resepi asam pedas ikan salmon 1

Jom kali ni kita cuba masak resepi asam pedas ikan salmon? Bosan kan kalau tiap-tiap hari masak asam pedas ikan pari jer. Gerenti kita akan mengakui keenakannya ditambah dengan kuahnya yang kaw.

Aumm sekali hirup memang terasa padunya tu. Kalau sesiapa yang tak pernah makan juadah ni. Mesti anda semua akan jatuh cinta pada suapan pertama.

Perghh bukan biasa-biasa penangan resepi asam pedas ikan salmon ni. Haa jangan di buat main tau. Kalau tak dapat rasa.

Silap hari bulan boleh mengigau memikirkannya tau. Dah la sedap, kuahnya pun kaw. Mana nak cari juadah yang rasanya enak seperti ni?

resepi-asam-pedas-ikan-salmon-1 Resepi Asam Pedas Ikan Salmon. Gerenti Sedap Dan Kuah Pun Kaw.

Ikan salmon semua orang tahu keenakannya serta khasiat pada tumbesaran anak-anak kita. Memang sesuai sangat kalau kita masakkan untuk seisi keluarga kita rasa. Pasti mereka akan sukakannya dan akan menggemarinya.

Kalau kita masak resepi asam pedas ikan salmon. Bukan orang tua jer yang suka makan. Malah kanak-kanak pun suka tau.

Kalau tak cuba manakan nak tahu. Betul tak? Rasa juadah ni tak pelik pun.

Memang gerenti sedap hingga menjilat jari jemari tu. Kalau tak sedap takkan la semua orang suka menikmatinya. Setuju tak?

resepi-asam-pedas-ikan-salmon-1 Resepi Asam Pedas Ikan Salmon. Gerenti Sedap Dan Kuah Pun Kaw.
kredit gambar: grocerhelper.com

Sesiapa yang biasa makan ikan salmon dan tak tahu nak masak apa dah. Boleh la usha resepi ni. Pasti kena dengan selera kita semua.

Pada kali ini, ingin saya kongsikan sedikit petua. Haa petua apa yer? Mesti semua dah tak sabar nak tahu kan?

Hehehe mesti la petua tu ada kaitan sedikit sebanyak dengan resepi asam pedas ikan salmon. Nanti senang kalau nak masak menu ni. Kita dah tahu sedikit sebanyak tipsnya.

Cara Masak Nasi

Bila kita memasak resepi asam pedas ikan salmon. Kita mesti nak makan denga nasi putih kan? Tapi kalau kita tak tahu cara masak nasi yang betul.

Kemungkinan kita akan masak makan nasi yang tak masak atau nasi terlalu lembik. Ish ish ish macam makan nasi air pula. Tapi jangan risau sebab mulai hari ni.

Kita akan sama-sama belajar cara masak nasi. Nanti senang la kalau sesiapa suruh kita masak nasi. Kita dah pandai sebab kita gunakan cara masak nasi yang betul.

  • Sukat Beras Yang Nak DimasakĀ 

resepi-asam-pedas-ikan-salmon-1 Resepi Asam Pedas Ikan Salmon. Gerenti Sedap Dan Kuah Pun Kaw.
kredit gambar: astroawani.com

Macam mana nak sukat? Mudah jer nak sukat. Kita gunakan jer pot.

Pot adalah bekas yang digunakan untuk sukat beras untuk kita masak nanti. Kalau orang kat rumah kita jenis yang suka makan nasi. Maka kita kena lebihkan bilangan pot tu.

Kang kejap lagi ada yang merajuk sebab tak dapat makan nasi. Huhu haru biru jadinya nanti tu.

  • Periksa Beras Jika Ada Bendasing

resepi-asam-pedas-ikan-salmon-1 Resepi Asam Pedas Ikan Salmon. Gerenti Sedap Dan Kuah Pun Kaw.
kredit gambar: harianbernas.com

Sebelum kita nak basuh beras. Seeloknya, kita periksa terlebih dahulu beras jika ada sebarang bendasing. Contohnya, ada bubuk, kutu beras dan sebagainya.

Jadi kita buang terlebih dahulu. Biasa bendasing ni ada disebabkan kita simpan beras di tempat gelap serta tidak tertutup. Maka seeloknya kita kena simpan beras di dalam bekas tertutup yer.

