resepi aiskrim oreo 1

Fuhh syoknya kalau musim panas macam ni makan resepi aiskrim oreo Mcflurry homemade. Dah la cara penyediaannya sangat mudah, simple dan yang paling penting sedap. Sekali cuba pasti nak lagi kerana diperbuat daripada susu segar.

Memang fresh daripada ladang la jawabnya. Sambil santai-santai waktu petang atau tengok televisyen boleh la layan aiskrim ni. Rugi tau kalau tak cuba.

Pencuci mulut ni kalau tiap-tiap hari kita terpaksa beli di Mcd memang pokai la duit kita nanti. Sebabnya harganya pun boleh tahan juga mahalnya. Padahal bekas yang digunakan takde la besar mana pun.

resepi-aiskrim-oreo-Mcflurry-homemade Resepi Aiskrim Oreo Mcflurry Homemade. Mudah Jer Untuk Penggemar Aiskrim Mcd
kredit picture : cdn.idntimes .com

Makan pun tak rasa puas tapi tak sampai sekejap dah habis. Memang rasa sedih, kecewa dan sakit hati la kalau macam tu. Berbeza sekali dengan aiskrim homemade ni.

Kalau kita buat sendiri kat rumah. Makan pun lagi rasa puas hati dan sedap. Tak percaya, anda kena cuba buat sendiri resepi aiskrim oreo Mcflurry kat rumah.

Silap hari bulan, aiskrim yang dibuat masih belum beku tapi dah licin satu bekas anda semua makan. Yer la tak sempat nak tunggu pencuci mulut tu betul-betul beku. Hati dan perasaan dah tak sabar nak rasa.

Lagipula, tak rugi tau kalau anda cuba buat sendiri resepi ni kat rumah. Sebabnya, pencuci mulut ni digemari oleh semua lapisan umur, bangsa dan agama. Jadi mustahil jika anda buat ianya tidak mendapat sambutan atau tak laku.

resepi-aiskrim-oreo-Mcflurry-homemade Resepi Aiskrim Oreo Mcflurry Homemade. Mudah Jer Untuk Penggemar Aiskrim Mcd

Pasti ramai yang berebut nak makan resepi aiskrim oreo Mcflurry ni. Yer la kalau nak beli dah berapa harganya kan. Lebih jimat, berbaloi dan sedap kalau buat jer sendiri.

Resepi dah ada. Tinggal malas atau rajin jer. Kalau rajin maka perut tu akan makin kenyang. Kalau malas pula pasti perut tu akan lapar.

Sampai bila nak berharap orang belikan untuk kita kan. Atau pun sampai bila nak mengharapkan orang lain buatkan untuk kita. Diri sendiri la kena usaha dengan belajar sendiri buatnya.

Susah hidup kita kalau sentiasa bergantung pada manusia. Sebabnya nanti kalau manusia tu kecewakan kita. Pasti kita akan sakit hingga lupa nak bangkit kembali.

resepi-aiskrim-oreo-Mcflurry-homemade Resepi Aiskrim Oreo Mcflurry Homemade. Mudah Jer Untuk Penggemar Aiskrim Mcd

Tapi bergantung harap la pada Sang Pencipta kita. Pasti hati kita akan lagi tenang dan tenteram jer tanpa ada gundah gelana. Ni kalau yang ada pengalaman jer yang faham apa yang saya nak sampaikan.

Kalau yang tiada pengalaman pun anda kena take note yer. Jangan lepas terhantuk baru terngadah. Masa tu nak menyesal pun tak guna dah tau.

Hidup ni hanya sekali tau. Bukannya kita mati boleh hidup balik dan perbetulkan balik apa yang kita nak betulkan. Jadi hargai la setiap sesuatu yang hadir dalam hidup kita ni.

resepi-aiskrim-oreo-Mcflurry-homemade Resepi Aiskrim Oreo Mcflurry Homemade. Mudah Jer Untuk Penggemar Aiskrim Mcd

Jangan lepas dah takde baru la kita tahu erti kehilangan dan rindu. Ramai jer manusia sekarang yang alpa dan leka dengan dunia. Hingga mereka tak ingat bahawa mereka akan mati.

Hingga mereka tidak menghargai langsung apa yang hadir dalam hidup mereka. Terutamanya, ibu bapa, adik beradik dan sahabat handai. Lepas dah kehilangan baru la nak hargai benda yang tiada.

Ishh ishh ishh jangan contohi sikap macam tu tau. Berbalik kepasa resepi kita tadi. Kita faham yang tak semua orang mampu nak beli aiskrim Mcflurry kat Mcd.

resepi-aiskrim-oreo-Mcflurry-homemade Resepi Aiskrim Oreo Mcflurry Homemade. Mudah Jer Untuk Penggemar Aiskrim Mcd

Sebab tu la anda kena belajar buat sendiri pencuci mulut ni. Berpandukan resepi yang akan diberi sekejap nanti. Memang sedap gilerr tau rasa pencuci mulut ni.

