resepi daging dendeng 1

Pertama kali makan resepi daging dendeng yang dimasak sendiri oleh kawan. Telah membuatkan saya ketagih nak makan lagi dan lagi. Lagipun daging yang digunakan untuk masak juadah ini ialah daging batang pinang atau sirloin.

Daging batang pinang menjadi pilihan semua jika nak masak juadah ni kerana enak dan lembut. Mmm sedapnya, kalau dulu saya tak berapa gemar nak makan juadah ini. Tapi bila makan yang kawan saya masak.

Ehh menyangkut pula dengan selera saya. Betul la orang tua-tua cakap jangan terlalu membenci nanti akan jadi sayang. Haha memang hebat sungguh penangan juadah ini.

resepi-daging-dendeng-1 Resepi Daging Dendeng Ala Minang Sekali Makan Ketagih Nak Lagi

Lagi-lagi kalau makan dengan nasi panas perghh sungguh enak. Selepas tu saya cuba cari restoran yang masak juadah ini. Tapi kebanyakannya tak kena dengan selera tekak.

Jadi, jalan penyelesaian yang terbaik ialah saya masak sendiri resepi daging dendeng. Haa tak perlu bazirkan duit nak kena pergi beli setiap kali nak makan. Hanya buka peti ais dan masak jer.

Tapi kalau anda jenis yang tiada masa nak masak boleh cuba cari restoran yang menyediakan juadah ni. Cari yang kena dengan selera tekak masing-masing agar bila makan nanti terus jatuh hati. Memang susah nak cari yang betul-betul kena dengan selera tekak kita tapi mesti ada punya.

resepi-daging-dendeng-1 Resepi Daging Dendeng Ala Minang Sekali Makan Ketagih Nak Lagi
all-free-download.com

Kalau yang suka masak sendiri bukannya sebab kita kedekut nak beli. Tapi dengan bilangan ahli keluarga yang ramai takkan la kita nak beli di kedai. Jadi memasak adalah salah satu langkah yang bijak.

Selain daripada rasanya yang sedap sebab dari air tangan sendiri. Makan pun lebih puas hati sebab kita masak banyak. Jadi takde la sampai berebut masa nak makan nanti.

resepi-daging-dendeng-1 Resepi Daging Dendeng Ala Minang Sekali Makan Ketagih Nak Lagi
agrobazaar.com.my

Cara Memilih Daging Segar

Resepi daging dendeng enak dan menggiurkan jika kita masak menggunakan daging segar. Nak pilih daging segar pun ada caranya yang tersendiri bukannya main beli sahaja di kedai. Tak susah pun nak pilih daging segar tapi perlu menggunakan teknik dan cara yang betul.

  • Perhatikan Warna Daging

Pertama sekali, masa nak beli daging tengok betul-betul warna daging. Kalau nak tahu daging segar warnanya masih merah dan nampak segar. Manakala, daging yang tidak segar kelihatan pucat dan tidak menarik.

  • Periksa Tekstur Daging

Selain itu, jika daging segar masa kita tekan ia akan terasa kenyal. Berbanding daging tidak segar yang bila kita tekan rasa lembik. Seterusnya, elakkan daripada memilih daging yang berair.

Biasanya, kalau daging kelihatan berair maknanya ia tidak segar dan terlalu lama terdedah dengan udara luar. Yang paling penting, sebelum nak membeli daging anda perlu periksa sijil halal dahulu. Pastikan penjual atau pembekal daging memiliki sijil halal.

Yer la aspek bersih dan halal ni perlu dititikberatkan agar terhindar daripada perkara yang tdak diingini. Kata orang, memasak tak kira la resepi daging dendeng ke apa kena sediakan payung sebelum hujan. Kalau nasi dah jadi bubur nak menyesal pun tiada gunanya lagi.

resepi-daging-dendeng-1 Resepi Daging Dendeng Ala Minang Sekali Makan Ketagih Nak Lagi
sebenarnya.my

In other words, an apple a day keep the doctor away. As a muslim, halal aspect is important to make sure it is hygiene and secure to eat. Sebab apa yang kita makan akan diproses menjadi darah dan daging.

Maka, aspek kebersihan dan halal merupakan satu isu yang perlu diambil serius bagi semua yang bergelar muslim. Bukan nak takutkan sesiapa tapi semua tu adalah fakta yang kita perlu ambil serius. Jangan anggap ia sebagai isu yang kita boleh pandang remeh.