  • Basuh Beras Hingga Bersih

resepi-asam-pedas-ikan-salmon-1 Resepi Asam Pedas Ikan Salmon. Gerenti Sedap Dan Kuah Pun Kaw.
kredit gambar: majalahpama.my

Bila kita buang bendasing yang tak sepatutnya ada di dalam beras. Boleh la kita basuh beras tu hingga bersih. Seeloknya kita basuh sebanyak tiga kali beras tu.

Air yang kali ketiga tu biasa dah bersih dan jernih. Jadi kita boleh gunakan air yang ketiga untuk memasak nasi. Tapi jangan terkejut pula sebab ada sesetengah daripada kita.

Lagi yakin dan selesa basuh beras melebihi tiga kali. Ada tu dia basuh hingga sepuluh kali. Maka ianya terpulang pada anda semua.

Tiada yang nak marah kalau kita basuh banyak kali. Hehehe betul tu. Yer la sebab beras kita, air kita dan kita juga nak makan.

Jadi terpulanglah pada kita. Betul tak?

  • Sukat Air Sebelum Masak Nasi

resepi-asam-pedas-ikan-salmon-1 Resepi Asam Pedas Ikan Salmon. Gerenti Sedap Dan Kuah Pun Kaw.
kredit gambar: iluminasi.com

Sebelum kita nak masak nasi. Sebaiknya kita sukat dulu air untuk beras tadi. Caranya memang mudah sangat.

Kita perlu gunakan hujung jari telunjuk tangan kanan untuk sukat kuantiti air. Bila kita masukkan air, kita paras air adalah pada bahagian pertengahan awal jari telunjuk kita. Kalau terlebih sikit pun tiada masalah.

Nasi yang kita masak takkan terlalu lembik pun. Tapi jangan airnya terlalu kurang sudah. Nanti nasi tu jadi keras.

Ish ish ish maka tak sedap la nasi kita nanti. Lagi teruk kalau nasi tu jadi mentah. Maka boleh la kita ramai-ramai nyanyi lagu “bangau ohh bangau” hehe.

  • Tudung Periuk Kemudian Tekan “Cook”

Bila dah siap sukat air untuk beras. Kita boleh tudung periuk nasi elektrik tadi. Kemudian, tekan jer di tempat “cook” pada periuk nasi elektrik.

Kemudian, beras tadi akan dimasak seperti biasa. Tak perlu nak tunggu pun sebab kita gunakan periuk nasi elektrik. Jadi nasi akan masak secara automatik.

Kalau kita gunakan dapur gas. Kita perlu pastikan kita tutup menggunakan tudung periuk. Pastikan juga untuk menggunakan api yang perlahan atau kecil jika nampak nasi mulai kering.

Ianya supaya nasi masak sekata. Mudah jer kan kalau nak masak nasi menggunakan cara ni. Gerenti yang dulu tak tahu masak nasi.

resepi-asam-pedas-ikan-salmon-1 Resepi Asam Pedas Ikan Salmon. Gerenti Sedap Dan Kuah Pun Kaw.
kredit gambar: health.detik.com

Guna jer cara ni kita akan rasa mudah dan senang jer. Paling penting kita bersedia untuk belajar daripada kesilapan. Kalau silap kita sama-sama perbaikinya bukan jadikan kegagalan tu sebab untuk kita berputus asa.

Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin kerana sudi berkongsi resepi asam pedas ikan salmon. Semoga sentiada dimurahkan rezeki untuk berkongsi lagi dengan kami. Jom kita sama-sama usha cara nak memasak juadah ni?

Mesti ramai dah tak sabar nak ketahuinya kan. So, let’s check it out. Good luck guys!!!

 

Resepi Asam Pedas Ikan Salmon

Bahan-bahan:
2 keping ikan salmon
5-6 biji bendi
4-5 biji lada kering
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1 inci kunyit hidup
Air secukupnya
Garam dan gula

Cara Penyediaan:

  1. Kisar cili/lada kering, bawang putih, kunyit hidup, belacan dan bawang merah bersama air hingga halus.
  2. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak.
  3. Tambahkan sedikit air. Kemudian, masukkan ikan salmon. Tambahkan sedikit asam jawa extra adabi. Kacau hingga sebati.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masukkan bendi. Kemudian, kacau biar ikan salmon sebati dengan kuahnya.
  5. Siap untuk dihidangkan untuk seisi keluarga.
resepi-asam-pedas-ikan-salmon-1 Resepi Asam Pedas Ikan Salmon. Gerenti Sedap Dan Kuah Pun Kaw.
Semoga sedikit perkongsian pada kali ini memberikan manfaat buat semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua yer. Selamat mencubanya di rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.