Rancangan Pendidikan Individu VS Rancangan Pengajaran Harian

Merancang pengajaran manakah yang lebih penting daripada RPH atau RPI perkara di atas?

Relevankah lagi RPH atau Bolehkah RPI menggantikan RPH?

Jika diajukan persoalan ini kepada saya, saya akan mengatakan Kedua-dua persoalan ini sudah LAPOK! Malangnya dan tetapi’nye’ masih bingit dibincangkan dan sering menjadikan pertelagahan seolah-olah ‘habis modal’ untuk merancang pengajaran bagi MBK.

rpi-dan-rph-300x300 Rancangan Pendidikan Individu VS Rancangan Pengajaran Harian

RPH dan RPI dua perkara yang sangat-sangat berbeza.
RPH di kelas pendidikan khas merujuk kepada perancangan yang dijelaskan oleh setiap guru untuk setiap murid di dalam kelas yang di ajar TETAPI selalunya tidak sampai kerana guru akan menulis secara UMUM. Perkara ini akan dilihat SALAH LAGI DIPERSALAHKAN oleh kumpulan manusia yang menjunjung RPI. Manakah relevannya RPH tersebut? Ya! ada! ia disediakan bagi kumpulan MBK yang mempunyai tahap pencapaian yang *sama atau *hampir sama. Beberapa perkara perlu dipertimbangkan untuk perkara tersebut:

1) Kategori yang sama (saya sangat memberikan tumpuan kepada kumpulan MBK daripada jenis kecacatan yang sama)

2. Keperluan MBK itu sendiri (adakah mereka belajar perkara yang sama dengan hanya *sedikit perbezaan pencapaian?)

3. Bahan pembelajaran yang digunakan sama atau hampir sama. (perlu kerana jika seorang hanya mampu mewarna (manipulatif) dan seorang lagi sudah memegang peralatan sebenar… jadi dimanakah kewarasan membina RPH yang sama?)

Manakala bagi kumpulan yang ‘menjunjung’ RPI pula sering mengatakan RPH tidak relevan dan perlu kepada perubaan untuk dihapuskan/digubal semula. Beberapa isu yang dikeutarakan adalah:

1. RPI sangat sesuai untuk kumpulan MBK yang memerlukan pengajaran individu (mustahil… kerana kelas di PPKI/SPK tidak bersifat individu)

2. RPI perlu kerana murid dapat menjurus kepada pembelajaran yang lebih bertumpu. (mustahil juga kerana ratio murid di dalam kelas adalah 6.5) Bila masalah guru nak ajar secara bertumpu. 30 minit sangat tidak logik

3. RPI terhasil daripada perbincangan bersama Multi disiplinari team, perbincangan bersama Jawatan Kuasa Pendidikan Khas Sekolah (JKPKS), berbincang dengan ibu bapa. (Be realistik… bila masa wujud perbincangan 3 penjuru? Kebanyakan RPI di tulis bagi mendapatkan BUTANG HIJAU.

Pendapat saya…
Saya pernah berada di SPK dan sekarang di PPKI.
Saya melihat secara praktisnya RPH perlu bersifat lebih general yang merangkumi keseluruhan aspek pencapaian yang telah diputuskan di dalam RPI.
Bagaimana ini boleh terjadi:

1. Sebelum membuat perancangan tahunan (RPT) selarikan semua tajuk mengikut kebolehan MBK cari kekuatan mereka yang *hampir sama untuk di letakkan di dalam kumpulan. Saya lebih suka kepada persamaan kategori

