resepi ayam spicy korea 1

Annyeonghaseyo, hari ni kita nak masak resepi ayam spicy korean yang diinspirasikan daripada makanan orang Korea. Memang masakan ni sangat pedas. Kalau sesiapa yang meminati masakan yang pedas boleh la cuba masakan ni.

Confirm air mata yang keluar bukan setakat dari mata malah dari hidung tau. Haa kalau yang jenis tak tahan pedas macam saya ni boleh la menyerah awal-awal. Takut pancit kat tengah jalan nanti haha.

Biar la orang nak kata tak syok kalau tak makan pedas. Dah memang tekak kita ni tak boleh makan benda yang pedas sampai telinga pun boleh berasap. Nak buat macam mana kan.

resepi-ayam-spicy-korea-1 Resepi Ayam Spicy Korean Pedas Giler. Tengok Jer Pun Dah Menggiurkan

Kali ni masak pun untuk adik-adik yang suka sangat tengok cerita kpop. Akhirnya, bukan setakat ‘oppa’ jer yang mereka minat. Makanan Korea pun mereka minat.

Haishh layankan jer la mereka nak makan resepi ayam spicy korean. Lagipun ramai yang kata sedap dan ianya viral. Jadi kita cuba masak sendiri biar la tak sama 100% dengan yang korea punya.

Asalkan rupa dan rasa tu ada hehe. Anak muda zaman sekarang ni ramai yang menggilai cerita korea. Sampaikan makanan dan fesyen korea pun mereka ikut.

resepi-ayam-spicy-korea-1 Resepi Ayam Spicy Korean Pedas Giler. Tengok Jer Pun Dah Menggiurkan
trazy.com

Tak salah nak minat sesiapa pun asalkan kita tahu batas-batas yang perlu dijaga. Resepi kali ni datang nun jauh dari Korea. Biar la tak pernah jejakkan kaki ke negara Korea.

Sekurang-kurangnya masakan Korea kita dah rasa. Terubat juga rasa mengidam nak pergi negara Korea tu. Betul tak?

Takpe mungkin satu hari nanti kita dapat menjejakkan kaki ke negara winter sonata tu. Perancangan Allah SWT ni kita tak tahu. Senang cerita, bila makan resepi ayam spicy korean ni kita bayangkan kita makan kat negara Korea.

resepi-ayam-spicy-korea-1 Resepi Ayam Spicy Korean Pedas Giler. Tengok Jer Pun Dah Menggiurkan
cahayaislam.net

Lagi pun imaginasi tak perlu dibayar berbanding kalau kita nak ke negara Korea. Nanti banyak duit keluar berbeza jika kita berimaginasi. Free jer tak kena bayar kat sesiapa hehe.

Jangan marah yer. Saja nak bergurau dengan anda semua. Yer la kalau takde sesiapa yang nak bergurau nanti krik krik jer kita ni.

Haa sambung tentang resepi kita pada kali ni. Mesti ramai rakyat Malaysia tidak kira jantina dan bangsa sukakan juadah ini. Sebab tekak orang Melayu lebih kurang dengan orang Korea yang suka makan pedas.

resepi-ayam-spicy-korea-1 Resepi Ayam Spicy Korean Pedas Giler. Tengok Jer Pun Dah Menggiurkan
pngwing.com

Resepi ini dah lama viral tapi masih digilai oleh rakyat Malaysia sampai ke hari ni. Kalau nak cari restoran yang menyajikan makanan Korea pun dah berlambak kat Malaysia. Hebat sungguh penangan makanan Korea kat negara ni.

Untuk resepi ni anda boleh jer kurangkan rasa pedas dengan mengurangkan serbuk cili. Haa nanti semua orang boleh makan sebab rasa pedasnya takde la sampai nak terbakar lidah. Saya yang tak suka makan pedas pun boleh makan tau.

Memang betul la sedap sangat rasa ayam ni. Sekali cuba pasti nak lagi. Bagi saya ayam ni sedap sebab bahan perapannya memang rasa bila kita kunyah.

resepi-ayam-spicy-korea-1 Resepi Ayam Spicy Korean Pedas Giler. Tengok Jer Pun Dah Menggiurkan
fluentu.com

Kemudian, rasa ayam di bahagian luar yang sungguh lembut. Kiranya, bahagian dalam ayam rasa juicy manakala lembut di luar. Perghh memang best giler.

Cara Membuat Resepi Ayam Spicy Korean Mudah

  • Pastikan Bahan Perapan Meresap Ke Dalam Ayam

Mesti ada yang dah tak sabar nak tahu apa rahsia resepi ayam spicy korean sedap. Haa cara yang biasa digunakan ialah pastikan bahan perapan betul-betul meresap dalam ayam. Kalau nanti ayam tak rasa langsung bahan perapan.

Jadi ayam spicy korean kita takkan rasa sedap lagi. Pastikan anda perap selama 30 minit atau lebih untuk pastikan bahan betul-betul masuk dengan ayam. Kemudian, masa nak goreng ayam pula gunakan minyak yang secukupnya.

