resepi ayam masak lada hitam 15

Walaupun resepi ayam masak lada hitam merupakan menu yang simple. Tapi, ianya sedap bila dimakan dengan nasi atau diratah begitu saja tau. Apa yang menariknya,resepi kaliĀ  ni ayamnya sedikit berkuah jadi memang best makan dengan nasi.

Memang best sangat. Dan paling penting, menu ni sesuai sangat untuk sesiapa yang sukakan ayam goreng lada hitam yang sedikit berkuah. Best la nanti nak makan dengan nasi sebab lauk ni ada kuah.

resepi-ayam-masak-lada-hitam-15 Resepi Ayam Masak Lada Hitam. Simple Dan Gerenti Sedap Tau

Dah tak perlu nak masak menu lain yang berkuah. 2 dalam 1 dah menu ni. Jadi rugi sangat kalau anda tak cuba masak sendiri di rumah.

Kalau anda cuba mesti ianya akan menjadi kegemaran semua orang. Gerenti sekali makan nak lagi dan lagi. Tak percaya?

Betul la kalau anda masih tak percaya. Anda sendiri perlu cuba resepi ayam masak lada hitam ni. Haa mesti anda akan akui keenakannya nanti.

resepi-ayam-masak-lada-hitam-15 Resepi Ayam Masak Lada Hitam. Simple Dan Gerenti Sedap Tau
babab.net

Resepi ayam masak lada hitam ni memang menggamit memori sangat. Kalau masa kecil dulu, selain suka makan ayam masak merah. Menu ni juga menjadi kegemaran kami seisi keluarga.

Memang sampai berebut-rebut tau masa makan. Yer la sebab sedap kan. Rela berebut-rebut makan sebab takut habis dan tak sempat makan.

Memang diakui yang menu ni antara menu yang simple dan mudah. Tapi tahap sedap tu memang memukau setiap tekak yang pernah merasainya. Bukan biasa-biasa penangan menu ni bagi kat tekak kita semua.

resepi-ayam-masak-lada-hitam-15 Resepi Ayam Masak Lada Hitam. Simple Dan Gerenti Sedap Tau
eh.com.my

Tapi anda kena ingat yang pemilihan bahan mentah yang segar dan berkualiti. Ianya sangat mempengaruhi keenakan resepi ayam masak lada hitam. Kalau beli bahan mentah seperti ayam dan sebagainya yang tak berkualiti.

Kemungkinan besar, masakan kita takkan sedap. Haa gelabah la tu kan. Hehehe takpe asalkan anda mementingkan kualiti barangan yang anda beli.

Semua tu takkan jadi masalah pun. Jadilah seorang pengguna yang bijak dari sekarang. Jangan tunggu nasi dah jadi bubur tau.

Nanti diri sendiri yang akan menyesal. Ramai tertanya-tanya ada tak cara memilih ayam segar dipasar. Yer la nak masak resepi ni bahan utamanya mestilah ayam.

Haa jangan risau disini kami kongsikan sedikit tips cara memilih ayam segar di pasar. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca.

Cara Memilih Ayam Segar Di Pasar

resepi-ayam-masak-lada-hitam-15 Resepi Ayam Masak Lada Hitam. Simple Dan Gerenti Sedap Tau
sajiansedap.grid.id

Pemilihan ayam segar sebelum membelinya amat penting. Jangan kita memandang remeh perkara ni. Kalau kita gunakan ayam yang lama dan tak segar untuk memasak.

Kemungkinan besar, masakan kita akan menyebabkan orang sekeliling jatuh sakit, muntah-muntah dan sebagainya.

Bukan susah pun nak cari ayam segar kan. Pergi jer pasar, Tesco atau Giant. Pasti di sana anda boleh mendapatkan ayam segar untuk anda masak menu ni. Memang kualiti ayam dijamin segar dan harganya juga berpatutan.

resepi-ayam-masak-lada-hitam-15 Resepi Ayam Masak Lada Hitam. Simple Dan Gerenti Sedap Tau
syioknya.com

Yer la sambil kita berbelanja tu. Kita kena bandingkan juga harga setiap barang-barang yang kita nak beli. Bukan main beli jer apa yang ada kat depan mata.

Sebabnya, ada sesetengah barang kualiti dan rupanya sama tapi harga sangat berbeza mengikut tempat. Sebab tu sebagai pengguna, kita kena la bijak dalam membandingkan harga barangan yang nak dibeli. Bukan apa, kita sebagai pengguna juga ada hak untuk bersuara kan.

  • Perhatikan Warna Kulit Ayam

Ok, cara memilih ayam segar di pasar mudah jer. Pertama, perhatikan warna pada kulit ayam. Kebiasaannya, ayam yang masih segar kulitnya berwarna putih kekuningan.

Jadi kalau anda tengok warna kulit ayam yang biru seperti lebam. Tu tandanya ayam dah tak segar. Jadi elakkan daripada membeli ayam yang tak segar.

Nanti ianya akan mempengaruhi rasa masakan kita. Bukan rasa jer yang jadi tak sedap dan umphh. Silap hari bulan, kita yang memakannya pun akan jatuh sakit tau.