2. Buat pemeringkatan pada kandungan mata pelajaran yang hendak di diajar. (Hal ini menjadi kontroversi bila saya mengatakan RPT BOLEH DIUBAH. Saya mempunyai rasional yang sangat jelas kerana merujuk kepada Kod Amalan Pendidikan Khas sudah menyatakan Bahasa Kurikulum Pendidikan Khas dilaksanakan mengikut *keperluan murid dan Di dalam Peraturan Pendidikan Pendidikan Khas 2013 dengan jelas menyatakan Kurikulum MBK boleh diubahsuai mengikut keperluan murid. Hal ini merujuk kepada kebolehubah/penyesuaian dari masa ke semasa dengan berpandukan MURID. *Hormati pandangan saya sebagai Doktor Falsafah Kurikulum dan Pengajaran (berlagak seiii… emmm ada aku kisah)

3. Setkan Objektif dalam RPH yang dalam merangkumi objektif RPI yang ada dinyatakan. Tidak susah pun… contoh:

Objektif RPI:
MBK 1 (Pertengahan) : Murid dapat menunjukkan kepada guru cara memegang peralatan tangan seperti senduk, sudip, pisau, sudu dan garfu serta tahu kegunaannya melalui sesi praktikal.

MBK 2 (Lemah) : Murid dapat menyediakan peralatan yang digunakan dalam masakan kepada guru berpandukan peralatan yang sebenar.
MBK 3 (Harapan Nusa dan Bangsa): Murid dapat menyiapkan satu menu ringkas (sandwich) menggunakan peralatan tangan tanpa bantuan guru.
MBK 4 (Masalah emosi kurang tumpuan): Murid dapat menyediakan satu menu ringkas (Sandwich) dengan bantuan guru.
MBK 5 (Murid lemah manipulative): Murid dapat mengasingkan sudu dan garfu ke dalam dua bakul berasingan dan Senduk dan Sudip ke dalam dua bakul yang berasingan
MBK 6. (Murid Selalu tak datang): Murid dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam kelas mengikut modul yang telah disediakan. Ni mesti siap sebelum balik/abis kelas sebab nanti esok lusa belum tentu datang

Baiklah…. Bagaimana membentuk RPH mereka? Perlukan guru menyediakan 6 objektif bagi kelas tersebut?
Jawapan saya… tidak perlu.. Hanya sediakan objektif yang dapat merangkumi semua keenam-enam objektif RPI. KERANA yang hendak di capai secara nyata adalah RPI.
Daripada contoh di atas RPH bolehlah ditulis begini:

Pada akhir PdPc murid diharapkan murid dapat:
1. Menunjukkan perbezaan bentuk peralatan tangan kepada guru
2. Menggunakan peralatan tangan yang bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan

Pertanyaan sering diajukan oleh Pentadbir… mengapa objektif anda berulang ulang hampir setiap hari dalam seminggu?
Jawapan: Objektif sama tetapi aktiviti berlainan.

Untuk ruangan aktiviti pula… perlulah merangkumi semua objektif yang hendak di capai dalam RPI
Contoh:
1. Guru menerangkan bentuk, fungsi dan kegunaan peralatan kepada semua murid
2. Guru memberi peluang kepada semua murid mencuba peralatan tangan yang digunakan semasa aktiviti membuat sandwich
3. Guru membantu murid mengendalikan peralatan tangan mengikut fungsi dan kegunaan semasa aktiviti dijalankan
4. Guru mengulang fakta dan menunjuk cara pengendalian peralatan semasa aktiviti membuat sandwich.

*dalam pengendalian kelas asas seperti ini… membuat sandwich bukanlah objektif utama… yang menjadi objektif adalah penggunaan peralatan tersebut. Tetapi perlu ada hasil… sandwich bukanlah mewarna lembaran kerja gambar sandwich tetapi buatlah sandwich yang sebenar…

Artikel ini adalah hasil nukilan Dr Khairul Anuar. Oleh itu, cikgu-cikgu atau ibu bapa boleh tambah kenalan dengan Dr Khairul Anuar di facebook kerana terdapat banyak perkongsian isu-isul berkaitan dunia pendidikan khas yang dikongsikan oleh Dr Khairul Anuar di facebook.

Like juga kitpramenulis dot com di facebook bagi mendapatkan lebih banyak lembaran kerja dan info-info dunia pendidikan khas