resepi brownies kedut 6

Tercari-cari resepi brownies kedut untuk dijadikan pencuci mulut? Buntu nak cari kat mana? Ehh jangan risau sebab saya akan kongsikan kepada anda cara membuatnya.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Bahiah Saripuddin. Beliau sudi sumbangkan resepi brownies kedut kurang manis confirm jadi untuk kita cuba bersama. Kemudian, resepi ini diolah oleh saya sendiri.

Akhirnya dapat rasa juga kek ni hehe. Dan setelah saya masak sendiri memang betul sedap.

resepi-brownies-kedut-6 Resepi Brownies Kedut Sedap dan Penuh Coklat Makin Hari Makin Suka

Lagipun saya tertarik nak masak kek ni sebab ianya tengah viral sekarang. Memang sangat sedap dan berbaloi jika dibuatnya sendiri. Tapi macam mana nak hasilkan permukaan brownies yang berkedut, shining dan crack?

Permukaan yang sedikit berkedut, shining dan crack akan terbentuk. Jika menggunakan teknik yang tepat. Kalau teknik digunakan tu salah macam mana hasilnya nak nampak cantik dan berkedut.

Mesti ramai tertanya-tanya kenapa sekarang trending brownies kedut dalam kalangan semua lapisan umur. Sebab brownies kedut kaya dengan rasa coklatnya. Dan ianya merupakan kek mampat  yang teksturnya begitu dense.

resepi-brownies-kedut-6 Resepi Brownies Kedut Sedap dan Penuh Coklat Makin Hari Makin Suka

Kalau kita nak brownies kedut yang sedap, make sure kuantiti coklat lagi banyak daripada kuantiti tepung.

Tips hasilkan kedut pada brownies

Nama pun brownies kedut kan? Jadi, kalau kita masak mesti nak kedutnya kelihatan cantik. Betul tak?

Baru la menarik sesiapa sahaja yang memandangnya. Ni antara tips yang saya nak kongsikan.

  • Pilih Coklat Couverture atau Coklat Compound yang Berkualiti Tinggi.

Ada beza tak kedua-dua jenis coklat ni? Ada, jangan cakap takde yer. Ada 3 aspek yang membezakannya iaitu aspek kandungan, kestabilan dan rasa.

Aspek kandungan merujuk kepada coklat couverture bahan utamanya lemak koko. Manakala coklat compound bahan utamanya lemak sayur.

Aspek kestabilan merujuk kepada proses tempering yang tepat. Diperlukan oleh coklat couverture untuk mencapai suhu bilik yang stabil. Kalau tidak, coklat mudah cair pada suhu bilik.

resepi-brownies-kedut-6 Resepi Brownies Kedut Sedap dan Penuh Coklat Makin Hari Makin Suka

Manakala, coklat compound tidak mudah cair pada suhu bilik. Aspek terakhir ialah rasa. Mudah cair dan lembut di tekak adalah ciri-ciri coklat couverture. Manakala kita akan rasa sedikit haus di tekak jika menggunakan coklat compound.

Kita boleh tahu samaada seseorang gunakan coklat couverture atau compound melalui rasa dan rupa brownies. Jika kita guna coklat couverture rasanya memang terbaik macam yang BoBoiBoy selalu kata. Dan tekstur brownies juga lebih cantik, shining dan crack gitu.

Al maklum la harganya juga ‘cantik’ dan boleh menjulingkan mata kita yang normal ni haha. Tapi takpe sebab kita nak bagi keluarga tersayang makan kan? So, it is nothing compare to our affection to them ewahh.

resepi-brownies-kedut-6 Resepi Brownies Kedut Sedap dan Penuh Coklat Makin Hari Makin Suka
rasa.my

Tapi saya tahu ramai jer yang guna coklat compound sebab lebih mudah berbanding coklat couverture. Coklat compound hanya perlu cairkan dan bentukkan semula menggunakan mould. Lepas tu boleh la tambah inti atau warnakan untuk lebih attractive.

Senang jer kan? Kalau coklat couverture, kita perlu expert tentang suhu bagi menghasilkan coklat handmade yang lazat. Kita nak gunakan coklat yang mana satu bergantung kepada citarasa dan duit dalam dompet.

Cuma elakkan daripada guna coklat masakan biasa dan coklat compound yang harganya murah. Sebabnya, coklat berkenaan mengandungi lebih gula dan lemak berbanding cocoa. Warna coklatnya juga banyak pewarna dan tidak pure coklat.

resepi-brownies-kedut-6 Resepi Brownies Kedut Sedap dan Penuh Coklat Makin Hari Makin Suka

Kalau nak tahu coklat tu asli ke tak, cuba tengok brownies yang kita buat. Biasanya, warnanya hitam pekat dan bila dimakan tiada rasa coklat di dalamnya. Rupa brownies pun langsung tiada kedut yang menampakkannya cantik dan menarik.

