resepi ayam masak lemak cili padi mudah 1

Terliurnya nak makan resepi ayam masak lemak cili padi mudah bila bertandang ke Negeri Sembilan. Tapi takkan nak pergi jauh ke sana semata-mata nak makan. Jadi apa kata kita masak sendiri juadah ni menggunakan resepi yang simple jer.

Paling penting, rasa juadah ni tetap sedap dan kuahnya pula memang kaw. Kalau anda seorang yang sukakan juadah yang kuahnya pedas dan kaw. Boleh la cuba resepi ni.

Memang padu habis kuahnya tu. Kalau nak lagi sodap tambah jer cili padi tu banyak-banyak. Perghh memang gerenti pedas hingga berasap telinga tu.

resepi-ayam-masak-lemak-cili-padi-mudah-2 Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Mudah. Simple Jer Tapi Kuah Kaww Beb
kredit gambar: aceh.tribunnews.com

Yer la kalau tak pedas rasa macam tak sedap dan tak kena dengan selera kan? Jadi senang cerita kita tambah cili padi tu biar sok sek sok sek jap lagi. Pada sesetengah orang kalau pedas tu menberikan mereka kepuasan ketika makan.

Nasi dalam pinggan pula bukannya makin berkurang. Malah makin berselera pula makan hehe. Biarpun pedas macam mana sekalipun.

Kalau kita jenis yang suka makan pedas. Kita tetap akan rasa satu kepuasan bila makan pedas. Betul tak?

Ehh tapi saya tak suka pedas. Macam mana pula? Haa jangan risau.

resepi-ayam-masak-lemak-cili-padi-mudah-2 Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Mudah. Simple Jer Tapi Kuah Kaww Beb
kredit gambar: makanlena.com

Kalau anda jenis yang tak sukakan rasa pedas yang terlampau. Anda boleh jer kurangkan bilangan cili padi. Haa kan dah selesai masalah tu.

Jadi semua orang boleh makan resepi ayam masak lemak cili padi mudah. Nak memasak resepi ni bukannya renyah pun. Semua orang boleh masak.

Menu Sesuai Untuk Yang Baru Nak Belajar Masak

Tak kira kita jenis yang pandai masak atau baru nak belajar masak. Kalau anda jenis yang baru nak belajar masak. Resepi ayam masak lemak cili padi mudah ni.

Sememangnya juadah yang tepat untuk anda semua cuba. Kalau anda masak resepi ayam masak cili padi mudah menggunakan resepi ni. Memang anda akan rasa mudah dan simple jer.

Perkara yang merisaukan kita sebagai pengguna sudah semestinya harga barang dapur yang meningkat kan? Kalau boleh kita nak berjimat cermat supaya duit boleh disimpan untuk perkara kecemasan. Contohnya dengan situasa COVID19 yang melanda seluruh dunia sekarang.

resepi-ayam-masak-lemak-cili-padi-mudah-2 Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Mudah. Simple Jer Tapi Kuah Kaww Beb
kredit gambar: rancangwang.com

Orang ramai makin sedar betapa pentingnya untuk berjimat cermat dan simpan untuk masa depan. Betul tak? Jadi pada kali ni kami akan kongsikan list barang dapur yang wajib ada di dapur.

Kiranya selain daripada barang ni kita boleh anggap ianya bukan satu keperluan untuk kita beli. Jadi boleh la kita memulakan langkat untuk berjimat cermat. Mesti semua dah tak sabar nak tahu apa list yang saya maksudkan.

List Barang Dapur Yang Wajib Ada 

Bila kita nak membeli belah untuk keperluan dapur. Kita boleh gunakan list ni untuk membantu kita untuk membuat pilihan. Nanti kerja membeli barang dapur lagi mudah, cepat dan jimat.

Ehh macam mana boleh jimat? Yer jimat la sebab kalau barang yang kita nak beli tu tiada dalam list. Kita boleh pertimbangkan samaada nak beli atau tak.

Jadi kita boleh bezakan antara keperluan dan kehendak diri kita.

  • Telur 

Rumah siapa jer yang tiada stok telur di dalam peti ais. Pasti kebanyakan daripada kita akan pastikan telur adalah barang dapur wajib di beli. Kalau tiada telur kat rumah rasa macam tak lengkap jer.