Memang rasa tu ala-ala Mcflurry kat Mcd dah tau. Rugi sangat kalau anda poyo dan tak nak cubanya. Yummy.

Cara Buat Aiskrim Mcflurry Oreo

Senang jer nak buat resepi aiskrim Mcflurry oreo ni. Caranya masa nak pukul adunan tu. Jangan pukul ia dalam tempoh masa yang lama.

Nanti rupanya akan jadi pelik dan kurang sedap bila nak makan nanti. Kalau anda nakkan perasa lain. Tukar jer oreo tu dengan apa-apa perasa yang anda suka.

Because life is simple. Do not make it more complicated. Benda boleh tukar buat apa nak gaduh kan.

Apa Itu Ovalette

Ramai yang tak tahu rupanya apa itu ovalette. Mungkin ada sesetengah yang tahu rupa dan fungsinya untuk apa. Meh kita kongsikan sedikit apa itu ovalette.

Ovalette/quick 75 atau nama lainnya sponge cake stabilizer. Ianya berbentuk gel yang berwarna oren atau kuning. Kegunaan ovalette dalam masakan seperti kek span, homemade aiskrim dan kek kukus.

Ianya sebagai pengemulsi atau penstabil. Jadi kek akan jadi lagi kental, stabil dan tidak cepat hancur ketika dibakar, dikukus atau dikacau. Hasilnya aiskrim atau kek akan jadi lembut, gebu dan tidak mudah hancur selepas dimasak.

resepi-aiskrim-oreo-Mcflurry-homemade Resepi Aiskrim Oreo Mcflurry Homemade. Mudah Jer Untuk Penggemar Aiskrim Mcd
kredit pic: jayagrocer .com

Wahh hebatkan ovalette ni. Banyak ia membantu dalam menghasilkan pencuci mulut kegemaran ramai ni. Yumm yumm delicious.

Antara ovalette yang dijamin halal oleh pihak Jakim ialah jenama Nona, Kijang dan Bidari. Bukan sahaja masakan yang kita masak mesti sedap. Aspek halal pun kita kena ambil serius tau.

Supaya bahan-bahan yang kita gunakan untuk membuat aiskrim nanti dijamin halas dan tak diragui. Sebab tu penting semasa kita nak beli apa-apa barang sekalipun. Kita kena periksa betul-betul sijil halalnya diperakui oleh Jakim ke tak.

resepi-aiskrim-oreo-Mcflurry-homemade Resepi Aiskrim Oreo Mcflurry Homemade. Mudah Jer Untuk Penggemar Aiskrim Mcd

Baru la makanan kita akan lagi sedap, halal dan bersih. Rasanya semua orang bukannya kanak-kanak lagi kan. Mesti anda semua dah tahu kena kita kena periksa betul-betul logo halal.

So, there is no need for me to explain more about this. Because it only waste our time, right. Tepuk dada tanya la iman masing-masing sebelum nak memilih supaya pilihan tersebut betul.

Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi kongsikan resepi aiskrim oreo Mcflurry untuk dicuba bersama. Semoga dimurahkan lagi rezeki dan kesihatan untuk selalu berkongsi resepi. Resepi ni memang sangat sedap dan menyelerakan.

Teksturnya juga gebu dan lembut jer. Bila makan rasa cair jer dalam mulut. Tanpa lengahkan masa lagi.

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pencuci mulut kegilaan ramai ni. Pasti makan sekali nak lagi dan lagi. Yer la sebab tak puas nak makan.

 

Resepi Aiskrim Oreo Mcflurry Homemade

Bahan-bahan:

-2 bungkus biskut oreo(hancurkan@kisar)
-setengah tin susu pekat
-susu dutch lady fullcream 450ml
-1 sudu besar ovalette
-1 sudu kecik esen vanila

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali biskut oreo ke dalam mixer. Mix ia selama 15 minit biar kelihatan kembang dan gebu. (guna blender pun tiada masalah).
  2. Kemudian, masukkan bahan yang siap di mix tadi ke dalam bekas. Taburkan diatas adunan tadi baki biskut oreo yang dihancurkan. Tutup bekas dengan penutupnya.
  3. Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan ia beku semalaman.

resepi-aiskrim-oreo-Mcflurry-homemade Resepi Aiskrim Oreo Mcflurry Homemade. Mudah Jer Untuk Penggemar Aiskrim Mcd

Selamat mencuba. Semoga resepi ini memberikan anda idea baru untuk memasak. Takde la nanti menu yang sama jer anda kena hadap tiap-tiap hari.

Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua kenalan anda.