resepi ayam pandan Thai 1

Dah lama ada keinginan nak cuba resepi ayam pandan Thai yang viral tu? Cuba la masak dan rasa menggunakan resepi ni dijamin sedap. Sos ala Thai juga memang rasanya padu giler.

Memang takkan pernah menyesal kalau anda semua cuba. Makin nak rasa lagi ada la. Pasti kalau tak dapat rasa anda akan terkenang-kenangkan keenakannya.

Takkan tak percaya kot? Siapa jer tak tergoda bila terhidu aroma resepi ayam pandan Thai? Dah la rasanya yang sedap tu mampu menggugat nafsu makan.

resepi-ayam-pandan-Thai-1 Resepi Ayam Pandan Thai Mudah Simple Sedap Bersama Sos Padu Gilerr

Ditambah pula dengan aroma daripada bahan perapan ayam tadi bersama daun pandan. Perghh memang wangi dan menggoda selera makan. Resepi ni memang sangat terkenal kebelakangan ni.

Dikatakan resepi ayam pandan Thai ni berasal daripada Thailand. Ia dimakan bersama sos pencicah ala Thai. Aumm memang padu giler rasa gabungan ayam dan sos tu.

Kalau nak cerita bab ayam. Memang takkan habis sampai esok. Ayam pandan ni memang sedap dan memukau selera makan semua orang.

resepi-ayam-pandan-Thai-1 Resepi Ayam Pandan Thai Mudah Simple Sedap Bersama Sos Padu Gilerr
hmetro.com.my

Yer la takkan tak sedap kalau bahan perapannya cukup dan diperap dalam tempoh masa yang lama. Memang rasa bahan perapan tu sebati jer dengan ayam. Bila kita hidangkan pun nampak cantik dan menarik jer.

Ianya disebabkan ayam tersebut dibalut bersama daun pandan. Aumm nampak cantik dan menarik untuk tatapan semua kan? First impression pun dah mengagumkan.

Tu belum rasa lagi hehe. Mesti sekarang ni ada dalam kalangan kita yang dah telan air liur tu kan? Yer la bila cerita bab makanan ni siapa jer yang tak rasa tergoda?

resepi-ayam-pandan-Thai-1 Resepi Ayam Pandan Thai Mudah Simple Sedap Bersama Sos Padu Gilerr
vectorstock.com

Mmm yummy… Resepi ayam pandan Thai kalau kita semua tak cuba takkan tahu kesedapannya. Lepas cuba baru kita tahu betapa sedapnya menu ni.

Fakta Tentang Pandan

Kalau anda nak tahu daun pandan merupakan tumbuhan tropikal dalam kumpulan Pandanus (screwpine) genus. Nama saintifiknya ialah Pandanus Amaryllifolius. Pandan berwarna hijau yang terang serta mempunyai bau yang wangi.

Ada sesetengah daun pandan boleh mengeluarkan bunga yang dikenali sebagai Kewra. Dimana daun pandan boleh didapati? Iya sudah semestinya di Asia Tenggara dan Asia Selatan.

resepi-ayam-pandan-Thai-1 Resepi Ayam Pandan Thai Mudah Simple Sedap Bersama Sos Padu Gilerr
nurazashake.com

Apa pula kandungan dalam daun pandan? Kalau anda semua nak tahu. Daun pandan mengandungi isoprene esterstanninsglycosidesalkaloids, serta kaya dengan minyak pati.

Kegunaan Daun Pandan Untuk Kesihatan

Kalau anda semua nak tahu. Daun pandan mempunyai banyak kegunaan untuk kesihatan tubuh badan manusia. Ini kerana pandan mempunyai sifat-sifat julap serta daunnya dapat melegakan kesakitan.

Antaranya kegunaan daun pandan untuk kesihatan? Kegunaannya ialah untuk melegakan sakit telinga, pening kepala, sakit dada, kejang perut dan arthritis. Wah banyak kan kegunaan daun pandan?

Kegunaan Daun Pandan Dalam Masakan

Mesti semua dah teruja nak tahu apa kegunaan daun pandan dalam masakan. Betul tak?