  • Periksa Tekstur Ayam

Sekarang tips kedua anda kena periksa tekstur ayam. Wahh hebat anda semua sekarang dah jadi boleh buat ujian pada ayam yer. Hehehe moh kita sambung.

Nak tahu samaada ayam segar atau tidak dari segi teksturnya. Anda perlu perhatikan bila kepak ayam ditarik ke belakang dan ia kembali ke posisi asal. Haa tu tandanya ayam masih segar.

Sebaliknya, jika ayam dah tak segar belum sempat anda tarik lagi. Ia kelihatan terkulai tidak bermaya. Ishh ish ish kesian ayam tu.

  • Perhatikan Darah Ayam

Bila anda perhatikan ayam yang banyak mengeluarkan darah. Itu tandanya ayam tersebut telah dibekukan dan dicairkan semula. Kalau anda nak tahu, ayam segar tidak akan mengeluarkan darah yang banyak pun.

Jadi anda kena perhatikan betul-betul tau. Elakkan daripada membuat pilihan yang salah. Nanti diri sendiri yang akan rugi.

  • Perhatikan Kehadiran Lalat

Biasanya ayam yang masih segar tidak akan ada lalat yang hurung atau hinggap padanya. Berbeza dengan ayam yang dah tak segar. Perghh memang satu kampung lalat datang melawat.

Kalau anda perhatikan pun anda cukup gerun dengan kehadiran lalat tersebut. Yer la semua orang tahu yang lalat sejenis serangga yang membawa penyakit. Maka elakkan daripada membeli ayam yang dah dihinggap banyak lalat.

  • Hidu Bau Ayam

Maksud hidu kat sini bukannya anda ambil ayam kemudian hidunya tau. Macam anda hidu bunga wangi tu. Biasa ayam yang masih segar takkan berbau hanyir atau busuk.

Berbeza dengan ayam yang tak segar. Pasti ayam tu akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Haa sebab tu kena ada deria bau yang tajam.

Semoga sedikit tips ni bermanfaat untuk anda semua gunakan semasa memilih ayam segar nanti. Jangan lupa tau untuk gunakan tips ni nanti.

Terima kasih buat Puan Bahiah Saripuddin yang sudi berkongsi resepi ayam goreng lada hitam. Semoga puan dimurahkan rezeki untuk berkongsi lagi dengan kami. Haa mesti semua dah tak sabar nak tahu bahan-bahan untuk memasak kan.

Tunggu apa lagi? Moh la kita tengok sama-sama bahan-bahannya.

 

RESEPI AYAM GORENG LADA HITAM

Bahan-bahan:
2 ketul paha ayam (belah dua)
1 sudu besar lada hitam
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos seafood adabi
1/2 biji bawang besar
1/2 batang lobak merah
6-7 batang kacang buncis
Sedikit garam dan gula
resepi-ayam-masak-lada-hitam-15 Resepi Ayam Masak Lada Hitam. Simple Dan Gerenti Sedap Tau

Langkah-langkah penyediaannya

1. Gaulkan ayam dengan garam kunyit dengan sos seafood. Lepas tu goreng sehingga ia separuh masak.
2. Tumbukkan bawang putih, lada hitam dan halia. Tumbuk kasar sahaja. Tumiskan dalam minyak yang digoreng ayam tadi.
3. Masukkan sos seafood dan kicap manis. Tambahkan sedikit air. Biarkan ia mendidih.
4. Masukkan bahan hiasan dan ayam goreng. Kacau sebati, kecilkan api dan tutup seketika.
5. Bila dah nampak air sedikit kering dan kacau sedikit. Dah siap!
resepi-ayam-masak-lada-hitam-15 Resepi Ayam Masak Lada Hitam. Simple Dan Gerenti Sedap Tau
Gaulkan dengan garam kunyit.
resepi-ayam-masak-lada-hitam-15 Resepi Ayam Masak Lada Hitam. Simple Dan Gerenti Sedap Tau
Goreng sehingga separuh gini.
resepi-ayam-masak-lada-hitam-15 Resepi Ayam Masak Lada Hitam. Simple Dan Gerenti Sedap Tau
Tumis bahan yang ditumbuk.
resepi-ayam-masak-lada-hitam-15 Resepi Ayam Masak Lada Hitam. Simple Dan Gerenti Sedap Tau
Letak sos seafood.

resepi-ayam-masak-lada-hitam-15 Resepi Ayam Masak Lada Hitam. Simple Dan Gerenti Sedap Tau

Letakkan kicap manis.

resepi-ayam-masak-lada-hitam-15 Resepi Ayam Masak Lada Hitam. Simple Dan Gerenti Sedap Tau

Tambahkan air sedikit.

resepi-ayam-masak-lada-hitam-15 Resepi Ayam Masak Lada Hitam. Simple Dan Gerenti Sedap Tau

Letak ayam dan bahan hiasan.

resepi-ayam-masak-lada-hitam-15 Resepi Ayam Masak Lada Hitam. Simple Dan Gerenti Sedap Tau

Tutup sekejap.

resepi-ayam-masak-lada-hitam-15 Resepi Ayam Masak Lada Hitam. Simple Dan Gerenti Sedap Tau

Dah siap!