resepi ayam chetti ala indian style 1

Dah lama tak makan resepi ayam chetti ala Indian Style. Tiber rasa rindu nak cicah menu ni bersama roti puri gebu atau nasi putih. Perghh sedapnya mesti sampai tak terucap di mulut.

Pada kali ni, resepi yang kami bawakan kepada anda semua amat istimewa. Hehehe kenapa istimewa? Ia disebabkan kami kongsikan dua resepi sekali gus tau.

Pertama, resepi ayam chetti ala Indian style dan kedua resepi roti puri yang gebu gebas. Perghh siapa la yang sangat murah hati sanggup kongsikan resepi yang banyak ni kan? Dah la sedap-sedap jer bunyinya tu.

resepi-ayam-chetti-ala-indian-style-1 Resepi Ayam Chetti Ala Indian Style. Sekali Makan Asyik Terkenang-Kenang

Ish menggoda selera makan la kalau macam ni. Betul tak? Hehehe takpe la sekali sekala ponteng diet apa salahnya.

Kan? Bukannya tiap-tiap hari ponteng. Kalau tiap-tiap hari tu haa memang tak elok la.

Cadangan saya lepas makan resepi ayam chetti ala Indian style. Ajak satu family exercise sama-sama. 2 in 1.

resepi-ayam-chetti-ala-indian-style-1 Resepi Ayam Chetti Ala Indian Style. Sekali Makan Asyik Terkenang-Kenang
babab.net

Mula-mula silaturahim dah erat sebab makan sama-sama. Kemudian, bila exercise dengan family boleh eratkan lagi ukhwah sebab luangkan masa bersama. Bernas kan idea saya?

Nanti boleh la guna idea ni nanti. Bila lagi kita nak luangkan masa bersama keluarga? Masa ni la kita nak luangkan betul-betul masa dengan keluarga.

Nanti bila semua dah sibuk. Kita semua dah takde peluang macam sekarang ni. Kebetulan sekarang ni kan masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Maka kita rakyat Malaysia dah boleh keluar rumah untuk melakukan aktiviti harian seperti biasa.

resepi-ayam-chetti-ala-indian-style-1 Resepi Ayam Chetti Ala Indian Style. Sekali Makan Asyik Terkenang-Kenang
amirudinshari.com

Tapi kena ingat tau. Memang la boleh keluar tapi kita semua kena patuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Jangan main redah jer.

Kita kan nak sama-sama jaga kita? Kita juga nak sama-sama bekerjasama untuk putuskan rantaian jangkitan COVID 19? Betul tak?

So, let’s take care of ourselves, family, community and our country. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kalau kita sama-sama berganding bahu untuk menjaga diri kita dan orang sekeliling.

resepi-ayam-chetti-ala-indian-style-1 Resepi Ayam Chetti Ala Indian Style. Sekali Makan Asyik Terkenang-Kenang
facebook.com

Tak mustahil kita dapat putuskan rantaian jangkitan virus ni dalam masa terdekat. Saya yakin semua dah tak sabar nak jalani kehidupan seperti dulu kan? Dapat keluar rumah tanpa risau akan sebarang penyakit berjangkit.

Sekarang ni kita berbalik pada resepi ayam chetti ala Indian style. Mesti anda semua nak tahu apa tips yang akan saya kongsikan sebentar lagi kan? Hehe kalau tak sabar nak tahu.

Jom la sama-sama sediakan pen dan kertas. Kita sama-sama catat tips yang bakal saya kongsikan sebentar lagi. Semua dah tak sabar nak tahu kan?

resepi-ayam-chetti-ala-indian-style-1 Resepi Ayam Chetti Ala Indian Style. Sekali Makan Asyik Terkenang-Kenang
weekendthrill.com

Ehh lupa nak cakap yang resepi ni sangat popular di kalangan warga Chetinad (Chetti). Tapi hari ni bukan setakat warga Chetinad jer yang suka makan resepi ayam chetti ala Indian style. Bangsa lain seperti Melayu, Cina dan sebagainya pun suka tau.

Oleh itu, tak rugi kalau kita semua belajar masak resepi ni. Dijamin sedap dan menyelerakan tau.

Cara Memilih Ayam Segar Di Pasar

Terdapat beberapa cara memilih ayam segar di pasar. Jadi lepas ni kalau kita semua nak pilih ayam. Guna jer tips ni untuk memilih ayam segar di pasar.

  • Perhatikan Warna Ayam

Bila kita perhatikan warna ayam. Ayam segar warnanya putih kemerah-merahan. Jika nak dibandingkan dengan ayam tidak segar.

resepi-ayam-chetti-ala-indian-style-1 Resepi Ayam Chetti Ala Indian Style. Sekali Makan Asyik Terkenang-Kenang
qopnet.id

Warnanya pucat dan kebiru-biruan sebab dah lama disimpan atau tidak segar. Mesti ada yang tertanya-tanya. Di bahagian mana biasa kita nak perhatikan warna ayam ni?

