resepi churros 1

Seperti yang sedia maklum, resepi churros mendapat permintaan yang tinggi daripada para penggemarnya. Kuih ini diminati ramai disebabkan teksturnya yang lembut, rangup dan mudah disediakan. Churros merupakan makanan yang berasaskan tepung dimakan pula dengan sos coklat, strawberi dan sebagainya.

Ada yang suka makan dengan salutan gula halus serta serbuk cinnamon (kayu manis). Haa mungkin disebabkan sedap dan kena dengan tekak masing masing. Jadi layankan jer la snack yang super hebat ini.

Mengikut citarasa masing-masing. Ada yang kata juadah ni berasal daripada negara Sepanyol. Seiring dengan peredaran waktu, ia menjadi antara makanan kesukaan serta popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

resepi-churros-3 Resepi Churros Sedap, Lembut dan Rangup Disaluti Sos Coklat. Aumm Yummy.

Kalau anda perasan bentuk churros seperti kuih cakoi tapi rasa seakan cream puff. Mungkin rupanya seakan-akan kuih yang biasa kita makan. Menjadikan churros bukan makanan yang pelik dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Lagi pula memang diakui bahawa penyediaan untuk membuat resepi churros mudah. Sangat rugi kalau kita lepaskan peluang untuk tidak belajar membuat resepi ni. Sebabnya, kudapan ini disukai oleh semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa, agama dan umur.

Yummy sungguh rasa snack ini. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuatnya juga mudah serta senang untuk didapati. Alasan kenapa anda kena cuba juga buat sendiri kudapan ini berbanding beli di kedai.

resepi-churros-3 Resepi Churros Sedap, Lembut dan Rangup Disaluti Sos Coklat. Aumm Yummy.
.pngtree.com

Bayangkan kalau beli kita kena sediakan duit lebih untuk menikmati makanan ni. Tapi kalau kita buat sendiri kita boleh makan sampai puas hati. Silap hari bulan kita boleh kongsikan makanan yang kita masak kepada jiran tetangga.

Yer la bila lagi kita nak mengeratkan silaturahim sesama jiran tetangga kan. Sampai bila nak buat hal masing-masing tanpa bertegur sapa. Hidup berjiran perlu ada tolak ansur dan saling memberi.

Jika kita ada rezeki lebih apa salahnya kita kongsikan kepada orang sekeliling kita. Biar mereka yang tidak dapat rasa. Sekurang-kurangnya dapat rasa resepi churros walaupun sikit.

resepi-churros-3 Resepi Churros Sedap, Lembut dan Rangup Disaluti Sos Coklat. Aumm Yummy.
timeanddate.com

Kita kena percaya yang dalam rezeki kita terselit juga rezeki orang lain. Jangan bongkak dengan menganggap semua tu hak kita. Tak salah kita bagi makan pada jiran kita.

Lagi-lagi kalau kita tahu dia jenis yang tak mampu. Aishh besar sungguh pahala yang kita akan dapat kalau bagi makan kepada golongan ini. Ruginya kalau tak lepaskan peluang keemasan macam ni.

Tips Membuat Resepi Churros

Nak membuat resepi churros ada tips, cara dan teknik yang perlu kita ikut. Jika kita derhaka pada resepi ni maka tidak mustahil rasa masakan kita tak sedap. So, follow the step that has been given in order to make it delicious.

  • Tekan Piping Bag Yang Mengandungi Doh Ke Dalam Minyak Panas

resepi-churros-3 Resepi Churros Sedap, Lembut dan Rangup Disaluti Sos Coklat. Aumm Yummy.

Pertama, bagi mendapatkan bentuk churros yang panjang, cantik dan kemas. Anda tekan piping bag yang mengandungi doh lebih kurang 2 inci dalam minyak panas. Kemudian, gunting ia dan biarkan ia masak hingga keperangan baru angkat dan toskan seketika.

  • Masukkan Sebiji Telur

Untuk resepi ini kita hanya perlukan sebiji jer telur. Bagi menghasilkan churros yang rangup di luar dan sedap. Baking powder pun tak diperlukan bila kita dah masukkan telur.

Tapi kalau nak masukkan juga terserah kepada citarasa masing-masing. Sebabnya, bukan orang lain nak mai makan. Kita juga nak makan kan jadi terserah pada kita nak letak apa.

  • Hanya Perlukan Secawan Gandum Sahaja

Selain itu, untuk resepi ini hanya diperlukan secawan gandum jer sebab kalau letak gandum banyak. Nanti tekstur churros akan keras. Nak makan pun dah tiada rangup dan lembutnya.

