resepi cendol 1

Dengan cuaca yang makin panas ni bestnya makan resepi cendol tanpa kapur yang dibuat sendiri. Memang sedap dan syok sangat bila dimakan waktu musim panas macam sekarang ni. Lagi bestnya cendol ni kerana dibuat tanpa menggunakan kapur.

Ramai yang kata juadah ni memang sesuai diminum ketika musim panas. Ianya mampu menyejukkan badan kita. Memang terbukti bahawa cendol ni boleh menyejukkan badan kita.

Dan paling penting, ianya memang sedap tau. Perghh memang menyengat sangat bila dihirup. Hilang segala dahaga dan penat yang kita rasa sebelum ni.

resepi-cendol-2 Resepi Cendol Tanpa Kapur Homemade. Syok Layan Masa Cuaca Panas
youtube.com

Bahan-bahan lain yang sedap dimakan bersama resepi cendol ialah santan, pulut, gula melaka dan sebagainya. Percaya atau tak, jika kita selalu buat dan rasa cendol amat sedap. Boleh jer kita jadikan ia sebagai salah satu menu untuk berniaga.

Memang untung juga tau kalau kita berniaga pencuci mulut ni kerana ianya sangat sedap dimakan. Kalau musim biasa pun syok layan cendol apatah lagi kalau bila musim panas. Fuhh sudah tentu lagi syok dan best giler.

Minuman ni digemari ramai tidak kira lapisan umur, bangsa dan agama. Di Malaysia, antara pencuci mulut yang terkenal sudah semestinya cendol. Ianya disebabkan di Malaysia cuacanya panas berbanding negara-negara Eropah.

resepi-cendol-2 Resepi Cendol Tanpa Kapur Homemade. Syok Layan Masa Cuaca Panas
pakdin.my

Memang sesuai sangat la kalau hirup pencuci mulut ni masa musim panas-panas. Disebabkan cuaca di Malaysia panas. Maka tidak hairan restoran yang menyediakan menu resepi cendol ni seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Dan disebabkan ramai berebut untuk berniaga menu ni tanpa mempelajari teknik membuatnya yang betul. Kesannya, ada sesetengah restoran yang menghidangkan cendol yang kurang enak dan tidak kena dengan selera kita. Sangat-sangat mengecewakan kalau perkara sebegini berlaku pada kita.

Memang akan rasa murung dan bad mood sepanjang hari tau. Yer la sebabnya kita mengharapkan dapat makan pencuci mulut yang sedap, lazat dan lemak manis. Tapi semua itu hanya la indah khabar daripada rupa.

resepi-cendol-2 Resepi Cendol Tanpa Kapur Homemade. Syok Layan Masa Cuaca Panas
bali.tribunnews.com

Masa tu baru la akan terfikir balik. Kenapa la aku tak belajar buat pencuci ni sendiri jer. Nanti hasilnya mesti lagi sedap dan menggiurkan berbanding yang dijual kat kedai.

Haa menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian dah tak berguna dah. Tu sebabnya kalau ada peluang yang ditawarkan kepada kita. Untuk belajar satu menu yang sedap lagi simple macam ni.

Kita tak boleh lepaskan peluang itu. Rugi sangat-sangat kalau anda tidak menghargai peluang yang datang bergolek depan mata anda. Anda kena selalu ingat yang peluang takkan selalu datang bergolek.

Jadi gunakan la peluang yang ada dengan sebaiknya supaya kita takkan menyesal kelak.

Tips Membuat Cendol Yang Kenyal

resepi-cendol-2 Resepi Cendol Tanpa Kapur Homemade. Syok Layan Masa Cuaca Panas
hemalathaprabakharan.wixsite.com

Terdapat beberapa tips membuat cendol yang kenyal anda akan dikongsikan. Anda boleh jadikan ianya sebagai panduan untuk membuat pencuci mulut ni. Nanti hasilnya pasti akan meletop dan sedap.

  • Gunakan Tepung Sagu/Tepung Beras

Pertama sekali, anda boleh gunakan tepung sagu atau tepung beras untuk membuat pencuci mulut ni. Semasa campurkan semua bahan dan masak di atas api pastikan anda sentiasa kacau ia dengan kerap. Ini bagi mengelakkan ianya masih berketul.

Kacau Dengan Kerap Untuk Elakkan Daripada Berketul

Pastikan anda kacau adunan dengan kerap dan gunakan api yang sederhana semasa proses memasak. Memang hasilnya, adunan takkan berketul dan masak dengan sempurna. Selain itu, anda juga perlu menyediakan ais bagi merendam cendol.

  • Rendam Cendol Di dalam Ais

Kenapa cendol yang dibuat mesti dimasukkan ke dalam bekas yang mengandungi ais. Jawapannya supaya cendol tidak melekat antara satu sama lain, kemas dan cantik bila dihidangkan nanti. Paling penting sekali, teksturnya akan menjadi lebih kenyal tau.