  • Perisa Makanan

Kalau nak tahu daun pandan begitu sinonim dijadikan perisa makanan. Kita boleh jadikan ia penambah perisa dalam nasi, pulut, pemanis mulut daripada ubi kayu dan puding. Contohnya, biasa orang kita gunakan dalam nasi lemak, onde-onde dan sebagainya.

Daun pandan sangat popular untuk dijadikan perisa makanan bukan sahaja di Asia Tenggara. Malah ia telah digunakan secara meluas di United Kingdom dan Amerika. Wahh bukan kaleng-kaleng kan daun pandan?

  • Pembalut Makanan

Selain daripada dijadikan perisa makanan. Daun pandan juga sesuai dijadikan pembalut makanan. Contohnya boleh digunakan sebagai pembalut makanan untuk resepi ayam pandan Thai.

Bila kita membakar, barbeku atau mengukus ayam, ikan dan manisan. Kita boleh gunakan daun pandan untuk menaikkan lagi aroma dan rasa makanan. Perghhh perut ni tiber pula berbunyi bila carita bab makanan.

Huhu rasa tak sabar nak masak dan makan resepi ni.

  • Teh Pandan

Siapa suka minum teh? Anda kena cuba rasa teh pandan. Gerenti sekali cuba nak rasa lagi dan lagi.

Cara penyediaan teh pandan? Mudah jer anda ambil 7-10 helai daun pandan. Kemudian ikat cantik-cantik sebelum direbus dalam air selama 10 minit.

Kemudian, renehkan lagi selama 4-5 minit. Kalau nak lagi syok boleh tambahkan halia dan sedap. Perghh padu sungguh kalau digabungkan sekali.

resepi-ayam-pandan-Thai-1 Resepi Ayam Pandan Thai Mudah Simple Sedap Bersama Sos Padu Gilerr
pngitem.com

Sedap ke tak? Ehh kena cuba la baru la tahu sedap ke tak. Hehehe kalau kita tak cuba mana nak tahu sedap ke tak.

Ala tak rugi pun kalau cuba. Takkan tak nak cuba rasa perisa baru kan? Ni asyik minum air teh o kosong jer.

Apa kata kita cuba variasikan rasa air teh. Dijamin sedap tau sambil santai-santai bersama keluarga. Mohh kita cuba.

resepi-ayam-pandan-Thai-1 Resepi Ayam Pandan Thai Mudah Simple Sedap Bersama Sos Padu Gilerr
ghazalitajuddin.com

Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi berkongsi resepi ayam pandan Thai. Mesti semua dah tak sabar nak cuba masak resepi ni kan? Moh sama-sama kita usha bahan-bahannya?

Resepi Ayam Pandan Thai

Bahan-bahan:
-7,8 ketul isi ayam
-4 ulas bawang putih(ditumbuk)
-1/2 sudu kecil lada hitam(ditumbuk)
-1 sudu kecil ketumbar(ditumbuk)
-1 sudu besar sos tiram
-1 sudu besar kicap
-1 sudu besar gula&madu
-sedikit garam
-1 sudu besar tepung jagung
-daun pandan&lidi secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Perap ayam bersama bawang putih, lada hitam, ketumbar, sos tiram, kicap, gula, tepung jagung dan garam.
  2. Balut@bungkus isi ayam dengan daun pandan.
  3. Perap 2,3 jam atau semalaman untuk lagi sedap.
  4. Kemudian, goreng(deep fry) hingga keperangan.

Bahan-bahan Sos ala Thai:
-3 biji cili merah
-3 biji cili padi
-1 biji tomato
-sedikit bijan(optional je)
-2 ulas bawang putih
-2 sudu cuka
-gula melaka
-garam

Cara Penyediaan:

  1. Blend@kisar bawang putih, cili, tomato bersama sedikit air hingga halus.
  2. Kemudian, masak hingga mendidih. Masukkan 2 sudu besar cuka, gula melaka dan garam.
  3. Siap untuk dinikmati seisi keluarga.

resepi-ayam-pandan-Thai-1 Resepi Ayam Pandan Thai Mudah Simple Sedap Bersama Sos Padu Gilerr

Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua kenalan anda. Semoga ianya bermanfaat kepada semua orang. Dijamin jika anda gunakan resepi ni masakan anda akan lagi sedap dan menggiurkan.

Now, everyone can cook. Selamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.