resepi apam coklat moist

Resepi apam coklat moist pada kali ini sangat mudah kerana menggunakan kaedah kukus sahaja. Kek ini digemari ramai kerana teksturnya yang gebu, lembut dan sedap bila dimakan. Apa yang menarik lagi tentang resepi ini ialah ia tidak menggunakan mixer atau oven.

Ianya sedap, lembut dan gebu kerana menggunakan kaedah kukus. Seperti yang sedia maklum, kaedah kukus sangat bagus untuk kesihatan kita. Mmm yummy.

Kepentingan Memasak

 

Kalau anda nak tahu, prinsip memasak adalah menyediakan setiap juadah menggunakan kaedah memasak yang bersesuaian dengannya. Kalau tak sesuai nanti tekstur, rupa, warna dan rasa makanan yang dimasak. Pasti tidak akan sedap, enak dan menyelerakan.

resepi-apam-coklat-moist-1 Resepi Apam Coklat Moist Menggunakan Kaedah Kukus. Sedap Gebu Weii.
coastaldimsum.com

Ramai yang tidak menekankan aspek ni bila memasak sebab itu masakan yang dimasak kurang enak. Kaedah mengukus termasuk dalam kaedah memasak menggunakan haba lembap. Kalau nak tahu kelebihan dan kekurangan menggunakan kaedah memasak menggunakan haba lembap.

Pengenalan Teknik Memasak

resepi-apam-coklat-moist-1 Resepi Apam Coklat Moist Menggunakan Kaedah Kukus. Sedap Gebu Weii.
maskulin.com.my`

Meh baca perkongsian ini hingga habis. Resepi apam coklat moist pada kali ini menggunakan kaedah mengukus. Seperti yang semua sedia maklum, ianya termasuk dalam kaedah memasak menggunakan haba lembap.

  • Tidak Menggunakan Minyak

Antara kelebihan dan kekurangan menggunakan kaedah ni. Biarpun makanan lambat masak tapi bila dimakan ia mudah jer dicernakan. Kelebihan kaedah ini adalah disebabkan tidak menggunakan minyak.

  • Tekstur Kek Jadi Lembut Dan Gebu

Jadi sesiapa yang amalkan gaya hidup sihat atau tengah diet boleh la cuba kek ni. Manakala, ramai yang sukakan kaedah masakan ini kerana tekstur keknya. Bila dah masak sempurna akan lebih lembut, gebu dan menggiurkan.

Dan paling bestnya ialah kaedah memasak dengan cara mengukus hanya memerlukan sedikit perhatian sahaja. Yer la bila kita dah mula kukuskan kek ni. Nanti boleh la kita tinggal sekejap untuk buat kerja lain.

Berbeza kalau kita guna kaedah menggoreng. Sebabnya ia memerlukan sepenuh perhatian daripada kita untuk mengelakkannya daripada hangit. Haa kalau dah hangit atau hangus nanti rasa makanan dah tak enak untuk dimakan.

  • Perlu Disimpan Dalam Bekas Tertutup

Resepi apam coklat moist biasanya boleh tahan selama seminggu. Jika disimpan dalam bekas tertutup kemudian dimasukkan ke dalam peti ais. Bila nak makan senang sahaja.

resepi-apam-coklat-moist-1 Resepi Apam Coklat Moist Menggunakan Kaedah Kukus. Sedap Gebu Weii.
productnation.co

Tinggal panaskan jer dalam microwave, lepas tu siap untuk dimakan yeayy. Kalau anda nak jadikan kek ni sebagai bekal anak-anak ke sekolah pun sesuai tau. Bekal untuk berkelah dan santai sambil minum petang bersama pun sesuai juga.

Haa tunggu apa lagi. Meh la belajar cara nak buatnya supaya nanti boleh bagi keluarga anda cuba. Rugi tau kalau tak cuba.

Cara Buat Apam Coklat Kukus Yang Gebu

resepi-apam-coklat-moist-1 Resepi Apam Coklat Moist Menggunakan Kaedah Kukus. Sedap Gebu Weii.

Mesti ramai yang nakkan cara buat apam coklat kukus yang gebu. Betul tak? Haa di sini ada beberapa cara yang anda semua boleh gunakan bila nak membuat kek ni.

Kalau nak kek jadi lembut dan gebu selepas dikukus. Anda perlu ayak bahan-bahan seperti tepung gandum, serbuk koko dan sebagainya supaya tidak berketul. Nanti kalau kita dah siap-siap ayak dulu sebelum campur bahan dan kacau hingga sebati.

resepi-apam-coklat-moist-1 Resepi Apam Coklat Moist Menggunakan Kaedah Kukus. Sedap Gebu Weii.
shopee.com.my

Bancuhan kek ni tidak akan berketul dan hasilnya kek akan jadi lagi gebu tau. Selain itu, untuk mengelakkan air titisan daripada kukusan menitik masa tengah mengukus kek ni. Balutkan tudung kukusan menggunakan kain yer.

Seterusnya, semasa proses mengukus apam. Sebaiknya gunakan api sederhana kecil jer. Tujuannya untuk elakkan daripada apam pecah dan tidak kelihatan cantik bila dah masak nanti.

Periksa juga air kukusan sebelum mulakan proses untuk mengukus. Masukkan apam ke dalam kukusan jika air dalam kukusan dah betul-betul mendidih. Kalau air belum mendidih jangan mulakan proses mengukus apam.

resepi-apam-coklat-moist-1 Resepi Apam Coklat Moist Menggunakan Kaedah Kukus. Sedap Gebu Weii.
majalahpama.my

Tips/cara yang penting juga untuk diberi perhatian ialah oleskan sedikit minyak pada acuan apam sebelum mengukusnya. Nanti bila dah masak sempurna dan nak dihidangkan. Ia tidak akan melekat atau pecah pada acuan bila nak dikeluarkan nanti.