Saya sarankan better guna jenama coklat Callebout, Hershey atau Beryl’s. Kalau serbuk koko saya syorkan untuk anda pilih Cacao Barry Extra Brute 100% Coco. Mahal sikit takpe asal makan nanti puas hati.

resepi-brownies-kedut-6 Resepi Brownies Kedut Sedap dan Penuh Coklat Makin Hari Makin Suka
amazon.in

Mesti anda pelik macam mana kedutnya terhasil. Nak tahu tak macam mana? Tindakbalas cocoa tulen dari dalam oven akan membentuk lapisan halus pada brownies yang menjadikannya shining.

Maka, terhasillah kedutan pada brownies. Aumm.

  • Dimasukkan coklat pada akhir adunan.

  • Pastikan adunan tidak overmixed dan tak perlu guna mixer.

Senang cerita, buat brownies ni senang sebab tak perlu pakai mixer. Adunkan sahaja bahan menggunakan wisk atau senduk kayu.  Adunan brownies juga tak perlu diadunkan atau dikacau dalam tempoh yang lama.

Gaul sekadar bahan tu jadi sebati, tak perlu gaul kuat-kuat. Kalau terpaksa guna mixer juga disebabkan kuantiti bahan yang nak diadun banyak. Hanya putarkan sekejap-sekejap sahaja hingga adunan menjadi sebati lepastu stop.

Tips Brownies Kedut yang Sedap

resepi-brownies-kedut-6 Resepi Brownies Kedut Sedap dan Penuh Coklat Makin Hari Makin Suka

  • Tambah garam kasar secukupnya.

Seperti sedia maklum, kalau nak buat kek atau biskut mesti guna garam. Fungsi garam adalah untuk membangkitkan rasa dan menyeimbangkan rasa manis dalam masakan. Untuk brownies,  butter atau coklat boleh digunakan untuk mencairkan garam kasar.

  • Pemilihan butter yang berkualiti.

Sengkek macam mana pun, elakkan guna marjerin untuk buat brownies nanti rasanya tak sedap. Unsalted butter merupakan pilihan yang tepat untuk menghasilkan tekstur brownies yang lembut.

resepi-brownies-kedut-6 Resepi Brownies Kedut Sedap dan Penuh Coklat Makin Hari Makin Suka
alibaba.com

Kalau resepi brownies anda perlu dimasukkan minyak. Disarankan guna minyak jagung berbanding minyak masak.

  • Bakar brownies jangan sampai overbaked.

Terlebih bakar merujuk kepada brownies menjadi cepat mengeras dan kering. Brownies lagi sedap bila sedikit moist di dalamnya. So, when you put the brownies into the oven make sure it is not overbaked.

Resepi Brownies Kedut

Bahan-bahan:

450 g dark coklat compound
100 g tepung naik sendiri
130 g butter
180 g gula perang
3 biji telur
Sedikit esen vanila

resepi-brownies-kedut-6 Resepi Brownies Kedut Sedap dan Penuh Coklat Makin Hari Makin Suka

Cara penyediaan:

  1. Dark coklat dan butter didouble boilingkan hingga cair sepenuhnya.
  2. Kemudian pukul telur, esen vanila dan gula perang. Tidak perlu sampai kembang. Adunkan manja cukup sekadar gula hancur.
  3. Coklat yang dicairkan tadi dimasukkan. Tuangkan ketika panas-panas bagi menghasilkan brownies yang berkedut cantik.
  4. Gaul rata semua bahan hingga sebati. Kemudian, tepung dimasukkan. Gaul rata hingga tepung sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 9×9.
  5. Kemudian, oven dipanaskan sekitar 150 celcius lebih kurang 10 minit. Bila oven betul-betul panas, brownies dimasukkan ke dalamnya. Dalam tempoh 1 jam, bakar brownies dengan api atas bawah. Senang cerita, tempoh bakar bergantung kepada oven masing-masing yer. Pastikan periksa samaada brownies dah masak atau belum.

resepi-brownies-kedut-6 Resepi Brownies Kedut Sedap dan Penuh Coklat Makin Hari Makin Suka

Dark coklat dan butter didouble boilingkan.

resepi-brownies-kedut-6 Resepi Brownies Kedut Sedap dan Penuh Coklat Makin Hari Makin Suka

Pukul telur, esen vanila dan gula perang.

resepi-brownies-kedut-6 Resepi Brownies Kedut Sedap dan Penuh Coklat Makin Hari Makin Suka

Coklat yang dicairkan tadi dimasukkan.

resepi-brownies-kedut-6 Resepi Brownies Kedut Sedap dan Penuh Coklat Makin Hari Makin Suka

Kemudian, tepung dimasukkan.

resepi-brownies-kedut-6 Resepi Brownies Kedut Sedap dan Penuh Coklat Makin Hari Makin Suka

Dah siap untuk di makan.

Semoga sedikit perkongsian yang diberi ini dapat memberikan manfaat buat semua pembaca. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada kenalan rapat, keluarga dan insan yang tersayang. Selamat mencuba.

Selamat menjamu selera. Love yourselves before you love others. Express our affection and love through our cooking.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.