  • Periksa Tarikh Luput Sebelum Beli

resepi-daging-dendeng-1 Resepi Daging Dendeng Ala Minang Sekali Makan Ketagih Nak Lagi
keluarga.my

Dan tips yang paling penting juga untuk anda amalkan daripada sekarang jika anda belum melakukannya. Sentiasa periksa tarikh luput sesuatu barang yang anda nak beli. Bukannya main ambil jer kat rak tanpa periksa tarikh luput.

Pengguna yang bijak akan periksa tarikh luput sebelum membeli barangan yang ingin dibeli. Betul tak? Cuba la amalkan cara diatas semoga ianya bermanfaat untuk semua orang.

Kebiasaannya, kalau kita nak masak masakan ni daging yang digunakan untuk memasak perlu dihiris halus. Bila dah dihiris halus, ketuk daging menggunakan lesung supaya nipis. Nanti lebih empuk dan masa nak tumis bahan kisar akan meresap ke dalam daging.

Baru la enak dimakan kerana bahan perapan meresap masuk ke dalam daging. Mmm syoknya bila nak makan sebab bahan meresap sepenuhnya dalam daging. Baru la umphh dan lebih syok bila nak makan nanti.

Masa anda goreng daging hanya perlu pastikan ia berubah warna sahaja. Jangan sampai terlalu garing kemudian angkat dan toskan seketika. Kita akan masak semula daging tadi selepas bahan kisar ditumis hingga pecah minyak.

Tips Tumis Bahan Kisar Hingga Pecah Minyak

resepi-daging-dendeng-1 Resepi Daging Dendeng Ala Minang Sekali Makan Ketagih Nak Lagi
keluarga.my

Ramai sebenarnya yang masih tak tahu macam mana nak tumis hingga pecah minyak. Disini saya akan sertakan caranya agar anda semua boleh jadikan ia sebagai rujukan bila nak masak. Pecah minyak akan berlaku jika bahan tumisan dan minyak kelihatan terapung dari bahagian tepi kuali.

Selain itu, warna sambal pun akan bertukar menjadi sedikit gelap. Selain itu, sebaiknya gunakan minyak yang banyak atau secukupnya masa nak menumis. Bagi memastikan bahan tumis masak dengan sempurna.

Baru la masakan kita tidak mudah basi dan akan tahan lebih lama. Paling penting sesiapa yang makan masakan kita tidak akan cirit birit. Yer la aspek keselamatan amat penting untuk kita titikberatkan supaya masakan kita bukan sahaja sedap.

resepi-daging-dendeng-1 Resepi Daging Dendeng Ala Minang Sekali Makan Ketagih Nak Lagi
123rf.com

Tapi selamat untuk dimakan. Betul tak? Pastikan bila kita memasak, masakan itu bersih disamping rasanya yang sedap.

Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi berkongsi resepi daging dendeng untuk kita cuba bersama. Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ini. Meh kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak.

 

Resepi Daging Dendeng Ala Minang

Bahan-bahan:

◐1 kilo daging
◐2 sudu besar ketumbar – tumbuk
◐4 sudu besar kicap manis
◐5 helai daun limau purut
◐1 batang serai – ketuk
◐Gula garam secukup rasa

BAHAN KISAR :

◐5 biji cili merah
◐1 genggam lada kering – rebus
◐1 biji bawang besar
◐6 ulas bawang putih
◐1 sudu besar ketumbar
◐2 inci halia

Cara Penyediaan:

  1. Daging yang dicuci bersih direbus dengan ketumbar hingga empuk. Kemudian, angkat dan toskan seketika.
  2. Potong daging nipis-nipis dan gaulkan dengan kicap. Kemudian, panaskan minyak serta goreng daging tadi hingga masak sempurna. Angkat dan toskan seketika.
  3. Panaskan minyak. Masukkan bahan yang dikisar dan tumis hingga naik bau dan pecah minyak bersama serai, daun limau purut.
  4. Tuangkan secawan air. Letakkan gula dan garam secukup rasa. Tambahkan daging dan kacau hingga daging empuk dan kuah kelihatan kering.
  5. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

resepi-daging-dendeng-1 Resepi Daging Dendeng Ala Minang Sekali Makan Ketagih Nak Lagi

Semoga sedikit perkongsian ini memberikan manfaat buat semua orang. Paling penting jangan lupa untuk kongsikan resepi ini untuk yang tersayang. If we love others let’s share the recipe in order we share new knowledge.

Selamat mencuba resepi ini di rumah tau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.