Hari berganti hari bulan berganti bulan dah tiba masa untuk saya kongsikan resepi daging goreng kunyit. Kebetulan dengan musim raya korban tak lama lagi mesti banyak daging lebih kan. Jadi tak nak bazirkan daging yang ada boleh la cuba sendiri resepi ini.
Pasti tak akan pernah menyesal. Yang ada makin ketagih sampai nak makan hari-hari tau. Bagi sesiapa yang pernah makan masakan ni.
Ketagih Makan Daging Goreng Kunyit Hari-Hari
Pasti mereka akan membayangkan daging yang juicy, rangup dan enak bila digoreng. Aumm sungguh menyelerakan dan membangkitkan selera makan sesiapa sahaja yang mencubanya. Kalau baru cuba pertama untuk pertama kali pasti nak lagi.
Kalau dah sememangnya penggemar daging pasti akan tertunggu-tunggu untuk kunyah daging sahaja. Dah ada depan mata tak perlu nak kata apa. Terus ngapp dan kunyah laju-laju.
Ehh macam ada pengalaman jer yang bercakap ni. Hehe sekali sekala macam tu tak salahkan. Lagi pun siapa jer mampu tepis godaan.
Bila bau resepi daging goreng kunyit yang menyelerakan dan juicy bila dikunyah. Rasanya anda pun sama macam saya kan. Mudah jer tergoda dengan masakan ni.
Haishh tak pasal-pasal air liur ni nak meleleh macam orang mengidam pula. Dah lama tak makan daging tetiba rasa kempunan sangat-sangat dah ni. Haii kena cepat-cepat masak ni.
Kita penuhi permintaan tekak yang tak kenal erti penat dan tahu nak makan jer. Ditambah dengan perut yang tak sedar yang ia dah boroi tapi masih nak makan. Selagi kita masih diberi nikmat makan la.
Daging Goreng Kunyit Wajib Ada Raya Korban
Tapi makan pun kena pilih yang menyihatkan tubuh badan yer. Bukan main makan jer semua benda yang kita nak makan. Betul tak.
Kalau musim raya korban menu wajib yang orang akan masak ialah resepi daging goreng kunyit. Memang tak lengkap jika juadah ini tidak di masak. Kita yang biasa makan pun akan rasa pelik sangat bila juadah ini tiada.
Orang kata kalau tiada juadah ni pasti raya korban terasa suram dan tak meriah. Betul ke tak anda tepuk dada dan tanya la selera masing-masing. Kalau saya memang menu ni antara menu wajib untuk kami sekeluarga.
Haish rugi sangat kalau anda tak cuba resepi ini tau. Sebut perkataan daging sahaja orang dah terliur. Ni pula kalau daging yang digoreng bersama serbuk kunyit.
Tips Dan Cara Memasak Resepi Daging Goreng Kunyit
Mesti semua orang dah bersedia dari tadi kan. Nak tahu apa tips yang biasa digunakan untuk memasak resepi daging goreng kunyit. Haa jangan risau kita akan kongsikan kepada anda yer.
-
Hiris Daging Mengikut Arah Berlawanan Daripada Garisan Urat Daging
Untuk yang suka makan daging dan tak tahu nak macam mana nak potong daging supaya tidak liat. Anda boleh cuba cara yang saya sering gunakan. Hiris daging mengikut arah berlawanan daripada garisan urat daging.
Kalau guna cari ini, baru la daging akan lembut dan empuk ketika dimasak nanti. Seterusnya, bagi memastikan daging masak dengan sempurna dan sekata. Pastikan kuantiti minyak cukup dengan kuantiti daging yang nak digoreng.
Penggunaan Minyak Yang Secukupnya
Kalau minyak terlalu sedikit, daging tidak akan masak dengan sempurna dan cepat hangit. Seterusnya, digalakkan untuk menggunakan bawang Holland atau bawang besar untuk menggoreng daging. Kerana bawang Holland dan bawang besar memberikan rasa manis pada daging goreng.
Haa kalau tak cuba tak tahu kan. Nanti cuba buat sendiri resepi ini dan makan dengan nasi panas dan sambal lada. Perghh memang menyengat sungguh keenakannya itu.
Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi berkongsi resepi daging goreng kunyit untuk kita cuba. Tanpa melengahkan masa, jom kita tengok bahan apa yang diperlukan untuk memasak.
Resepi Daging Goreng Kunyit
Bahan-bahan :
- 1 kg daging
- serbuk kunyit
- 2 inci halia dihiris
- 4 ulas bawang putih dihiris
- 2 biji bawang besar/bawang holland
- Cili merah&cili hijau hiris nipis
- Minyak secukupnya
- Garam
- Kacang panjang, carrot& kacang buncis (jika suka)
Cara penyediaan:
- Potong daging secara nipis untuk memudahkan ia dimasak. Cuci bersih daging dan letakkan kunyit dan sedikit garam. Gaul biar rata semua bahan dan ketepikan untuk seketika.
- Panaskan kuali serta letakkan daging dan tuangkan air secukupnya. Biarkan daging masak hingga empuk. Jika air menjadi kering sebelum daging empuk tambahkan air secukupnya.
- Bila daging sudah kelihatan empuk, masukkan minyak secukupnya ke dalam kuali berisi daging. Goreng daging seketika. Jika suka masukkan kacang panjang, carrot dan kacang buncis serta kacau hingga layu.
- Kemudian, taburkan bawang holland/bawang besar, bawang putih, halia dan cili yang dihiris. Kacau seketika biar bawang sedikit layu. Letakkan gula dan garam secukup rasa.
- Kacau lagi biar daging masak dengan sempurna. Tutup api. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Selamat menjamu selera. Jadikan sedikit perkongsian daripada saya ini sesuatu yang bermanfaat kepada anda semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini untuk semua orang.
Supaya mereka tahu dan cuba rasa keenakan juadah ini. Rugi sangat kalau tak cuba sebab sekali cuba pasti nak lagi.