Nanti cendol kita takkan hancur bila dihidangkan. Yer la masakan ni selain daripada pentingkan aspek rasa sedap atau tak. Aspek penampilan juga penting tau.

Samaada cantik, kemas dan menarik atau tidak bila dihidangkan nanti. Kalau teksturnya nampak kenyal, cantik dan menarik. Pasti ramai yang akan terliur dan nak rasa.

resepi-cendol-2 Resepi Cendol Tanpa Kapur Homemade. Syok Layan Masa Cuaca Panas
clipartstation.com

Tapi kalau penampilannya tidak menarik dan teksturnya tidak kenyal. Makanan yang sedap pun akan nampak tak sedap tau. Sebab itu penting untuk kita menjaga aspek penampilan makanan ketika dihias untuk dihidangkan.

Jangan buat kerja cincai-cincai jer sebab nak cepat siap. Nanti kalau tidak nampak cantik, menarik dan kemas. Diri sendiri juga sedih dan rugi sebab orang tak nak makan.

Yer la sebab tak nampak menarik langsung untuk dimakan. Selera makan yang tadi lapar nak makan pun tiba-tiba rasa kenyang semula. Bila tengok rupa makanan yang tak menarik dan hancur.

resepi-cendol-2 Resepi Cendol Tanpa Kapur Homemade. Syok Layan Masa Cuaca Panas
denaihati.com

That’s why we must always practice. Because practice makes it perfect. If we do not practice, it cannot become perfect and delicious like we expect it to be.

Many people do not take it as serious when they are decorating it. But when you want to eat it later. You will know that it is an important aspect that we need to take care.

  • Bentukkan Adunan Menjadi Cendol Ketika Masih Panas

Seterusnya, pastikan anda bentukkan adunan yang dimasak tadi menjadi cendol semasa ianya masih panas/suam. Kalau dah sejuk baru nak jadikan ia sebagai cendol. Hasilnya, takkan ada langsung rupa cendol sebab ianya akan hancur dan tak membentuk seperti cendol langsung.

Jadi caranya senang jer. Lepas masak adunan hingga ia betul-betul masak dengan sempurna. Terus masukkan adunan tadi ke dalam piping bag.

Kemudian, potong hujung piping bag tadi serta tekan/picit ia. Saiz cendol tu anda anggarkan jer macam yang biasa kita beli kat kedai. Memang syok sangat bila buat sendiri.

resepi-cendol-2 Resepi Cendol Tanpa Kapur Homemade. Syok Layan Masa Cuaca Panas
hmetro.com.my

Lagi puas hati bila nak makan sebab hasil air tangan kita sendiri. Lepas ni dah tak perlu beli kat kedai lagi kalau nak makan. Buat jer sendiri di rumah.

Silap hari bulan, boleh buat banyak-banyak dan panggil keluarga dan kawan-kawan datang makan. Fuhh nikmatnya layan pencuci mulut ni sambil santai bersama kawan dan keluarga. Jika nakkan tekstur cendol yang cantik, berkilat dan tahan lama.

Anda boleh gunakan tepung beras untuk membuat pencuci mulut ni. Memang yummy sangat hasilnya nanti. Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi kongsikan resepi cendol untuk dicuba bersama.

Memang cendol ni sangat sesuai dibuat cendol pulut, cendol kacang merah, cendol tapai pulut dan sebagainya. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pencuci mulut ni. Dijamin makan sekali pasti nak lagi dan lagi.

Resepi Cendol Tanpa Kapur Sedap

Bahan-bahan:

-1 cawan tepung jagung
-3 cawan air pandan(blend 2 helai daun pandan dan tapis)
-secubit garam
-pewarna kalau nak letak

 

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan dalam periuk masak hingga pekat berkilat. Kacau supaya tak hangit.
  2. Sediakan bekas berisi air sejuk. Masukkan adunan cendol ke dalam piping beg@plastik ketika panas-panas suam(saiz cendol ikut lubang yang kita buat eh).
  3. Tekan@picit adunan ke dalam bekas berisi air sejuk. Kalau nak simpan dalam peti sejuk simpan sekali dengan air rendaman tu.
  4. Kemudian, makan bersama susu cair@santan+gula melaka.

*tak mudah hancur jangan risau

*Kalau nak simpan/masukkan cendol ke dalam peti ais. Masukkan sekali bersama air sejuk yang  digunakan untuk merendam cendol. Untuk bagi ia tahan lama dan tidak hancur.

resepi-cendol-2 Resepi Cendol Tanpa Kapur Homemade. Syok Layan Masa Cuaca Panas

Semoga resepi dan tips yang dikongsikan memberi manfaat kepada semua. Jangan lupa pula untuk kongsikan resepi ini kepada semua kenalan anda. Selamat mencuba.