Petua Cuci Lantai Dapur Yang Mudah. Gerenti Lantai Akan Berkilat Dan Bersih.

4828

Nak petua cuci lantai dapur yang mudah? Rimas juga kalau hari-hari lantai asyik kotor dengan kesan kotoran melekat di lantai. Nak memasak pun rasa tiada mood.

Diri ni dah buntu nak guna petua apa lagi untuk bersihkan lantai. Yer siapa jer yang tak nak lantai dapur mereka bersih dan berkilat? Kekadang jealous juga kalau pergi rumah orang lain yang lantai dapur mereka bersih.

Hehehe kalau boleh tak nak balik sebab syok sangat pijak lain dapur mereka. Tapi tu semua dulu. Lepas ni kita takkan dengar mak atau sesiapa complain lantai dapur rumah kita kotor dah.

petua-cuci-lantai-dapur-1 Petua Cuci Lantai Dapur Yang Mudah. Gerenti Lantai Akan Berkilat Dan Bersih.
kredit gambar : impiana.my

Kan ada petua cuci lantai dapur yang mudah? Hehehe nanti kita dah boleh ucapkan selamat tinggal pada lantai dapur yang kotor. Horaa horeyyy hehehe…

Sebelum ni kita tak tahu petua sebab tu walaupun kita sental macam mana sekalipun lantai dapur. Ia tetap tidak bersih dan berkilat. Fuhhh akhirnya tenaga kita dibazirkan begitu jer.

Hasilnya tidak kita perolehi. Ish ish ish frust menonggeng juga yer. Kalau kotoran degil pula kita dulu kita kena sental secara extra.

petua-cuci-lantai-dapur-1 Petua Cuci Lantai Dapur Yang Mudah. Gerenti Lantai Akan Berkilat Dan Bersih.
kredit gambar : kitchenofindonesia.com

Lepas ni dengan menggunakan petua yang akan saya kongsikan ni. Kita semua akan menarik nafas lega kerana kerja-kerja mencuci lagi mudah. Lepas ni boleh la baring kat lantai dapur tu hehe.

Yer betul tu sebab dah bersih dan berkilat. Wahh mesti semua dah tak sabar nak ketahui petua cuci lantai dapur yang mudah kan? Moh kita sama-sama sediakan pen dan kertas dulu.

Kelebihan Mencatat IlmuĀ 

Kan seeloknya kita catat apa yang kita nak belajar? Ilmu akan lagi tahan lama dan mudah diingati jika kita mencatatnya. Kalau tak catat umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Jadi jom sama-sama kita catat yer. Lepas ni tenaga yang digunakan untuk mencuci lantai dapur. Boleh la disimpan untuk memasak dan mengemas rumah.

Petua Cuci Lantai Dapur Yang Mudah Jer

Kalau nakkan lantai dapur yang bersih dan berkilat. Kita kena tahu petua cuci dapur lantai dulu. Kalau tak tahu maka kita akan rasa susah untuk mendapatkan lantai dapur yang bersih.

  • Sapu Kawasan Lantai Dapur Terlebih Dahulu

Mula-mula kita kena pastikan yang kita sapu dulu kawasan lantai dapur yang ingin dimop. Pastikan sapu hingga tiada debu, habuk dan sampah tau. Baru la kita boleh mop hingga bersih dan berkilat lantai tu.

Lepas dah selesai proses sapu lantai dapur daripada segala habuk dan kotoran. Kita boleh ke proses seterusnya iaitu proses mengemop lantai dapur.

  • Air Panas Dan Cuka

Nak mulakan proses mengemop lantai dapur. Kita perlu sediakan terlebih dahulu air panas dan cuka. Campurkan kedua-dua bahan tadi menjadi sebati.

Kemudian, mop seluruh lantai dapur menggunakan bancuhan kedua-dua bahan tadi. Pastikan kita sentiasa kembangkan mop semasa proses pembersihan yer. Ini untuk memastikan kerja mengemop lebih cepat dan sekata.

petua-cuci-lantai-dapur-1 Petua Cuci Lantai Dapur Yang Mudah. Gerenti Lantai Akan Berkilat Dan Bersih.
kredit gambar : 314167.info

Nanti tiada la kita merungut ada tempat yang tak kena masa mop. Itu adalah cara menggunakan mop lantai yang betul. Lepas dah siap mop seluruh lantai dapur.

Biarkan kawasan lantai dapur tersebut kering. Kalau nak lagi cepat proses pengeringan lantai. Boleh jer on kipas pada volume paling kuat.