Biasa kita boleh je perhatikan di semua bahagian. Samaada di bahagian paha atau di bawah kepak ayam.

  • Periksa Tekstur Ayam

Kalau kita nak periksa tekstur ayam mudah jer. Kita perlu pastikan bila ayam ditekan kita rasa ianya masih empuk. Selain itu, bila kita tarik kepak ayam ke belakang.

Ia akan kembali ke posisi asalnya semula. Berbeza dengan ayam tidak segar teksturnya lebih lembik. Kalau kita tekan pun ayam akan tenggelam.

resepi-ayam-chetti-ala-indian-style-1 Resepi Ayam Chetti Ala Indian Style. Sekali Makan Asyik Terkenang-Kenang
indiamart.com

Bila kita tarik kepak ke belakang pula ia takkan kembali ke posisi asal. Kepak ayam hanya mampu terkulai layu tidak bermaya. Ishh ishh sedih bukan?

  • Hidu Bau Ayam

Ayam segar bila kita hidu baunya daripada jauh. Ia takkan berbau busuk atau hanyir. Manakal, ayam tidak segar akan berbau hanyir dan busuk.

Kadang-kadang bau busuk ayam tidak segar mampu membuatkan hidung kita jadi kembang kempis. Huhu tak sempat orang puji hidung kita dah kembang kempis. Tapi ni bukan sebab dipuji.

Ni disebabkan kita tak dapat tahan bau busuk daripada ayam tidak segar. Maka jadilah seorang pengguna yang bijak memilih ayam segar. Apa nak dirisaukan dan susah?

resepi-ayam-chetti-ala-indian-style-1 Resepi Ayam Chetti Ala Indian Style. Sekali Makan Asyik Terkenang-Kenang
clipartart.com

Guna jer cara memilih ayam segar di pasar. Gerenti semua kerisauan dan masalah anda semua akan selesai. Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi berkongsi resepi ayam chetti ala Indian style.

Beliau juga ada berkongsi resepi roti puri gebu gebas untuk kita semua. Wah rezeki kita semua la kan? Dapat 2 resepi sekaligus. Nanti boleh la cuba memasaknya di rumah.

Resepi Ayam Cetti

Bahan-bahan:
-1/2 ekor ayam potong ikut suka(kunyit garamkan dan goreng)
-5 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-1 inci halia
-2 tangkai daun kari
-3 sudu besar rempah kerutuk(kalau takde boleh guna serbuk kari je)
-2 sudu besar sos tiram
-3 sudu besar kicap manis
-4 sudu besar sos tomato
-buah pelaga,kayu manis,bunga lawang
-gula garam
-sedikit air

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk@kisar bawang merah bawang putih dan halia.
  2. Kemudian, tumis bahan kisar, daun kari bersama 3 sekawan hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kerutuk tumis lagi hingga pecah minyak masukkan
    sos tomato, kicap dan sos tiram.
  4. Tambahkan sedikit air. Kemudian, masukkan ayam dan perasakan gula garam
  5. Biarkan ia masak hingga sedikit pekat. Siap untuk dihidangkan untuk seisi keluarga.

resepi-ayam-chetti-ala-indian-style-1 Resepi Ayam Chetti Ala Indian Style. Sekali Makan Asyik Terkenang-Kenang

Resepi Roti Puri

Bahan-bahan:
-2 cawan tepung gandum
-1 sudu besar yis@mauripan
-1 sudu besar gula
-3 sudu besar minyak masak
-secubit garam
-3/4 cawan air panas

Cara Penyediaan:

  1. Satukan tepung gandum, yis, gula, minyak, garam dan gaul hingga
    berderai derai.
  2. Masukkan air panas(doh agak panas sikit eh)nina uli pakai tangan je. Hanya perlu uli sekejap je hingga jadi doh lembut.
  3. Bulat- bulatkan doh sebesar bola ping pong dan perap selama 30 minit.
  4. Kemudian, panaskan minyak(agak banyak). Canai@leperkan doh yang telah dibulatkan dan masukkan ke dalam minyak panas(goreng sebiji biji je).
  5. Simbah-simbahkan minyak pada permukaan roti hingga naik kembung dan balik-balikkan. Goreng hingga roti menjadi perang.

 

Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua kenalan anda. Semoga ianya bermanfaat kepada semua orang. Dijamin jika anda gunakan resepi ni masakan anda akan lagi sedap dan menggiurkan.

Now, everyone can cook. Selamat mencuba.

💦 Jom join link Telegram dibawah ini..

 


💦 Jangan lupa like dan share page Kitpramenulis di FB yea.

💦 Jangan lupa dapatkan lembaran kerja di website kami kitpramenulis.com

💦 Cikgu-cikgu ada permintaan lembaran kerja dan cadangan? Wasap kami dibawah.

+6011-13141039

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.