  • Goreng Dalam Minyak Yang Betul-Betul Panas

Bila minyak dah betul-betul panas baru la dimasukkan ayam tadi. Goreng pula gunakan api yang perlahan jer. Jangan goreng guna api besar sebab nanti ayam cepat hangit.

Kalau guna api yang terlalu kecil nanti minyak meresap ke dalam ayam. Haa mesti ada yang kata susah kan? Tak susah pun selagi anda ikut teknik dan cara yang betul.

Orang kata susah ni biasanya mereka yang tak ikut arahan. Ataupun jenis tak suka dengar arahan. Mula la dia kata susah padahal cuba pun belum lagi.

resepi-ayam-spicy-korea-1 Resepi Ayam Spicy Korean Pedas Giler. Tengok Jer Pun Dah Menggiurkan
steemit.com

Lepas saya kongsikan dengan kawan-kawan resepi ni. Ramai yang dah cuba dan komen kata sedap sangat. Tak menyesal mereka cuba sebab berbaloi sangat cuba resepi ni.

Ada sesetengah yang tak suka makan pedas pun boleh layankan ayam ni tau. Disebabkan rasanya enak dan juicy. Memang ketagih habis lepas makan ayam ni.

Kalau makan makanan ni tiap-tiap hari pun orang kata takpe. Dengan rasanya yang cukup umphh, siapa jer yang mampu nak menolaknya. Semua rasa pedas, masin, manis dan sebagainya seimbang serta tiptop.

resepi-ayam-spicy-korea-1 Resepi Ayam Spicy Korean Pedas Giler. Tengok Jer Pun Dah Menggiurkan
freepik.com

Bagi sesiapa yang baru pertama kali nak cuba ayam ini. Anda boleh makan ayam ni dengan cara ratah sahaja. Tapi ada sesetengah daripada kita yang suka makan ayam ni dengan nasi tau.

Memang original tekak Melayu. Jadi terpulang kepada anda nak makan macam mana. Yer la setiap orang citarasanya berbeza dan tak sama.

Terima kasih buat Raja Amanina yang sudi kongsikan resepi ayam spicy korean untuk kita cuba bersama. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur untuk beliau kongsikan lagi ilmu yang ada. Tanpa melengahkan masa, jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak.

Jangan risau yer sebab resepi ni mudah dan simple jer. Tapi yang paling penting sekali, ianya sedap giler. Aumm.

 

Resepi Ayam Spicy Korean

*Ayam Spicy Korean*

Bahan-bahan:

-8,10 ketul ayam
-3 ulas bawang putih(ditumbuk)
-1 inci halia(ditumbuk)
-1/2 sudu kecil lada hitam(ditumbuk)
-5 sudu besar tepung gandum
-5 sudu besar tepung jagung
-1/2 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

  1. Ayam dibersihkan terlebih dahulu kemudian toskan untuk seketika. Dalam bekas yang berisi ayam, masukkan bawang putih, halia, lada hitam dan garam secukup rasa. 
  2. Kemudian, gaul ayam biar sebati dengan bahan tadi. Perap ayam selama 30 minit.
  3. Didalam bekas lain, campurkan tepung gandum dan tepung jagung biar sebati. Kemudian, golekkan ayam yang diperap tadi pada tepung hingga menyaluti seluruh permukaan ayam. 
  4. Panaskan minyak. Bila minyak dah betul-betul panas goreng ayam hingga rangup dan keemasan menggunakan api sederhana.
  5. Angkat dan toskan untuk seketika.

 

Bahan Untuk Sos

Bahan-bahan:
-3 ulas bawang putih(dadukan)
-2 sudu serbuk cili(taknak pedas boleh kurangkan)
-3 sudu besar sos cili
-2 sudu besar sos tomato
-1 sudu besar madu(optional je taknak letak pun boleh je)
-2 sudu gula
-garam
-bijan disangai
-sedikit air

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang putih serta tumis biar naik bau. Kemudian, tambahkan serbuk cili, sos cili dan sos tomato. Kacau biar sebati.
  2. Tuangkan air secukupnya serta letakkan gula dan garam secukup rasa.
  3. Ayam yang siap digoreng tadi dimasukkan. Kacau biar ayam bersalut rata dengan sos. Kalau nak sos kelihatan merah gelap renjiskan dengan sedikit kicap.
  4. Angkat dan hidangkan. Taburkan bijan sebelum dihidangkan.

resepi-ayam-spicy-korea-1 Resepi Ayam Spicy Korean Pedas Giler. Tengok Jer Pun Dah Menggiurkan

Semoga perkongsian pada kali ini pun berguna untuk kita semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua yang anda kenali. Haa bahan-bahan dan cara penyediaan dah diberitahu.

Tunggu apa lagi? Jom masak dan bagi semua orang rasai keenakannya. Selamat mencuba.