Ramai yang suka makan resepi ayam goreng berempah simple tapi bila digigit sangat rangup. Memang sangat menggiurkan dan kecur air liur bila makan sebab rasanya juga berjuicy. Patut la ramai yang meminatinya tidak kira lapisan umur, bangsa dan agama.
Memang diakui keenakannya tu yang menjadikan kita semua suka makan. Tak kira hujan ke ribut kalau makan nasi tanpa juadah ni pasti rasa tak lengkap. Silap hari bulan, kalau tak dapat makan ada jer yang sampai terbawa-bawa dalam mimpi.
Yer la sebab nak makan sangat-sangat kan. Bila tak dapat terus masuk dalam mimpi. Saya yakin resepi ni pun ramai jer yang suka sebab ianya merupakan ayam goreng juga.
Macam la kita tak tahu yang rakyat Malaysia ni suka makan ayam goreng. Pantang nampak ayam goreng terus terbeliak biji mata. Dah macam dalam cerita Upin dan Ipin la pula hehe.
Tapi nak buat macam mana kan. Citarasa setiap orang berbeza-beza. Asalkan kita tak kacau atau minta duit sesiapa untuk makan resepi ayam goreng berempah sudah.
Resepi kali ni sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi kukus atau diratah begitu sahaja pun enak. Makan pula masa masih panas-panas. Perghh memang syok sangat.
Cara Masak Ayam Goreng Berempah Simple Dan Rangup
Setiap masakan pasti ada cara atau tips yang boleh digunakan untuk menjadikan masakan lebih sedap. Termasuk la resepi ayam goreng berempah yang ada beberapa tips. Kita boleh gunakan untuk masak ayam yang rangup, enak dan juicy.
Memang diakui selepas menggunakan tips ni keenakan ayam goreng berempah lebih meletops. Memang puas hati dan rasa nak masak menu yang sama jer tiap-tiap hari. Yer la bila dah sedap dan kena pula dengan selera tekak.
Kalau makan ayam goreng setiap hari pun tiada masalah. Ok, tips yang boleh kita guna ialah kalau nak ayam goreng ni lagi sedap. Tambahkan ketumbar, jintan manis, buah keras dan asam jawa semasa menggaul ayam.
Selain itu, kalau nak lebih jimat ruang dan masa. Guna jer ziplock bag untuk perapkan ayam. Nanti anda tak perlu susah-susah nak basuh bekas atau mangkuk.
Lagi pula, kalau kita nak simpan ayam yang diperap ke dalam peti. Kita dah menjimatkan ruang tau. Berbanding kalau kita gunakan bekas atau mangkuk yang memerlukan ruang yang besar.
Nak memasak pun perlukan strategi yang elok tau baru la kerja kita rasa mudah, ringan dan cepat. Takde la nanti masa kita banyak dibazirkan untuk duduk di dapur jer. Selain itu, masa nak menggoreng resepi ayam goreng berempah kita perlu pastikan minyak betul-betul panas.
Kalau minyak belum panas, kita dah masukkan ayam nanti ayam akan serap minyak. Kalau minyak terlebih panas pula, ayam akan cepat hangit. Haishh macam mana ni macam leceh jer.
Ehh jangan risau senang jer nak periksa jika minyak dah betul-betul panas. Caranya, celupkan sedikit ayam ke dalam minyak. Jika disekeliling ayam nampak seperti letusan kecil atau minyak dah menggelegak.
Haa tu maknanya minyak dah sedia untuk menggoreng. Tapi kalau kita nampak minyak itu keluarkan asap. Maksudnya, ia dah terlalu panas dan kemungkinan besar ayam akan cepat hangit bila digoreng.
Seterusnya, kita nak sentuh sedikit aspek keselamatan yang ramai orang pandang remeh mengenainya. Bila dah kena baru la kita sedar betapa pentingnya aspek keselamatan ini. Sebaiknya semasa menggoreng ayam kita pakai pakaian yang sesuai.
