resepi cream puff 2

Tiada idea nak masak kuih? Cuba la resepi cream puff yang mudah dan sedap hingga menjilat jari ni. Pasti tak menyesal dan akan sentiasa menjadi igauan anda setiap hari.

Resepi ini sangat enak dan kebiasaannya dimakan ketika minum petang atau dihidang ketika jamuan. Ramai yang request resepi ni sebab tu saya nak tunaikan kepada anda. Memang diakui makanan kalau dah sedap pasti menjadi rebutan ramai.

Ada yang rela beli kat kedai walaupun ia sedikit mahal semata-mata nak cuba rasa resepi cream puff ni. Tapi kalau saya sekali dua tu boleh lagi nak beli. Tapi kalau dah banyak kali, baik saya masak sendiri.

resepi-cream-puff-2 Resepi Cream Puff Mudah dan Sedap Bila Makan Sekali Pasti Nak Lagi

Lagi puas hati dan boleh buat ikut cita rasa kita. Silap hari bulan, kalau dah sedap sangat boleh jer jual kat kedai. Betul tak?

Secara tak langsung kita dah boleh jadikan ia sebagai sumber pendapatan kita. Selain masak untuk diri sendiri yang makan kita boleh jual untuk pendapatan sampingan. Nanti masyuk la tiap-tiap bulan walaupun hanya sikit.

Hidup sekarang ni kena bijak ambil peluang. Kalau kita pandai masak resepi cream puff kita boleh jadikan ia sebagai sumber pendapatan kita. Jangan tunggu bulan jatuh ke riba dulu. Usaha juga penting yer.

resepi-cream-puff-2 Resepi Cream Puff Mudah dan Sedap Bila Makan Sekali Pasti Nak Lagi
sharifatulhana.blogspot.com

Kalau saya selalu pesan, usaha dan doa kena dilakukan seiring. Lepas dah usaha dan doa, kita baru la boleh tawakal. Ni tak, belum usaha dah tawakal awal-awal lagi.

Do not depend to others. Create your own opportunity. Then you will find your own success.

Saya pilih nak masak kuih cream puff  pada kali ni sebab lama dah tak makan. Dulu kawan-kawan banyak buatkan dan bagi kat saya. Sekarang, masing-masing dah sibuk jadi kita kena masak sendiri la jawabnya.

resepi-cream-puff-2 Resepi Cream Puff Mudah dan Sedap Bila Makan Sekali Pasti Nak Lagi
media.siraplimau.com

Tips Untuk Masak Resepi Cream Puff Sedap, Lembut dan Mudah

Bukan susah pun nak masak resepi cream puff ni. Kalau kita ikut teknik dan cara yang betul pasti kuih ni menjadi macam yang kita nak. Petuanya, jangan pandai memandai dan buat macam kita ni dah expert.

Kalau dah betul-betul expert takpe. Ni baru setahun jagung masak dah nak ikut resepi sendiri. So, be aware ok. 

Antara sebab kenapa masak tak jadi ialah kerana suka sangat masak ikut kepala sendiri. Tu salah yer kawan-kawan. Jangan suka amalkan sikap seperti itu.

resepi-cream-puff-2 Resepi Cream Puff Mudah dan Sedap Bila Makan Sekali Pasti Nak Lagi
busy.org

Nak memasak cream puff kita kena banyakkan bersabar, fokus dan berdisiplin. Haa prinsip ni amat penting bila nak memasak tak kira mana-mana juadah. Kalau tak sabar tentu dah tunggang terbalik dapur dibuatnya.

Kalau tak fokus nanti masakan jadi hangit, masin dan macam-macam lagi la. Kalau tak berdisiplin nanti yang sepatutnya letak dua cawan kita bantai letak sesuka hati jer. Betul tak apa yang saya cakap?

  • Rajin Kacau Bila Masak Filing

Kemudian, cream filing yang lembut dan smooth amat penting bila memasak cream puff. Sebab tu kita kena rajin kacau masa masak filing supaya tak berketul-ketul. Nanti kalau cream filing jadi berketul cream puff kita takkan sedap.

