resepi ayam masak kurma paling sedap 1

Resepi ayam masak kurma paling sedap memang popular sejak kebelakangan ni. Dijamin sesiapa yang mencuba menu ni pasti terpikat akan keenakannya. Sedapnya kalau dapat makan dengan nasi minyak atau nasi hujan panas dan acar jelatah.

resepi-ayam-masak-kurma-paling-sedap-2 Resepi Ayam Masak Kurma Paling Sedap Abad Ini. Gerenti Memikat Hati Semua
rasa.my

Menu ni amat sinonim bila ada majlis kenduri kendara, open house dan sebagainya. Mana kan tidak, dah la sedap ditambah dengan cara penyediaannya yang sungguh simple. Fuhh rugi tau kalau tak cuba.

Nak memasak resepi ayam masak kurma paling sedap kita memerlukan tips. Mesti anda semua dah teruja kan? Tips apa yang akan saya kongsikan pada kali ini hehe.

Tips Memasak Resepi Ayam Masak Kurma Paling Sedap

Sebelum nak mula memasak, kita kena tahu tips untuk mejadikan masakan kita sedap dan melazatkan. Tanamkan dalam diri kita yang bila orang makan masakan kita. Mereka pasti nak rasa lagi dan lagi.

Jangan pula sekali makan dah tak nak cuba lagi haha. Oleh itu, belajar la tips memasak resepi ayam masak kurma paling sedap. Nanti bila tiba masanya, anda boleh tunjuk skill memasak pada yang tersayang.

resepi-ayam-masak-kurma-paling-sedap-2 Resepi Ayam Masak Kurma Paling Sedap Abad Ini. Gerenti Memikat Hati Semua
picuki.com

Kalau dah pandai masak. Siapa jer yang tak terpikat kan? Lagi hebat kalau pandai memasak, cemerlang dalam akademik dan budi bahasa tinggi.

Wahh full package tu. Rugi sesiapa yang tak nak rebut benda tu semua kan?

  • Tumis Bahan Kisar Dan Rempah Hingga Masak

Rahsia resepi ayam masak kurma paling sedap ialah kita kena tumis bahan kisar hingga naik bau. Bila bahan kisar dah naik bau, baru la kita masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air. Kemudian, masak ia sehingga pecah minyak dan masak sekata.

resepi-ayam-masak-kurma-paling-sedap-2 Resepi Ayam Masak Kurma Paling Sedap Abad Ini. Gerenti Memikat Hati Semua
hijabista.com.my

Masak dengan api perlahan jer tau baru la bahan-bahan tadi masak dengan sekata.

  • Elakkan Daripada Masukkan Air/Santan Dahulu

Bila bahan kisar dan rempah dah pecah minyak. Elakkan daripada tambah air atau santan. Sebaiknya, kita masukkan dahulu ayam dan kentang.

Biarkan ayam dan kentang dimasak hingga empuk baru la kita masukkan air atau santan. Jangan risau jika rempah jadi kering sebab air ayam dan kentang kan ada? Jadi biarkan ayam dan kentang dimasak hingga empuk sekurang-kurangnya 20-30 minit.

resepi-ayam-masak-kurma-paling-sedap-2 Resepi Ayam Masak Kurma Paling Sedap Abad Ini. Gerenti Memikat Hati Semua
nairaland.com

Simple jer kan cara nak jadikan kurma ayam kita lagi sedap? Rugi tau kalau tak cuba cara ni. Pasti lepas anda cuba tips ni anda pun akan rasa mudah nak masak resepi ni.

Seterusnya, apa kata saya kongsikan cara memilih ayam segar di pasar? Mesti ada dalam kalangan kita yang tak tahu lagi kan? Jom kita sama-sama baca dan catat cara-caranya.

Cara Memilih Ayam Segar Di Pasar

Ayam merupakan salah satu sumber protein yang penting untuk tubuh badan kita. Selain itu, ayam juga bahan utama untuk memasak resepi ni. Jadi amat penting untuk kita semua memilih ayam yang segar dan berkualiti untuk masakan.

resepi-ayam-masak-kurma-paling-sedap-2 Resepi Ayam Masak Kurma Paling Sedap Abad Ini. Gerenti Memikat Hati Semua
mudah.my

Bahan mentah yang segar dan berkualiti akan mempengaruhi rasa dalam masakan kita. Justeru itu, saya akan kongsikan cara memilih ayam segar di pasar buat anda semua.

Lepas ni boleh la guna cara ni untuk membeli ayam tidak kira di pasar atau di mana-mana.

  • Perhatikan Warna Ayam

Sebelum nak membeli ayam di pasar, perhatikan dulu warna ayam. Ayam yang segar warnanya putih kemerah-merahan. Berbeza dengan ayam tidak segar warnanya pucat serta kebiru-biruan.

