resepi ayam goreng berempah

Dari dulu sampai sekarang, resepi ayam goreng berempah sudah tidak asing lagi dalam kalangan kita. Sebut jer resepi ni pasti semua akan bercerita mengenai keenakan dan kesedapannya. Menu ini juga disukai oleh semua tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa.

Siapa jer tak suka ayam goreng berempah kan. Bila digoreng dengan penuh kerangupan. Tahap rangup ayam goreng berempah ni bila kita gigit jer.

Ianya mengeluarkan bunyi krupp krapp krupp krapp. Aumm sungguh enaknya. Itu kita tak makan lagi dengan nasi panas.

Kalau makan dengan nasi masih panas mahnya sepinggan tidak cukup untuk seorang. Hahaha mesti dah berkeroncongkan perut semua orang. Aduhh laparnya lahai.

Ni yang tak sabar nak memasak resepi ayam goreng berempah ni. Sekali cuba pasti nak lagi dan lagi. Kalau ibu-ibu tak tahu nak masak apa hari ni.

Memang anda boleh mencuba resepi ini untuk memikat hati anak-anak dan suami. Mesti mereka menyukainya nanti. Yer la siapa jer yang tak suka ayam goreng kan.

Lagi-lagi kalau ayam goreng berempah. Aumm memang tiada siapa yang dapat menangkis penangannya itu. Betul tak?

Lagi pun, menu ni bukan jer sesuai untuk dimasak ketika kenduri atau keramaian. Malah, hari-hari biasa pun kita boleh memasaknya. Tinggal malas atau rajin sahaja.

Sebelum kami kongsikan resepi ayam goreng berempah pada kali ini. Meh kita sama-sama belajar sedikit tips untuk menjadikan masakan kita lagi sedap. Mesti ada yang dah tertanya-tanya kan apa tips yang nak dikongsikan pada kali ini.

Tips Memilih Ayam Segar

Ayam merupakan bahan utama dalam resepi ayam goreng berempah. Jadi, amat penting untuk kita tahu tips memilih ayam segar supaya masakan kita lagi enak. Bahan basah yang segar penting untuk menjadikan masakan kita lagi sedap dan menyelerakan.

Bila kita gunakan bahan basah yang segar. Ia sebenarnya mempengaruhi rasa makanan yang kita nak masak nanti. Sebab itu penting untuk kita tahu tips memilih ayam segar.

Terdapat 5 tips memilih ayam segar.

  • Perhatikan Warna Pada Kulit Ayam

Jika ayam itu segar maka kulitnya kelihatan putih kemerah-merahan. Berbeza jika ayam tidak segar. Anda akan lihat kulit ayamnya menjadi kebiru-biruan serta pucat.

Memang senang cerita, bila anda tengok ayam yang segar rasa geram jer nak borong semua. Tapi jika ayam tak segar ni kita rasa sedih jer nak lihat keadaannya itu. Huhu lantas kita berfikir, apalah agaknya nasib ayam itu nanti.

  • Periksa Tekstur Ayam

Nak tahu beza tekstur ayam yang segar dan tidak segar mudah sahaja. Kebiasaannya, ayam segar bila kita tarik kepaknya ke belakang. Ia akan kembali ke posisi sedia kala.

Berbeza dengan ayam tidak segar. Bila kita tarik kepak kebelakang. Ia tidak kembali ke posisi asalnya.

Malah, ianya hanya mampu terkulai dan tidak bermaya. Ish ish ish sedih sungguh kalau terkenangkan keadaan ayam yang tak segar. Semoga ada sinar yang menyinarinya huhu.

  • Darah Pada Ayam 

Kalau anda biasa tengok jika ke pasar atau mana-mana kedai. Bila tauke ayam potong ayam dan ianya tidak mengeluarkan darah yang banyak. Maknanya, ayam tersebut masih segar.

Tapi kalau bila dipotong darah pada ayam banyak yang mengalir keluar. Dah macam air paip darah tu keluar. Maknanya ayam tersebut tidak lagi segar.

Kebiasaannya, ianya berlaku disebabkan ayam tersebut dibekukan. Kemudian dicairkan semula untuk dijual kembali. Jadi perhatikan betul-betul ketika anda nak membeli ayam yer.

Jangan main beli jer apa yang ada di depan mata. Gunakan segala deria anda untuk pastikan anda telah membuat pilihan yang tepat. Nanti takde la kes bila balik rumah baru nak mengadu ayam buruk ke apa.

Ini dipanggil sediakan payung sebelum hujan. Jangan dah terhantuk baru dah tengadah. Sebab tu, kena belajar tips memilih ayam segar tau.

  • Bau Pada Ayam

Kebiasaannya, kalau orang dah banyak setiap hari beli ayam. Mereka dah tahu samaada ayam segar atau tidak hanya melalui bau ayam. Wahh hebat bukan.

Nak tahu ayam tak segar mudah jer. Jika dari jauh lagi anda terbau ada aroma yang tidak menyenangkan datang daripada ayam. Contohnya, bau busuk dan sebagainya.

Maka elakkan daripada membelinya.

  • Keberadaan Lalat

Perhatikan keberadaan lalat. Jika lalat dah macam satu kampung datang hinggap pada ayam. Itu tandanya ayam dah tak segar.

Ianya disebabkan lalat sukakan sesuatu yang busuk, berbau dan hanyir. Kalau ayam masih segar lalat takkan datang hinggap. Jadi, pilih la kedai atau pasar lain untuk mengelakkan daripada membelinya.

Semoga tips memilih ayam segar bermanfaat untuk semua. Jom kita sambung bercerita mengenai resepi kita. Terima kasih buat Raja Amanina kerana sudi kongsikan resepi ayam goreng berempah.

Pasti anda takkan rugi dan menyesal mencuba resepi ini di rumah. Jom sama-sama kita lihat apa bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Ayam Goreng Berempah 

Bahan-bahan:

-8,10 ketul ayam
-4 ulas bawang merah
-7 ulas bawang putih
-8 batang serai
-1 sudu kecil ketumbar
-1 sudu kecil jintan manis
-1 sudu kecil jintan putih
-2 sudu serbuk kari
-2 inci halia
-1 sudu kecil serbuk kunyit
-2 sudu makan tepung beras@tepung jagung
-3,4 helai daun limau purut
-sedikit gula untuk rangup
-garam secukup rasa
-beberapa tangkai daun kari

Cara-Cara Penyediaannya:

  1. Kisar bawang, serai, halia, daun limau, jintan, ketumbar.
  2. Campurkan bahan kisar bersama kunyit, serbuk kari, cili giling, tepung beras,gula dan garam. Gaul hingga sebati.
  3. Masukkan ayam, daun kari. Kemudian, gaul sebati dan perap selama 30 minit (lagi lama perap lagi sedap).
  4. Panaskan minyak kemudian goreng hingga keperangan.
  5. Angkat dan toskan seketika. Siap untuk dihidangkan.
resepi-ayam-goreng-berempah-latest Resepi Ayam Goreng Berempah Rangup Sedap Dimakan Begitu Saja

Semoga sedikit perkongsian dari resepi ini memberi manfaat untuk semua. Jangan lupa untuk kongsikan kepada semua orang yer. Selamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.