Mudah-mudahan virus ini akan lenyap.

Jadi sebelum membeli udang. Periksa terlebih dahulu udang kemudian bandingkan dengan ciri udang segar di atas. Mudah jer kan?

Tak susah pun. Good luck guys. Jom sama-sama kita jadi seorang pembeli yang bijak memilih serta rakyat Malaysia yang prihatin?

Semoga perkongsian pada kali ni dapat memberikan manfaat buat semua. Selamat berbelanja menggunakan cara memilih udang di pasar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.