Betul tak? Ia berkemungkinan kerana telur mempunyai pelbagai kegunaan di dapur. Contohnya, telur digunakan untuk membuat kuih muih, kek dan lauk pauk.

Paling penting, telur merupakan bahan dapur yang tahan lebih daripada seminggu. Ditambah pula dengan harganya juga murah berbanding dengan bahan dapur lain.

  • Beras

Rumah siapa jer yang tiada beras? Mesti kebanyakan daripada kita di rumah mereka mesti akan ada beras. Beras kan merupakan makanan ruji rakyat Malaysia.

Jadi sudah semestinya stok simpanan untuk beras takkan terputus. Selain kegunaannya untuk dimasak menjadi nasi. Beras juga sedap di buat bubur dan nasi impit.

  • Buah-Buahan

Buah-buahan adalah bahan dapur yang perlu ada dalam list untuk dibeli. Semua sedia maklum yang buah-buahan baik untuk kesihatan, kulit dan pencernaan kita. Jadi nak atau tidak kita mesti masukkan buah-buahan dalam list barang dapur yang wajib ada.

Kalau kita bosan makan buah. Kita boleh jadikan buah-buahan tadi menjadi jus, dessert atau yogurt. Jom sama-sama amalkan diet yang sihat?

Mencegah kan lebih baik daripada merawat. Jadi kita ambil langkah berjaga-jaga daripada sekarang untuk menjaga kesihatan kita.

  • Sayur-Sayuran

Selain daripada buah-buahan mampu menyihatkan tubuh badan kita. Sayur-sayuran juga kegunaannya sama seperti buah-buahan. Kalau nakkan sayur yang lebih tahan lama.

Kita boleh jer beli carrot, kubis dan sebagainya. Tapi pastikan apa yang kita beli tu adalah apa yang kita suka makan. Nanti sebab terlampau nak jimat.

Kita dah jadi membazir pula dengan membeli sayur yang kita tak suka makan.

  • Lauk Pauk

Rasanya bahan dapur yang wajib ada adalah lauk pauk. Kalau buka peti jer memang bahan dapur ni mesti ada. Kita pun suka beli banyak-banyak terus untuk dijadikan stok seminggu.

resepi-ayam-masak-lemak-cili-padi-mudah-2 Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Mudah. Simple Jer Tapi Kuah Kaww Beb
kredit gambar: keluarga.my

Betul tak kita suka beli udang, sotong, ayam dan sebagainya untuk dijadikan stok? Nanti senang dah tak perlu nak ulang alik ke pasar untuk membeli. Jadi masa yang ada boleh kita luangkan untuk selesaikan kerja-kerja lain.

Hehehe kita sebaiknya perlu rancang jadual harian kita sebaiknya. Baru la kita dapat penuhi apa yang kita target untuk buat hari tu. Nothing is impossible. 

If we give many excuses we will never achieve our goals. Believe in yourself that you can do it. Sampai bila tak nak percayakan kebolehan dalam diri kita.

Selagi kita tak cuba capai apa yang kita impikan. Selagi itu kita takkan tahu kemampuan diri kita. So, challenge ourselves to achieve what we want in our life.

Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin kerana sudi berkongsi resepi ayam masak lemak cili padi mudah. Semoga dimurahkan rezeki untuk selalu berkongsi dengan kami. Jom kita sam-sama usha bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak?

 

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan:
5-6 ketul ayam
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
3 biji cili padi
1 kotak santan
1 cawan air putih
Gula dan garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Kisar semua bahan-bahan seperti serai, kunyit hidup, cili padi.
  2. Kemudian, masukkan bahan kisar, ayam dan santan ke dalam periuk.
  3. Biarkan kuah mendidih hingga ayam masak sempurna.
  4. Siap untuk dinikmati seisi keluarga.
resepi-ayam-masak-lemak-cili-padi-mudah-2 Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Mudah. Simple Jer Tapi Kuah Kaww Beb
Selamat mencuba resepi ini di rumah. Semoga resepi ni memberikan manfaat buat kita semua. Lepas ni dah tak perlu pening-pening nak fikir.
Menu apa yang nak dimasak setiap hari. Good luck. Selamat mencuba resepi ni di rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.