Contohnya, pakai baju yang berlengan panjang supaya bila minyak terpercik tak terkena tubuh badan kita. Lagi senang, beli jer spatula atau penyepit yang panjang. Senang nanti nak goreng masakan yang mudah keluarkan percikan minyak.
Mesti ada yang tak tahu macam mana kita nak tahu bila ayam dah betul-betul masak. Susah juga kan kalau kita tak tahu. Nanti silap hari bulan kita terpaksa makan ayam mentah yang masih ada darah.
Haish ngerinya. Biasanya bahagian isi yang tebal selalunya susah sikit kita nak tahu samaada dah masak atau belum. Sebenarnya senang jer nak tahu ayam dah masak atau belum.
Caranya, ambil seketul ayam tu dah potong dua. Kalau nampak isi dalamnya putih dan pejal maknanya ayam dah masak sempurna. Elak daripada menghidangkan ayam yang masih mentah dan berdarah.
Nanti kita berisiko untuk kena cirit birit. Nanti orang kata takde kerja cari kerja untuk susahkan diri sendiri. Baru la menangis tak berlagu nanti.
Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana nak hasilkan ayam goreng berempah yang ada rerambut. Caranya simple sahaja. Rugi kalau tak belajar dan cubanya sendiri.
Sebenarnya rerambut pada ayam terhasil daripada serai yang ditumbuk atau dikisar. Kan serai ada rerambut yang halus. Jadi, rerambut tu la yang bersalut pada ayam.
Menjadikan ayam nampak lebih cantik dan menarik kau memang debom. Daun kari pula biasanya kita letak untuk menaikkan aroma ayam. Nanti selain daripada rasa sedap dan menggiurkan ayam kita akan lebih beraroma.
Syoknya makan ayam goreng ni. Menyesal tau siapa yang tolak peluang keemasan untuk belajar masak ayam ni. Peluang tak datang bergolek dua kali tau.
Jadi gunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin. Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi kongsikan resepi ayam goreng berempah. Memang sedap sangat dan puas hati bila makan.
Tanpa buang masa, meh kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak. Haa kalau takde bahan-bahan ni pasti rasa ayam goreng berempah tidak lengkap.
Resepi Ayam Goreng Berempah Simple Dan Rangup
Bahan-bahan:
-ayam(potong kecik)-ni kita buat untuk 1/2 ekor
-bawang putih 5 ulas
-ketumbar 1 sudu kecik
-halia 2 inci
-serai 3 batang
-jintan manis 1 sudu kecik
-daun limau purut 3,4 helai
-cili giling 1 sudu besar
-serbuk kari 2 sudu besar
-serbuk kunyit 1 sudu kecik
-tepung beras 1 sudu besar
-daun kari beberapa tangkai
-gula 1 sudu besar-untuk rangup
-garam
Cara Penyediaan:
- Masukkan bawang putih, serai, halia, daun limau purut, jintan, ketumbar ke dalam mesin pengisar kemudian kisarkan ia. Kalau nak tumbuk pun boleh jer.
- Masukkan bahan yang dikisar ke dalam bekas. Tambahkan serbuk kunyit, serbuk kari, cili giling, tepung beras.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau biar semua bahan sebati. Kemudian, ayam yag dibasuh hingga bersih dimasukkan.
- Taburkan daun kari kemudian gaul menggunakan tangan biar bahan perapan bersalut dengan ayam.
- Perap ayam selama 30 minit atau lebih.
- Panaskan minyak. Goreng ayam yang diperap hingga berwarna keperangan dan rangup. Angkat dan hidangkan bersama nasi.
Semoga resepi yang dikongsikan pada kali ini memberi manfaat buat semua orang. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua kenalan anda. Selamat mencuba.
Memasak perlukan kesabaran. Memasak juga merupakan seni. Yang tidak dimiliki oleh semua orang. Tapi seni itu kita boleh belajar dan latih ia dengan syarat.
Kita jangan mudah putus asa jer. Cooking is an art that everyone can own it if we make efforts to it.