Nakkan petua melembutkan daging supaya mudah masa nak memasak nanti? Biasa kalau makan daging mesti ada jer masalah dengan teksturnya yang liat. Sampai satu tahap tu geram jer nak baling ke dinding?
Hehehe anda tak perlu dah risau, buntu atau pening lepas ni. Saya akan kongsikan kepada anda semua satu petua yang mujarab dan berkesan. Dijamin lepas anda semua gunakan petua ni.
Tiada lagi masalah daging liat dan susah untuk dikunyah. Ehh petua apa ni? Hehehe petua melembutkan daging la.
Lepas ni aktiviti memasak kita semua di dapur lagi mudah, senang dan cepat. Dengan menggunakan petua ni semua orang akan puji tekstur daging yang kita masak. Aumm lembut, enak dan menyelerakan.
Nanti tiada la masalah sakit gigi, gusi dan sebagainya kalau makan daging liat. Wahh mesti semu orang dah tak sabar untuk ketahui petua melembutkan daging kan? Hehehe saya pun tak sabar nak berkongsi ni.
Manfaat Bila Ilmu Sama-Sama Dikongsi
Tak salah kalau kita sama-sama berkongsi ilmu ni. Nanti bila kita saling berkongsi ilmu. Semua orang takkan terkecuali untuk merasai pengalaman memasak yang menyeronokkan.
Kan kita diajar jika kita berkongsi ilmu atau mengajarkan ilmu yang kita ada pada orang lain. Maka ilmu tersebut makin melekat di dalam hati dan ingatan kita. Bahkan bila kita berkongsi ilmu.
Kemungkinan besar orang yang kita kongsikan ilmu tu akan berkongsi juga ilmu yang mereka ada. Wahh untungnya kan kalau macam tu. Kita ajarkan mereka apa yang kita tahu.
Maka orang tu ajar pada kita apa yang mereka tahu. Jadi, apa yang kita nak risaukan? Jom mulai hari ni kita sama-sama tanamkan dalam diri kita.
Apa-apa ilmu bermanfaat yang kita ada. Kita cuba untuk kongsikannya pada orang lain. Berbalik pada petua melembutkan daging.
Kalau anda gunakan petua ini dijamin resepi daging yang anda masak nanti. Teksturnya makin lembut, sedap dan menyelerakan. Jom sama-sama kita ambil pen dan kertas untuk mencatat petua ni?
Ilmu yang bertahan atau akan sentiasa diingat adalah bila kita mencatatnya. Tak percaya? Cuba la catat baru kita akan ketahui perbezaannya dengan ilmu yang kita hanya baca.
Tanpa mencatat atau menulisnya di mana-mana. Mesti ramai yang bersetuju yang mereka dah lupa apa yang mereka baca kan? Kalau kita catat atau tulis mesti kita akan lagi ingat.
Petua Melembutkan Daging
Biasa kalau kita memasak sesuatu resepi. Kita mesti kena try and error untuk tahu cara bagaimana yang selesa dengan kita kan? Sama juga dengan petua, we need to try and error in order to know
Which one among those are suitable and okay with us. Bear in mind that if one way is not okay with us. Do not give up.
Try another way guys. Jangan biasakan atau tanamkan sikap putus asa dalam diri. Kita semua kan fighter?
Fight until your last breath and do not give up.
-
Daging Dipotong Melawan Uratnya
Ehh daging pun ada uratnya ke? Jawapannya sudah semestinya ada. Kalau tiada susah la kita nak potong.
Kalau sebelum ni kita potong ikut suka hati kita jer. Takpe tiada masalah. Sepanjang hidup kita akan melalui proses pembelajaran.
Kesilapan lama kita jadikan ia sebagai pengajaran dan tauladan. Sekarang dah tahu kan kena potong daging melintang uratnya? So starting today we learn and we make sure that we do not repeat the same mistake.
Dalam bahasa Inggeris, ‘grain’ atau urat merujuk kepada arah fiber otot menghala pada daging. Cara nak kenal arah urat? Mudah jer nak kenalnya.
Perhatikan urat yang berjalur-jalur tu. Haa tu la urat daging. Kemudian, kita kena potong daging tadi melawan garis uratnya.
Dijamin kalau kita potong daging melawan uratnya maka tekstur daging lebih lembut.
-
Daging Direbus Dengan Tutup Periuk
Petua melembutkan daging yang seterusnya ialah daging direbus dengan cara. Semasa merebus, kita tutup periuk menggunakan penutupnya. Ini merupakan petua orang tua dahulu.
Lepas tutup periuk menggunakan penutupnya. Jangan lupa untuk letakkan suatu pemberat seperti lesung batu. Ehh nak letak kat mana?
Letak jer atas penutup periuk tadi. Ini bagi mengelakkan wap air keluar. Garam pula tidak perlu diletakkan semasa merebus daging.
Hmm betul betul menjadi ke tips ni? Ada ke orang pernah buat macam tu? Itu adalah persoalan yang biasa kita dengar kan?
Tapi tak salah kan kalau kita cuba? Lebih baik kita cuba daripada kita tak mencuba langsung. Orang kata usaha tu penting sebelum kita tawakal sepenuhnya.
Jangan pula kita tawakal jer tanpa ada usaha.
-
Rebus Daging Bersama Kurma
Ehh nak masukkan kurma ketika nak rebus daging? Betul ke? Nak letak kurma satu biji atau letak biji kurma jer?
Mesti semua tu senang bermain di benak kita kan? Rilek dulu jom saya jelaskan. Kalau kita nak buang bijinya dan masukkan buah kurma sahaja pun takpe.
Kalau suka masukkan kurma sekali dengan biji pun tiada masalah. Daripada pengalaman yang orang kongsikan. Bila kita masukkan kurma ke dalam sup daging.
Tekstur daging menjadi lembut dan rasa daging juga sedap dan manis. Tempoh masa untuk merebus pula bergantung pada kuantiti air dan api. Kalau air serta daging banyak maka seeloknya rebus la lama sedikit.
-
Masukkan Sudu Ketika Merebus Daging
Mesti ada yang kata petua ni macam pelik jer kan? Tapi ramai jer yang gunakan petua ni untuk lembutkan daging. Paling penting petua ni menjadi tau.
Caranya mudah jer. Kita hanya masukkan sudu atau garfu semasa merebus daging. Ramai yang kata sudu dapat melembutkan daging kerana ia dapat meningkatkan suhu dalam periuk.
Bila kita periksa tekstur daging dah lembut. Kita pun boleh la keluarkan sudu atau garfu tadi dan masak seperti biasa. Jangan lupa pula yer untuk keluarkan sudu tadi.
Kang tersenduk masuk ke dalam mangkuk nanti hehe.
-
Daun Nangka
Cara nak lembutkan daging menggunakan daun nangka mesti majoriti biasa gunakan. Caranya ambil daun nangka 5-6 helai kemudian bersihkannya. Kemudian, keringkan getah nangka tadi.
Bila dah bersih masukkan daun nangka ke dalam masakan daging kita. Dijamin tekstur daging akan menjadi lebih lembut.
Semoga perkongsian mengenai petua melembutkan daging dapat memberikan manfaat buat semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini dengan insan tersayang.
Kini, proses memasak lagi mudah dan cepat dengan adanya petua ni. Betul tak? Good luck dan selamat mencubanya di rumah.