resepi ayam penyet 6

Mesti ramai kan yang suka makan resepi ayam penyet dan sambalnya dimakan pula dengan nasi panas. Perghh memang kena sangat gabungannya tu. Masakan yang dulunya hanya popular dan menjadi kegilaan di Indonesia kini menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Dengan keenakan ayam penyetnya yang rangup di luar enak didalam. Dimakan pula dengan sambalnya yang pedas hingga bercucuran air mata bersama nasi panas. Perghh memang padu sungguh rasanya.

Sekali cuba makan memang nak lagi. Yang pasti takkan pernah muak dan bosan bila makan juadah ini. Sebagaimana yang diketahui ramai, rakyat Malaysia majoritinya suka makan masakan pedas.

resepi-ayam-penyet-6 Resepi Ayam Penyet Best Dimakan Dengan Sambal Pedas Padu Gilerr

Kalau tiada sambal atau masakan yang pedas mula la lidah kita akan jadi serba tak kena. Tidur malam pun asyik terbayang-bayangkan sambal atau masakan pedas yang sangat memukau. Haa siapa jer yang mampu menolak juadah yang sedap sebegini.

Saya yakin ramai yang pernah makan resepi ayam penyet di kedai makan. Rasanya mesti la sedap juga. Tapi anda tak terfikir ke yang kita juga boleh masak juadah ini sendiri.

Tanpa perlu berhabis wang ringgit untuk ke kedai makan setiap kali mengidam nak makan juadah ini. Lagipun harganya untuk seorang makan mesti mencecah RM10 kan. Cuba anda bayangkan, kalau kita masak sendiri kita boleh ajak seisi keluarga kita makan.

resepi-ayam-penyet-6 Resepi Ayam Penyet Best Dimakan Dengan Sambal Pedas Padu Gilerr
res.cloudinary.com

Haa kan lagi berbaloi dan menguntungkan kita semua. Lagipula, takkan kita nak biasakan orang yang kita sayang untuk selalu makan di luar. Kan orang tua-tua selalu pesan.

Kalau nak pikat hati suami, keluarga, anak dan sebagainya jagalah perut mereka. Istilah jaga perut mereka tu kita masak masakan yang enak untuk mereka. Biar mereka kenyang dan request selalu nak makan air tangan kita.

Baru la keluarga makin bahagia, ukhwah makin erat dan kasih sayang terus berpanjangan hingga ke jannah. Jangan pandang remeh tau dengan memasak kerana masakan mampu menyatukan hati kita semua. Lagi-lagi kalau memasak resepi ayam penyet yang rasanya begitu umphh.

resepi-ayam-penyet-6 Resepi Ayam Penyet Best Dimakan Dengan Sambal Pedas Padu Gilerr

Aishh macam orang dah kahwin la pula padahal masih bujang. Tapi memang betul apa yang saya kata. Kalau tak percaya tengok la orang-orang tua yang kekal hingga ke hari ini.

Cuba tanya apa rahsia rumah tangga mereka. Pasti ada yang berkait dengan soal memasak untuk keluarga biar keluarga senang hati dan makin sayang. In addition, we are what we eat. 

Kalau kita makan makanan yang sihat maka sihat la kita. Dan begitu juga jika sebaliknya. Dari sekarang kita kena melentur buluh biar dari rebungnya supaya makanan yang kita makan menjadikan kita sihat.

resepi-ayam-penyet-6 Resepi Ayam Penyet Best Dimakan Dengan Sambal Pedas Padu Gilerr
dickysupriatna.files.wordpress.com

Makan bila perlu dan berhenti sebelum kenyang. Tak susah pun nak memasak juadah ini. Asalkan kita ikut cara dan teknik yang betul maka kita dapat hasilkan masakan yang menyelerakan tau.

Tips dan Cara Sambal Ayam Penyet Tahan Lama Dan Sedap

  • Tumis Sambal Hingga Pecah Minyak

Mesti ramai nak tahu macam mana nak masak resepi ayam penyet yang sambalnya tahan lama dan sedap kan. Pertama, bila menumis bahan-bahan terutamanya cili. Pastikan ia masak dengan sempurna dan pecah minyak.

resepi-ayam-penyet-6 Resepi Ayam Penyet Best Dimakan Dengan Sambal Pedas Padu Gilerr

  • Goreng Bahan Untuk Sambal Terlebih Dahulu

Kalau nak sambal penyet lagi sedap. Anda kena goreng bahan-bahan untuk sambal terlebih dahulu baru dikisar atau ditumbuk. Baru la sambal lagi sedap dan kena dengan selera masing-masing.

  • Kisar Bahan Untuk Sambal Tanpa Guna Air

Selain itu, kalau nak sambal tahan lama disyorkan semasa nak kisar bahan jangan gunakan air langsung tau. Kalau ada air rebusan ayam, gunakan ia untuk kisar sambal. Tapi sebenarnya sambal yang best dan enak sebaiknya ditumbuk dengan lesung batu.

