resepi agar-agar santan pandan 1

Fuhh panasnya cuaca sekarang ni kan, syoknya kalau dapat makan resepi agar-agar santan pandan. Bestnya makan masa santai dan layan angin sempoi-sempoi bahasa pada waktu petang. Kalau buat resepi ni sendiri pun tak rugi sebab cara penyediaannya sangat mudah.

Apa yang paling penting, rasanya memang sedap tau walaupun nampak macam simple. Warnanya yang menarik memuku mata-mata yang melihatnya. Memang rugi tau kalau tak cuba.

Kalau lepas dah siap buat. Anda boleh jer masukkan dalam peti ais dan biarkan ia sejuk. Lepas tu, keluarkan dan potong cantik-cantik supaya lagi nampak menarik. Dan siap untuk dimakan ramai-ramai.

resepi-agar-agar-santan-pandan-2 Resepi Agar-Agar Santan Pandan Simple. Syok Makan Masa Cuasa Panas.
edisiviral.com

Memang berebut la nanti sebab semua nak rasa resepi yang sedap ni. Yer la rugi tau kalau tak rasa. Sebab peluang nak makan pencuci mulut ni bukannya datang selalu.

Resepi agar-agar santan pandan ni memang sedap kerana rasa lemak daripada santan. Kemudian, daun pandan juga membantu menaikkan aroma agar-agar ni. Sebab tu la ramai yang tergoda bila lihat, bau dan sentuhnya.

Tu tak rasa lagi tau. Kalau dah rasa memang tak mampu nak tepis dah godaannya selepas ni. Yummy sangat sampai ramai yang kata tak rugi cubanya untuk kali pertama.

resepi-agar-agar-santan-pandan-2 Resepi Agar-Agar Santan Pandan Simple. Syok Makan Masa Cuasa Panas.
perpaduan.gov.my

Agar-agar ni juga anda boleh jumpa masa kenduri tau. Memang banyak jer kenduri yang hidangkan pencuci mulut ni. Yer la selepas makan, sambil dok membawang tu boleh la makan pencuci mulut ni.

Alaa tak nak mengaku la tu suka membawang. Ingat tau hari ni kita membawang tentang orang esok lusa. Orang pun akan buka aib kita.

Senang cerita, kalau takde apa-apa yang penting mulut tu tutup jer. Tak perlu bercakap banyak sebab orang yang suka bercakap ni biasanya. Dalam diam dia akan sakitkan hati orang sekeliling dia dengan kata-katanya.

resepi-agar-agar-santan-pandan-2 Resepi Agar-Agar Santan Pandan Simple. Syok Makan Masa Cuasa Panas.
vectorstock.com

Mungkin kita tak perasan kata-kata kita ni menyebabkan orang terguris perasaan. Dan kena selalu ingat yang kata-kata ni tajam macam pedang tau. Terlajak perahu boleh kita undur.

Tapi bila dah terlajak kata, memang diri sendiri la binasa. Sebab tu kalau tiada benda penting yang memerlukan untuk kita bercakap. Sebaiknya, kita diamkan diri jer.

Biar la orang kata kita bisu ke bajet bagus ke. Tu semua hak kita nak bersuara ke nak membisu. Orang yang kata macam-macam kat kita tu mungkin dia ada masalah hati.

resepi-agar-agar-santan-pandan-2 Resepi Agar-Agar Santan Pandan Simple. Syok Makan Masa Cuasa Panas.
babab.net

Yer la masalah hati hitam atau hatinya sedang ‘sakit’. Jadi jangan hiraukan apa yang orang nak kata. Yang penting kita tahu apa yang kita buat tu betul dan tak mengganggu sesiapa.

Hidup ni biasa la. Kalau kita tak cari pasal dengan orang. Orang akan cari pasal dengan kita.

Jadi kena banyakkan bersabar yer. Sebab dalam kehidupan seharian kita ni. Kita akan selalu diuji  samaada kita ni jenis yang sabar tak bila diuji.

resepi-agar-agar-santan-pandan-2 Resepi Agar-Agar Santan Pandan Simple. Syok Makan Masa Cuasa Panas.
tes.com

So, keep smile and trust yourselves that you can face all the challenges in front of you. 

Cara Membuat Agar-Agar Santan Berlapis

Nak membuat resepi agar-agar santan pandan ni mudah jer. Tapi anda tahu tak yang agar-agar lagi cantik, menarik dan kemas jika ianya berlapis. Jadi, cara membuat agar-agar santan berlapis senang jer.

  • Telur Dan Santan Dikacau Tak Perlu Kisar

Pertama, untuk menghasilkan agar-agar yang berlapis. Sebaiknya, telur dan santan hanya perlu dikacau menggunakan garfu atau alatan lain yang sesuai. Tak perlu dikisar di dalam blender yer.

Selain itu, bila dah nampak ia mendidih. Anda kena pastikan api besar supaya agar-agar menggelegak dalam tempoh beberapa minit. Untuk hasilkan agar-agar berlapis, anda perhatikan samaada rupa agar-agar.