Haa baru la apam kita akan nampak cantik, kemas dan paling penting sekali sedap bila dimakan. Kalau nakkan apam ni sedap, gebu dan lembut maka ikut la cara-cara di atas ni. Sebenarnya, ada banyak lagi cara untuk hasilkan apam yang lembut.

Tapi untuk perkongsian pada kali ni kita bagi sedikit dulu. Yer la kalau bagi banyak-banyak nanti anda semua boring nak baca. Ni kalau saya bagi sikit-sikit jer mesti anda akan rindukan perkongsian daripada saya.

resepi-apam-coklat-moist-1 Resepi Apam Coklat Moist Menggunakan Kaedah Kukus. Sedap Gebu Weii.
rinibee.files.wordpress.com

Lepas tu akan tak sabar-sabar nak baca perkongsian saya yang seterusnya lepas ni. Hehe betul tak? Alaa cakap la betul.

Jangan la jujur sangat huhu. Ok tak pe la buat masa ni cukup setakat tu jer la tips yang saya kongsikan. Jangan ada yang menangis sebab rindukan perkongsian ni sudah la yer.

Sori-sori, yer la bila lagi nak angkat bakul sendiri kan. Kalau nak tunggu orang puji kita memang lambat la lagi. Jadi kita puji diri sendiri la.

resepi-apam-coklat-moist-1 Resepi Apam Coklat Moist Menggunakan Kaedah Kukus. Sedap Gebu Weii.
beritagar.id

Lagi pun kita tak kacau atau guna duit orang kan kalau nak puji diri sendiri. Jadi rasanya ianya tidak mendatangkan masalah pun kan. Ok, kalau dulu saya asyik membebel tentang kita jangan putus asa.

Jika kita sentiasa lakukan kesilapan dalam memasak atau masakan tidak menjadi sedap. Tapi kali ni malas nak sentuh bab yang sama. Kita cerita tentang kepentingan menjaga aspek kebersihan ketika memasak.

Ramai sebenarnya dalam kalangan kita yang tidak mengambil berat atau tidak perasan. Bila kita tegur baru la mereka akan sedar tentang kepentingan menjaga aspek kebersihan ni. Alaa biasa la manusia kan manaada yang sempurna.

resepi-apam-coklat-moist-1 Resepi Apam Coklat Moist Menggunakan Kaedah Kukus. Sedap Gebu Weii.
halodoc.com

Sifat semulajadi manusia yang jenis pelupa. Yer la pelupa yang mereka hanya hamba biasa jer bukan bigboss kat dunia ni. Terlupa itu terlupa ini.

Jadi tugas kita sesama makhluk kena saling ingat mengingati supaya tidak terus lupa. Ok, berbalik kepada soal kebersihan ketika nak memasak dan selepas memasak. Disarankan kepada anda untuk gunakan peralatan memasak seperti senduk, sudu dan sebagainya yang bersih.

Perhatikan juga masa nak membasuh peralatan ni jika ada sisa-sisa makanan yang masih melekat padanya. Jangan buat main tau soal kebersihan ni. Nanti ada pula yang keracunan makanan atau sakit perut bila makan makanan yang tak bersih.

resepi-apam-coklat-moist-1 Resepi Apam Coklat Moist Menggunakan Kaedah Kukus. Sedap Gebu Weii.
desktopimages.org

Ingat, sediakan payung dahulu sebelum hujan. Jangan sudah terhantuk baru terngadah. Masa tu nasi dah jadi bubur.

Tiada guna lagi nak menyesal ke apa. Ok la done bebel. Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi kongsikan resepi apam coklat moist untuk kita cuba bersama.

Dan tak sabar nak buat apam menggunakan resepi ni ke? Jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan untuk membuatnya.

 

Resepi Apam Coklat Moist Kukus

Bahan-bahan A:
-2 cawan gula pasir
-2 biji telur
-1 cawan susu cair
-1 sudu teh esen vanila nak lagi sedap letak esen coklat

Bahan-bahan B:
-2 cawan tepung gandum
-1 cawan serbuk koko
-1 sudu teh baking powder
-1 sudu teh soda bikarbonat
*ayak semua sekali

Bahan-bahan C:
-1 cawan minyak masak
-1 cawan air panas

 

Cara Penyediaan:

  1. Kisar selama 3 minit bahan A hingga halus. Kemudian, masukkan ke dalam mangkuk yang sesuai.
  2. Kemudian, tambahkan bahan B yang siap diayak sedikit demi sedikit. Sambil masukkan bahan B sambil kacau menggunakan senduk yer. Jangan malas nak kacau yer nanti adunan cepat berketul.
  3. Kacau bahan-bahan biar sebati. Kemudian, kukusan dipanaskan hingga airnya mendidih.
  4. Sambil nak tunggu air kukusan mendidih, sapukan sedikit minyak pada acuan lompang. Kemudian, adunan tadi dituangkan sebanyak 3/4 daripada acuannya. 
  5. Masukkan acuan lompang ke dalam kukusan. Kemudian, kukus ia selama 15 minit menggunakan api sederhana besar. Pastikan balut tudung kukusan dengan kain untuk elakkan air menitik pada apam.
  6. Bila dah masak sempurna, angkat dan hidangkan bersama minuman kegemaran.

resepi-apam-coklat-moist-1 Resepi Apam Coklat Moist Menggunakan Kaedah Kukus. Sedap Gebu Weii.

Selamat mencuba. Semoga perkongsian pada kali ini memberikan manfaat buat semua. Jangan lupa pula untuk kongsikan resepi ini kepada semua kenalan anda.