Tanya la orang-orang tua dulu apa rahsia masakan mereka sedap. Mesti mereka kata, kalau nak sambal ayam penyet sedap kena tumbuk. Tapi semuanya terpulang kepada anda.

resepi-ayam-penyet-6 Resepi Ayam Penyet Best Dimakan Dengan Sambal Pedas Padu Gilerr

Kalau anda tiada masa dan nak jimatkan masa. Boleh jer guna cara kisar. Tiada yang nak halang atau marah.

Kemudian, kalau nak sambal kita pedas hingga berasap telinga. Semasa kisar cili padi, anda masukkan sekali dengan tangkainya dan kisar hingga halus. Aumm.

Haa nanti masa makan rasa pedas sambal kita akan lagi umphh dan padu. Nanti bukan setakat air mata yang gugur. Hidung pun automatik akan ‘menangis’ haha.

resepi-ayam-penyet-6 Resepi Ayam Penyet Best Dimakan Dengan Sambal Pedas Padu Gilerr
majalahsains.com

Tu baru dipanggil sambal. Kalau yang nama sahaja sambal tapi rasa langsung tak pedas. Haish nanti bila makan dengan nasi mesti tak best.

Tips Kurangkan Pedas Sambal

Tapi kalau nak anda tak suka sangat rasa pedas. Semasa kisar cili padi, anda kena buang tangkainya. Dengan cara itu, sambal kita akan kurang rasa ketajaman pedasnya tu.

Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin yang sudi berkongsi resepi ayam penyet. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak. Dah tak sabar sangat dah ni nak masak hehe.

 

Resepi Ayam Penyet 

Bahan-bahan:

resepi-ayam-penyet-6 Resepi Ayam Penyet Best Dimakan Dengan Sambal Pedas Padu Gilerr

Bahan-bahan. Tauhu tu salah taip. Sebenarnga tempe, takkan korang tak kenal kan.

Ayam penyet:

  • 1/4 ayam (cheyah ambil bahagian paha)
  • 1 peket tempe (cheyah potong lapan)
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 batang akar daun bawang
  • 1 sup bunjut
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar tepung beras
  • garam dan gula secukup rasa
  • Air 1 liter
  • Minyak untuk menggoreng

resepi-ayam-penyet-6 Resepi Ayam Penyet Best Dimakan Dengan Sambal Pedas Padu Gilerr

Ayam yang siap untuk digoreng.

Sambal penyet

Bahan-bahan:

  • 9-10 biji cili padi
  • 1 biji cili merah besar
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan bakar
  • 1 biji tomato
  • Sedikit garam dan gula jika suka

resepi-ayam-penyet-6 Resepi Ayam Penyet Best Dimakan Dengan Sambal Pedas Padu Gilerr

Bahan-bahan untuk sambal penyet.

Cara penyediaan:

  1. Panaskan periuk. Tambahkan air, akar daun bawang, halia serta sup bunjut. Biarkan ia masak hingga mendidih, baru la ditambah ayam.
  2. Kemudian, masak hingga ayam separuh masak sekurang-kurangnya 15-20 minit. Pastikan anda tutup periuk menggunakan tudung periuk supaya proses memasak jadi cepat. Bila ayam dah separuh masak, angkat dan ketepikan seketika.
  3. Sediakan mesin pengisar, semua bahan kisar kecuali tepung beras dimasukkan ke dalam pengisar. Sebelum kisar tuangkan sedikit air rebusan ayam dan kisar hingga lumat.
  4. Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk berisi ayam dan perasakan dengan gula dan garam. Lumurkan ayam dengan bahan yang dikisar hingga rata. Perapkan ayam tadi sekurang kurangnya 2 jam.
  5. Panaskan minyak, sebelum goreng ayam yang diperap. Letakkan tepung beras dan gaulkan seketika kemudian baru la digoreng hingga rangup dan keperangan.
  6. Masukkan tempe ke dalam bahan perapan ayam. Gaulkan seketika dan goreng hingga crunchy.
  7. Untuk penyediaan sambal ayam penyet, goreng semua bahan-bahan sambal ayam penyet. Kemudian, masukkan ke dalam lesung batu dan tumbuk hingga lumat. Letakkan garam dan gula secukup rasa. Jika suka, perahkan air limau nipis ke dalam sambal.
  8. Hidangkan ayam penyet, kuah sup, sambal, ulam-ulaman bersama nasi panas.

resepi-ayam-penyet-6 Resepi Ayam Penyet Best Dimakan Dengan Sambal Pedas Padu Gilerr

Semoga sedikit perkongsian ini mampu memberikan manfaat buat semua orang. If you do not mind. Please share this recipe to other.

When we share our knowledge to other. We are consider to be caring person. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua.

? Jom join link Telegram dibawah ini..

 


? Jangan lupa like dan share page Kitpramenulis di FB yea.

? Jangan lupa dapatkan lembaran kerja di website kami kitpramenulis.com

? Cikgu-cikgu ada permintaan lembaran kerja dan cadangan? Wasap kami dibawah.

+6011-13141039

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.