Ishh ishh ishhh kesian sangat kalau jadi macam tu. Tapi semuanya terpulang pada citarasa masing-masing. Seterusnya, masa nak uli tepung pastikan anda tutup api terlebih dahulu.

  • Elakkan Uli Tepung Masa Air Menggelegak

Jangan uli tepung masa air menggelegak. Seeloknya, tutup api kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit serta uli biar sebati menjadi doh. Hasilnya churros akan lagi rangup.

Kalau masa nak uli dohnya masih panas. Biarkan ia sejuk seketika baru la uli dengan menggunakan tangan. Jangan risau doh takkan bantat yer.

  • Gunakan Piping Bag Yang Tebal Sedikit

resepi-churros-3 Resepi Churros Sedap, Lembut dan Rangup Disaluti Sos Coklat. Aumm Yummy.
shopee.com.my

Seeloknya gunakan piping bag yang tebal sedikit supaya tidak akan mudah pecah bila proses nak pipe doh nanti. Tapi kalau tiada juga nak buat macam mana kan. Guna jer la mana yang ada.

Jangan nak membazir pergi beli piping bag baru kalau dah ada piping bag yang nipis. Jika nakkan bentuk churros yang cantik, kemas dan menarik. Boleh gunakan star nozzle.

Tapi kalau takde boleh jer gunakan mana-mana alat yang ada dan jangan membazir. Membazir kan amalan syaitan. Terima kasih kepada Cik Puan Julieta kerana kongsikan resepi churros.

resepi-churros-3 Resepi Churros Sedap, Lembut dan Rangup Disaluti Sos Coklat. Aumm Yummy.
facebook.com

Rasa churros yang dihasilkan memang sedap dan rangup. Berbaloi cuba buatnya sendiri sampai habis sepinggan makan seorang jer. Lain kali nak cuba masak lagi dan kongsikan kepada orang sekeliling.

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat resepi yang mudah, sedap dan rangup ini. Lepas dah tahu bahannya boleh la kita sediakan apa yang patut. Nanti senang bila rasa nak makan jer boleh masakkan.

 

Resepi Churros Mudah, Rangup dan Sedap

BAHAN UNTUK CHURROS:

  • 1 cawan air*
  • 1 sudu besar mentega/margerin
  • 1 sudu besar gula* (gula yg bancuh teh kopi tu)
  • 1 sudu teh esen vanila*
  • Secubit garam*
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur B

Cara  Penyediaan:

  1. Campur bahan yang bertanda * ke dalam kuali. Kacau ia hingga larut dan mentega menjadi cair.
  2. Bila semua dah cair. Tutup api. Tambahkan tepung satu persatu sambil tangan sentiasa kacau biar sebati untuk elakkan daripada berketul.
  3. Kacau adunan tadi menjadi doh yang lembut menggunakan senduk. Kemudian, masukkan telur. Kacau lagi menggunakan senduk jika adunan masih lagi paans.
  4. Bila doh dah sejuk, uli jer menggunakan tangan biar sebati dan tidak melekat pada tangan.
  5. Bila doh dah rasa licin dan sedikit kenyal. Boleh la dimasukkan dalam piping bag. Untuk yang baru belajar nak buat. Gunakan star nozzle serta pipe pada dulang yang ada baking paper supaya bentuknya cantik dan tidak melekat. Boleh juga terus pipekan sepanjang 2 inci serta gunting setiap hujungnya ke dalam minyak yang panas (ikut keselesaan masing-masing).
  6. Kemudian, panaskan minyak dan goreng churros hingga rangup dan keperangan. Ulang proses hingga doh habis semuanya.
  7. Angkat dan salut churros dengan gula icing bersama sedikit serbuk cinnamon.

resepi-churros-3 Resepi Churros Sedap, Lembut dan Rangup Disaluti Sos Coklat. Aumm Yummy.

BAHAN UNTUK SOS COKLAT

  • 100g coklat masakan
  • 1 sudu mentega (saya guna 2 sudu minyak jagung je)

Cara Penyediaan:

  1. Masak coklat masakan secara double boil  hingga cair. Kemudian, masukkan mentega dan kacau biar ia cair. Angkat dan sejukkan seketika sebelum dimakan dengan churros.

resepi-churros-3 Resepi Churros Sedap, Lembut dan Rangup Disaluti Sos Coklat. Aumm Yummy.

Selamat mencuba resepi yang simple dan amat sedap ini. Kongsikan resepi ini kepada semua yang anda kenali. Jom ramai-ramai pakat share resepi ini supaya semua orang dapat menikmati keenakannya.

Selamat menjamu selera dan bersantai bersama keluarga masing-masing.