Ada nampak seperti berkeladak atau berbintil ke tak. Kalau berkeladak inshaAllah agar-agar anda akan jadi berlapis cantik, kemas dan elok jer. Cara ni boleh digunakan jika anda menggunakan telur ketika membuat agar-agar ni.

resepi-agar-agar-santan-pandan-2 Resepi Agar-Agar Santan Pandan Simple. Syok Makan Masa Cuasa Panas.
babab.net

Memang hasilnya macam yang saya cakap sebelum ni. Memang awesome dan sedap tau. Memang menggoda nafsu makan la kalau macam ni.

Tapi tak kisah kan sebab memang sedap dan lemak manis jer kerana dimasukkan santan. Anda juga jika inginkan tekstur yang menarik dan cantik. Mesti la tapis ia terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam loyang.

Nanti hasilnya agar-agar akan nampak lagi cantik dan menarik. Bila dah disejukkan seketika dah potong biar nampak cantik pasti ramai yang akan terkesima. Hehe sebabnya cantik sangat tupa agar-agarnya.

resepi-agar-agar-santan-pandan-2 Resepi Agar-Agar Santan Pandan Simple. Syok Makan Masa Cuasa Panas.
tanny.io

Sebaik-baiknya juga, anda gunakan daun pandan yang segar. Bukannya perasa sebab nanti aroma daun pandan tu akan harum bila nak makan. Dan untuk resepi ni sebaiknya anda gunakan agar-agar jenis yang bertali berbanding serbuk.

Khasiat Pandan

Setiap tumbuhan yang hidup pasti ada manfaatnya yang tersendiri. Begitu juga dengan daun pandan atau nama saintifiknya pandanus amaryllifolius. Ianya berwarna hijau dan berbau wangi.

  • Mengurangkan Demam, Menghilangkan Insomnia, Menghalang Kanser Dan Sebagainya

Antara khasiat pandan ialah mengurangkan demam, menghilangkan insomnia, menghalang kanser dan sebagainya. Fuhh banyaknya khasiat pandan untuk tubuh badan kita. Tak hairan la kalau kebanyakan pencuci mulut atau kuih banyak yang menggunakan daun pandan.

Patut la orang dulu-dulu jarang kita dengar terkena penyakit yang pelik-pelik. Yer la sebab mereka menjaga pemakanan mereka. Dan tak makan makanan ringan atau makanan yang mengandungi perisa tambahan.

resepi-agar-agar-santan-pandan-2 Resepi Agar-Agar Santan Pandan Simple. Syok Makan Masa Cuasa Panas.
alibaba.com

Sebab tu tak pelik kalau mereka jarang sakit. Kalau sakit pun mesti disebabkan sakit tua. Haa lepas dah tahu banyak khasiat yang ada pada pandan.

Boleh la anda semua mengamalkannya. Orang kata lebih baik kita ikhtiar daripada berserah sahaja tanpa usaha. Lepas tu kalau dah ditakdirkan jika sembuh atau tak semuanya kita kena terima dengan redha.

Terima kasih kepada Raja Amanina di atas sumbangan resepi agar-agar santan pandan. Horeyy boleh la resepi ni kami cuba bersama nanti. Semoga dimurahkan kesihatan untuk selalu berkongsi dengan kami lagi.

Jom kita usha sikit bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat agar-agar ini.

 

Resepi Agar-Agar Santan Pandan

Bahan-bahan:

-1 Bungkus agar agar strips@bertali 25gm
-Santan kara 1 kotak kecik
-Air 1.2 liter
-Daun pandan 2,3 helai blender dengan air sikit
-Gula 2 senduk-nak manis lagi lebihkan
-Garam secubit
-Telur 2 biji pukul pakai garfu letak garam sikit
-pewarna hijau sikit kalau nak letak

Cara penyediaan:

  1. Panaskan periuk kemudian masukkan agar-agar bertali, air, gula dan pewarna secukupnya. Kacau ia hingga larut.
  2. Bila semua bahan dah hancur dan larut sepenuhnya. Tuangkan santan.
  3. Kemudian, kacau lagi untuk mengelakkan ia daripada berketul. Perlahankan api kemudian telur dimasukkan.
  4. Kacau sekali lagi dengan kerap hingga ia mendidih. Bila dah mendidih, pastikan api besar selama beberapa minit untuk menghasilkan agar-agar berlapis.
  5. Bila dah nampak seperti berkeladak. Tutup api.
  6. Ambil bekas atau loyang kemudian tuangkan agar-agar tadi ke dalamnya. Sejukkan seketika di luar.
  7. Bila dah sejuk, masukkan loyang/bekas ke dalam peti ais dan biarkan ia sejuk selama 2-3 jam. Kemudian, bolehla potong mengikut citarasa masing-masing. Siap untuk dihidangkan.

resepi-agar-agar-santan-pandan-2 Resepi Agar-Agar Santan Pandan Simple. Syok Makan Masa Cuasa Panas.

Selamat mencuba. Semoga perkongsian pada kali ni memberi manfaat buat semua. Jangan lupa pula untuk kongsikan resepi ni kepada semua.

Cooking with love so the food will become more delicious.