Hari saya pilih juadah berasaskan bubur untuk dimasak iaitu resepi bubur pulut hitam. Atau nama lainnya, black sticky rice dessert. Juadah ni amat sesuai dimakan untuk minum petang dan sebagainya.
Rasanya yang menyengat dan sedap mampu membangkitkan nafsu makan setiap orang. Mesti ramai kan yang minat makan bubur.
Jadi, boleh la cuba sendiri resepi ni confirm tak menyesal selepas mencubanya. Rasanya sedikit lemak, masin dan kurang manis bila disuap ke dalam mulut begitu membelai jiwa.
Memang semua rasa cukup jadi tiada yang kurang. Resepi bubur pulut hitam ni senang sahaja nak masak cuma sedikit renyah bila perlu rendam beras pulut. Bila dah selesai bab rendam maknanya proses memasak kita jadi lagi senang.
Kebiasaan tempoh sesuai untuk rendam beras pulut ialah semalaman. Tempoh minimum untuk rendam ia lebih kurang 5 jam dan keatas. Kita rendam ia lama-lama bagi memudahkan proses memasak nanti.
Kalau tak buat macam tu nanti kita kena masak lebih lama supaya pulutnya jadi kembang. Sesetengah orang suka guna pressure cook sebab tak perlu rendam. Hanya perlu masak beras pulut sahaja. Cara ni boleh digunakan untuk jimatkan masa dan tenaga kita.
Tapi ianya bergantung juga pada citarasa kita. Cara mana yang tekak kita boleh makan jadi cara tu la kita gunakan. Baru la resepi bubur pulut hitam lebih menyangkut dengan selera orang kata.
Kalau nakkan rasa yang lagi pure dan lazat. Saya syorkan kita guna santan segar bukannya santan kotak. Fuhh memang sedap sangat rasanya sebab lagi umphh dan syok gitu.
Tips bubur pulut hitam yang sedap, lembut dan masak sempurna
Memang diakui bila memasak kita la juara tapi kekadang masih ada yang kurang dalam masakan kita. Jadi, tips amat penting untuk hasil yang sempurna dan sedap. Saya kongsikan sedikit tips resepi bubur pulut hitam yang lembut, masak sempurna dan tidak berjelatah (keras).
Pemilihan Beras Pulut Hitam
Caranya mudah sahaja, pulut hitam yang digunakan mesti berkualiti. Keras, halus dan berwarna hitam pekat merupakan ciri-ciri beras pulut hitam yang berkualiti tinggi. Kandungan kanji dikira tinggi bila beras pulut hitam keras dan berwarna kehitaman.
Tempoh Rendaman Pulut Hitam
Pulut hitam direndam seketika biar ianya lembut dan tidak keras. Jadi ia lagi mudah untuk dimasak dan jimat masa. Sebelum dimasak bubur pulut hitam, sebaiknya pulut hitam direndam semalaman.
Kalau nak cepat pun biar la sekurang-kurangnya 4 jam keatas. Baru la teksturnya jadi lembut dan mudah dimasak nanti.
Semasa memasak sentiasa kacau bubur
Kenapa penting untuk bubur sentiasa dikacau setelah masukkan santan, gula, garam dan daun pandan? Mesti la untuk halang daripada bubur menjadi berkerak dan melekat pada permukaan periuk. Jadi, tangan tu kena sentiasa rajin untuk kacau bubur yer.
Jadi, iti sahaja sedikit sebanyak tips yang saya dapat kongsikan pada kali ni. Terima kasih buat Puan Bahiah Saripuddin atas sumbangan resepi bubur pulut hitam. Yang pastinya sajian ini dimasak kurang manis agar sesuai untuk peringkat umur.
Jadi semua lapisan umur bolleh mencubanya. Best kan, ruginya kalau tak cuba. Always remember that in cooking if we never begin we will never win.
Jadi, kena mulakan dulu perlahan-lahan belajar masak baru la akan jadi expert. The key is do not give up facing any obstacle in front of you. Jom tengok bahan yang diperlukan untuk mula memasak?
Resepi Bubur Pulut Hitam
Bahan-bahan:
- 200g pulut hitam (beli kat ECO je)
- 1/2 biji kelapa (perah 2x dapat la satu 500ml)
- 2 sudu makan gula pasir
- 2 ketul gula perang
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 helai daun pandan
- 1 liter air putih
Cara penyediaan:
- Rendam beras pulut lebih kurang 1 jam (kalau lagi lama lagi baik) untuk ia cepat kembang dan memudahkan proses memasak.
- Beras pulut yang direndam kemudian ditoskan. Panaskan periuk menggunakan api sederhana dan masukkan 1 liter air. Kemudian, masak beras pulut hingga mendidih dan masak sepenuhnya.
- Kemudian, santan dimasukkan bila beras pulut dah masak sempurna. Masukkan daun pandan, gula melaka, gula oasir dan garam secukupnya lalu kacau hingga sebati.
- Bila bubur sudah kelihatan sedikit pekat dan mendidih. Tutup api kemudian angkat dan hidangkan ke dalam mangkuk.
Masukkan air satu liter. Masak sehingga pulut empuk.
Biarkan ia mengelegak dan kering.
Tengok ni rupa pulut dah empuk.
Boleh la tambahkan santan tadi.
Letak la daun pandan bagi wangi.
Letakkan garam secukupnya.
Masuk gula melaka.
Letakkan gula pasir.
Biarkan ia mendidih.
Kacau bagi pekat comel gini dah boleh tutup api.
Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba. Semoga resepi yang dikongsikan dapat memberi manfaat untuk semua orang. Jangan lupa untuk kongsikan resepi kepada kenalan rapat, keluarga tercinta dan insan tersayang yer.