resepi ayam panggang simple

Teringin nak makan resepi berasaskan ayam? Cuba la sendiri resepi ayam panggang. Pasti anda takkan menyesal sebab mencubanya.

Sedapnya tu ya ampun sampai menjilat jari dan takde kat mana-mana kedai tau. Lagipun siapa yang tak suka makan masakan ni. Semua orang suka masakan ni tidak kira lapisan umur.

Samaada muda atau tua pasti akan menggemarinya. Jadi sudah tentu kalau kita masak ayam panggang ni akan jadi rebutan semua orang. Sebab rasanya yang juicy, enak dan menyelerakan.

resepi-ayam-panggang-simple-2 Resepi Ayam Panggang Sedap Sampai Menjilat Jari Jemari
kredit: elzera.com

Apa yang special tentang masakan ni? Ehh tentu sekali sebab ianya dimasak sendiri di rumah oleh kita. Jadi, keenakannya tu berganda daripada yang dijual kat kedai sebab kita masak dengan kasih sayang.

Ewahh. Tapi memang betul kalau kita masak sendiri kita mesti akan masak dengan sepenuh hati. Paling penting, aspek kebersihan akan lebih terjamin.

Bukan nak kata makanan kat kedai semua tak bersih. Tapi apa salahnya kalau kita ‘sediakan payung sebelum hujan’. Betul tak?

resepi-ayam-panggang-simple-2 Resepi Ayam Panggang Sedap Sampai Menjilat Jari Jemari
expatgo.com

Dulu biasa beli ayam panggang yang orang biasa jual kat tepi jalan. Lama kelamaan terfikir, sampai bila kita ni nak jadi pembeli jer. Takkan la tak nak cuba buat sendiri.

Akhirnya, saya percayakan diri untuk masaknya sendiri. Mula-mula biasa la baru belajar kan jadi rasa ayamnya tak berapa nak aumm sangat. Saya pun tanya orang berpengalaman dan kaji sendiri apa kekurangan yang dilakukan.

Lama kelamaan ayam yang dipanggang oleh saya makin sedap, juicy dan memukau sesiapa yang melihatnya. Horayy memang puas hati sangat sebab berjaya buat sendiri dan bagi makan kat orang sekeliling.

Cara Masak Ayam Panggang yang Juicy dan Tak Kering Ketika dipanggang

Nak tahu tak macam mana nak jadikan ayam panggang juicy dan tak kering masa panggang? Senang jer kalau nak isi ayam masih juicy walaupun dipanggang. Ayam direbus dan kemudian tambah 2 sudu cuka makan.

Memang rasa isi ayamnya begitu juicy dan tak kering bila dipanggang. Kalau nak tahu ayam lagi sedap dan menyelerakan kalau dipanggang menggunakan kaedah tradisional. Iaitu panggang menggunakan bara api bagi mendapatkan aroma panggang yang pure.

  • Panggang Menggunakan Bara Api

resepi-ayam-panggang-simple-2 Resepi Ayam Panggang Sedap Sampai Menjilat Jari Jemari
yadim.com.my

Tapi saya faham kita sekarang ni terkejar-kejar sebab terlalu sibuk. Jadi kalau nak gunakan oven untuk menjimatkan masa pun tiada masalah. Sebab hasilnya nanti akan dapat ayam yang dipanggang masih sedap hingga menjilat jari dan juicy.

  • Tempoh Perapan Ayam

Lagi satu rahsia ayam yang dipanggang tu sedap ialah melalui proses perapan ayam. Makin lama ayam diperap makin sedap rasa isi ayamnya tu. Siapa yang pernah buat pasti tahu dan siapa yang tak pernah boleh la cuba sendiiri.

Hasilnya memang tak mengecewakan yer. Saya biasa buat kalau nak panggang pagi esok saya akan perap malam. Bila dah gaul sebati semua bahan saya akan masukkan ayam ke dalap peti ais bahagian biasa.

resepi-ayam-panggang-simple-2 Resepi Ayam Panggang Sedap Sampai Menjilat Jari Jemari
pinterest.com

Biarkan ia diperap semalaman. Baru la bahan perapan dan ayam akan meresap dengan sempurna dan rasa confirm meletop kebabom. Tapi kalau nak cepat, perap jer ayam sekitar 1/2 jam lepastu panggang dalam oven.

Jangan risau, rasa ayamnya tu masih sedap dan memukau yer. Jadi, buat la ikut kemampuan dan citarasa kita sebab kita yang nak menjamu selera. Haha betul kan?

So, if someone try to condemn you it mean that there is something wrong with them not you. If you first time learn to cook you should confident and do not easily give up. Try and error is important too.

Terima kasih kepada Cik Raja Amanina atas resepi ayam panggang simple ini untuk kita cuba bersama. Jom kita tengok bahan yang diperlukan untuk mula memasak?

 

Resepi Ayam Panggang

Bahan-bahan Untuk Ayam Panggang:

-1 ekor ayam(rebus separuh masak dengan 2 sudu cuka)
*toskan ayam
-5 ulas bawang putih
-1 biji bawang besar
-3 inci halia
-5 sudu makan sos cili
-4 sudu makan sos tiram
-2 sudu makan kicap manis
-1 sudu makan serbuk lada hitam
-2 sudu makan madu(nina letak gula melaka)
-1 sudu serbuk cili
-1 sudu serbuk paprika
-sedikit serbuk kunyit
-garam secukup rasa
-1/2cawan air

Cara penyediaan:

  1. Bawang putih, bawang besar dan halia dikisar bersama 1/2 cawan air.
  2. Sediakan mangkuk sederhana besar. Masukkan bawang yang dikisar, sos cili, sos tiram, kicap, serbuk lada hitam, madu, serbuk cili, serbuk paprika, kunyit dan kacau sebati biar menjadi pes.
  3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Ambil ayam dan lumurkan pes hingga rata di semua bahagian ayam. Ayam diperap seketika lebih kurang 2@3 jam. Kalau makin lama makin sedap.
  4. Oven dipanaskan kemudian masukkan ayam untuk dipanggang. Pastikan suhu 180 celcius-200 celcius api atas bawah sekitar 45 minit- 60 minit (Untuk garingkan bahagian luar ayam 10 minit terakhir guna api atas sahaja).

Bahan-Bahan Untuk Sos ala Thai:

-3 biji cili merah
-3 biji cili padi
-1 biji tomato
-sedikit bijan(optional je)
-2 ulas bawang putih
-2 sudu cuka
-gula melaka
-garam

Cara penyediaan:

  1. Bawang putih, cili, tomato bersama sedikit air dikisar hingga halus.
  2. Panaskan periuk. Kemudian, masak bahan yang dikisar hingga mendidih, tambah 2 sudu besar cuku, gula melaka dan garam secukupnya.

resepi-ayam-panggang-simple-2 Resepi Ayam Panggang Sedap Sampai Menjilat Jari Jemari

Selamat mencuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada yang tersayang dan semua kenalan. Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.