Hehehe supaya cepat kering kawasan yang dimop. Kita faham kalau lambat nak kering nanti susah anak atau ahli keluarga nak keluar masuk dapur. Jap lagi lantai tak sempat kering kemudian kotor semula.

Huhuhu maka menangis tak berlagu la kita semua.

  • Cecair Peluntur

Kalau kotoran pada lantai susah nak tanggal. Sampai tahap sakit belakang badan kita ni nak sental kotoran tu. Kita boleh guna cara campurkan air bersama cecair peluntur.

Ehh tak bahaya atau menghakis ke guna cecair peluntur pada lantai dapur? Tuangkan dalam air bersih sedikit jer cecair peluntur tu. Kalau tuang sampai setengah botol memang la bahaya.

Tuang sikit jer kemudian mop kawasan lantai dapur seperti biasa. Yer kita faham cecair peluntur seperti clorox mempunyai bau yang kuat. Oleh itu, kita dinasihatkan guna dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

petua-cuci-lantai-dapur-1 Petua Cuci Lantai Dapur Yang Mudah. Gerenti Lantai Akan Berkilat Dan Bersih.
kredit gambar : ohmedia.my

InshaAllah kotoran degil pada lantai tadi akan mendengar kata dan hilang selamanya. Gerenti kotoran degil tu takut nak datang semula. Hehehe yer la sebab takutkan cecair peluntur tadi haha.

Lepas dah mop, kita boleh biarkan kawasan lantai dapur tadi supaya kering. Boleh jer nak lagi cepat kering kita buka kipas dan tinggal seketika. Mudah kan?

Haa siapa kata susah kalau kita gunakan petua yang betul. Sesenang ABC jer hehe. Tapi kena pastikan kita gunakan petua/cara atau tips yang betul la.

  • Pencuci Harum

Macam biasa kalau kita gunakan pencuci harum. Kita perlu bancuhkan bersama air. Kemudian, mop kawasan yang kotor tadi.

Dijamin lepas kita mop kawasan lantai dapur. Lantai dapur tadi akan jadi bersih, berkilat dan memukau setiap mata yang memandangnya. Tak percaya?

Kalau tak percaya kena cuba la hehe. Kalau tak cuba manakan nak tahu kan?

  • Mop Lantai Guna Dettol Dan Air Panas

Petua seterusnya untuk mop lantai dapur. Kita bancuhkan cecair dettol bersama air panas. Kemudian, kita mop seluruh kawasan lantai dapur. Kalau kita guna cara ni bukan sahaja lantai jadi bersih.

Malah, bakteria atau kuman pun dapat dibasmi. Yer seperti semua sedia maklum. Lantai dapur kita adalah tempat paling kotor berbanding lantai ruang tamu atau bilik.

Dengan kesan kotoran degil, berminyak dan melekit. Perghh malunya muka ni bila ada tetamu datang dan masuk ke dapur. Tapi kalau kita gunakan petua ni.

Kita akan rasa bangga dan gembira kalau tahu ada tetamu yang nak datang rumah.

Cara Mop Lantai Yang BetulĀ 

Sebelum ni kita selalu confuse macam mana cara mop lantai yang betul. Mesti anda semua ada pengalaman mop lantai tapi disebabkan caranya tak betul. Kita dok pijak tempat yang kita dah selesai mop.

Maka lantai tersebut menjadi kotor semula dengan tapak kaki kita. Huhuhu geramnya rasa. Tapi nak buat macam mana sebab tiada ilmu.

Jadi meh hari ni saya kongsikan cara mop lantai yang betul. Lepas ni boleh terus cuba. Pasti anda akan rasa yang cara ni memang berkesan.

petua-cuci-lantai-dapur-1 Petua Cuci Lantai Dapur Yang Mudah. Gerenti Lantai Akan Berkilat Dan Bersih.
kredit gambar : hijabista.com.my

Caranya bila nak mop lantai. Mop secara mengundur tau. Kalau kita mop secara mengundur.

Kita dapat elakkan daripada terpijak kawasan yang kita dah selesai mop. Kalau dulu kita mop ikut suka hati kita jer kan? Kejap ke sana kejap ke sini hehehe.

Lepas ni guna la cara mop lantai secara mengundur ni. Gerenti mudah, cepat dan pantas kerja kita hehe.

Semoga perkongsian pada kali ni memberikan manfaat buat kita semua. Jangan lupa untuk kongsikan petua ni pada yang tersayang. Selamat mencubanya di rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.