Memang berbeza tau warna ayam segar dengan ayam tidak segar.

  • Periksa Tekstur Ayam

Macam mana nak periksa tekstur ayam? Mudah jer nak periksa tekstur ayam. Kita perlu tarik kepak ayam ke belakang. Jika ia kembali ke posisi asal maka ayam tersebut masih segar.

Selain itu, bila kita tekan ayam tersebut isi ayam terasa kenyal dan empuk. Geram jer nak beli dan terus masak kat rumah tu hehe. Yer la sebab ayam segar kan siapa jer yang tak geram.

resepi-ayam-masak-kurma-paling-sedap-2 Resepi Ayam Masak Kurma Paling Sedap Abad Ini. Gerenti Memikat Hati Semua
igrealtysolutions.com

Berbeza dengan ayam tidak segar. Bila kepaknya ditarik kebelakang ia tidak kembali ke posisi asal serta layu tidak bermaya. Bila kita tekan ayam tersebut tenggelam maknanya ayam tersebut sudah lama.

  • Perhatikan Darah Ayam

Bila anda perhatikan ayam segar ia takkan mengeluarkan darah yang banyak. Berbeza dengan ayam tidak segar, darahnya akan mengalir dalam kuantiti yang banyak. Ia disebabkan oleh ayam tersebut telah dibekukan serta dicairkan semula.

Sebab tu kalau anda ke pasar jangan main tunjuk dan beli jer. Cuba gunakan deria yang kita ada untuk perhatikan ayam segar. Daripada situ kita dah boleh belajar macam mana nak kenalpasti ayam segar.

  • Hidu Bau Ayam

Hidu disini bukannya kita kena dekatkan hidung pada ayam macam kita hidu bunga. Kalau kita cuba hidu dari jauh pun kita dah tahu samaada ayam tu segar ke tidak. Ayam segar tidak akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan seperti busuk atau hanyir.

Manakala, ayam yang tidak segar, biasanya akan berbau hanyir dan busuk. Maka, elakkan daripada membeli ayam yang busuk atau hanyir yer.

  • Perhatikan Lalat

Mudah jer nak tahu ayam segar atau tidak. Lalat sukakan bau yang busuk dan hanyir kan? Maka kalau ayam segar, lalat takkan datang untuk hinggap padanya.

Berbeza dengan ayam tidak segar, lalat memang suka hinggap padanya. Kalau boleh lalat tu nak jer bawak satu kampung. Semata-mata untuk “menikmati” ayam tidak segar tu.

resepi-ayam-masak-kurma-paling-sedap-2 Resepi Ayam Masak Kurma Paling Sedap Abad Ini. Gerenti Memikat Hati Semua
liberaldictionary.com

Sebolehnya, elakkan daripada membeli ayam yang lalat suka hinggap padanya. Semoga perkongsian ni memberi manfaat buat kita semua. Jom sama-sama amalkan nanti?

Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi berkongsi resepi ayam masak kurma paling sedap. Jom kita usha bahan-bahannnya?

 

Resepi Kurma Ayam dan Telur

Bahan-bahan:
-1/2 ekor ayam
-5 biji telur rebus
-minyak untuk menumis
-2 biji bawang besar
-1 inci halia
-4 ulas bawang putih
-1 paket kecil rempah kurma Adabi
-4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, pelaga dan kayu manis)
-1 keping asam keping
-3 cili merah
-3 cili hijau
-1biji bawang besar potong baji
-1 kotak kecil santan
-4 biji kentang
-gula garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama 4 sekawan.
  3. Masukkan rempah kurma(bancuh dengan sedikit air) dan masak hingga rempah garing. Kemudian, masukkan ayam.
  4. Masak hingga mendidih dan masukkan santan, asam keping dan ubi kentang. Tunggu hingga mendidih serta kentang empuk dan makan telur rebus, cili merah dan hijau dan bawang yang dihiris.
  5. Perasakan gula garam. Siap untuk dinikmati seisi keluarga.

resepi-ayam-masak-kurma-paling-sedap-2 Resepi Ayam Masak Kurma Paling Sedap Abad Ini. Gerenti Memikat Hati Semua

Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua kenalan anda. Semoga ianya bermanfaat kepada semua orang. Dijamin jika anda gunakan resepi ni masakan anda akan lagi sedap dan menggiurkan.

Now, everyone can cook. Selamat mencuba.

💦 Jom join link Telegram dibawah ini..

 


💦 Jangan lupa like dan share page Kitpramenulis di FB yea.

💦 Jangan lupa dapatkan lembaran kerja di website kami kitpramenulis.com

💦 Cikgu-cikgu ada permintaan lembaran kerja dan cadangan? Wasap kami dibawah.

+6011-13141039

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.