  • Masak Tepung Dengan Sempurna

Seterusnya, make sure tepung dimasak dengan sempurna. Biar kelihatan seperti kepingan nipis muncul pada tepi periuk baru la dikira tepung betul- betul masak. Kalau tak puff kita mudah hancur, penyek dan tak cantik bila dihidangkan nanti.

  • Tunggu Adunan Suam Baru Mix

Kemudian, masa nak mix telur dengan adunan tepung pastikan adunan tepung tadi kita biarkan seketika hingga suam. Baru la boleh mix. Jangan nak buat pelik dengan mix masa adunan tepung masih panas.

Sebab tak pernah dibuat oleh orang lagi macam tu. Kalau nak cipta kelainan boleh la buat. Saya pun nak tahu apa hasilnya nanti.

Boleh la share menjadi dan cantik ke tak resepi cream puff tu. Tapi jangan biarkan ia terlalu sejuk tau. Nanti cream puff kita tak menjadi juga.

resepi-cream-puff-2 Resepi Cream Puff Mudah dan Sedap Bila Makan Sekali Pasti Nak Lagi

Biarkan ia suam seketika lepastu dah boleh mix kan ia. Terima kasih buat Cik Raja Amanina yang sumbangkan resepi cream puff untuk kita cuba bersama. Jom kita tengok bahan nak sebelum mula memasak?

Resepi Cream Puff

Bahan-Bahan:
===============
1 1/2 cawan tepung gandum
1sudu teh baking powder
1 1/2 cawan air
1 sudu makan gula
7 sudu makan butter@marjerin
3 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam

Cara Penyediaannya:

  1. Satukan air, butter, gula,garam&masak hingga mendidih.
  2. Perlahankan api dan masukkan tepung gandum&baking powder yang diayak.
  3. Kacau rata hingga jadi doh lembut.
  4. Matikan api sejukkan adunan lebih lebih kurang 10 minit.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau@whisk hingga adunan sebati.
  6. Masukkan esen vanilla.
  7. Isikan adunan ke dalam piping bag&paip diatas tray yang disapu butter.
  8. Panaskan oven bakar suhu 170-180° api atas bawah lebih kurang 30-35 minit.
  9. Sejukkan dan gunting puff untuk isi filling
resepi-cream-puff-2 Resepi Cream Puff Mudah dan Sedap Bila Makan Sekali Pasti Nak Lagi
Homemade whipping cream 5 bahan ajer, bahan bahan pun simple je nina guna susu tepung fernleaf rasa seperti whipping cream brand vivo yang jual dekat bakery
resepi-cream-puff-2 Resepi Cream Puff Mudah dan Sedap Bila Makan Sekali Pasti Nak Lagi
Boleh buat topping untuk kek cheese leleh dan filling creampuff rasa macam aiskrim

Homemade Whipping Cream

=======================
Bahan-bahan:
1 mangkuk kecil ais
5 sudu makan susu tepung brand fernleaf
1 sudu makan ovellate
3 sudu makan gula halus
3 sudu makan susu pekat
resepi-cream-puff-2 Resepi Cream Puff Mudah dan Sedap Bila Makan Sekali Pasti Nak Lagi

Cara Penyediaannya:

  1. Satukan semua bahan(ais, susu tepung, susu pekat, ovellate&gula) dalam mangkuk mixer. Kemudian mix(high speed) hingga kembang gebu lebih kurang 5-7 minit.
  2. Simpan dalam peti ais.
*untuk topping cheese leleh boleh campur dengan cream cheese tatura
resepi-cream-puff-2 Resepi Cream Puff Mudah dan Sedap Bila Makan Sekali Pasti Nak Lagi

Semoga sedikit perkongsian yang diberi memberikan manfaat untuk kita bersama. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini untuk yang tersayang. Selamat mencubanya di rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.