resepi daging masak merah 14

Kalau sesiapa dah ketandusan idea nak masak boleh la cuba resepi daging masak merah. Resepi ini sungguh simple dan mudah untuk sesiapa sahaja nak masak. Tidak kira yang dah pandai masak, orang bujang atau sesiapa yang baru nak belajar masak.

Memang anda semua kena cuba sendiri resepi ini. Anda pun mesti bosan dengan menu yang sama setiap hari. Haa apa kata anda cuba resepi ini.

Makan pula dengan nasi panas dan sambal belacan perghh sedapnya. Walaupun kita rasa menu ni sangat simple dan mudah jer nak masak. Tapi kalau tidak menggunakan teknik dan cara yang betul maka rasanya tidak akan sedap.

resepi-daging-masak-merah-15 Resepi Daging Masak Merah Simple Dan Mudah Ruginya Kalau Tak Dicuba

Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya sendiri. Kekadang kita malas nak masak di rumah. Kita pesan menu ini di kedai tapi hasil yang sampai di depan mata kita terlalu mengecewakan.

Uishh kecewa sangat masa tu. Kita datang nak makan resepi daging masak merah di kedai dengan harapan dapat isi perut yang berkeroncong. Tapi lain yang diimpikan lain yang kita dapat.

Nak marah kat penjual pun tiada guna. Daripada sakit hati dan kecewa lagi baik saya masak jer sendiri kat rumah. Lagi jimat dan boleh makan sepuas hati saya.

resepi-daging-masak-merah-15 Resepi Daging Masak Merah Simple Dan Mudah Ruginya Kalau Tak Dicuba
kekuatansugesti.com

Tiada yang nak marah atau larang. Mula-mula nak masak memang rasanya tak berapa nak masuk sangat dengan tekak. Tapi lama kelamaan kita try and error.

Kemudian saya suka bertanya orang tua atau kawan-kawan yang lagi pandai masak untuk bertanyakan tips. Lepas dua kali masak terus rasa masakan menepati citarasa saya. Fuhh masa tu rasa nak jerit jer dan bagi tahu semua.

Kita dah berjaya masak resepi daging masak merah. Puas hati sangat dan kalau boleh nak masak benda yang sama setiap hari. Yer la sebab dah pandai kan automatik rasa bangga dengan diri sendiri.

resepi-daging-masak-merah-15 Resepi Daging Masak Merah Simple Dan Mudah Ruginya Kalau Tak Dicuba
astroawani.com

Biar la orang nak kata eleh masakan simple dan mudah jer pun. Tapi apa salahnya saya nak reward diri sendiri dengan puji diri sendiri. Kalau kita tak puji diri sendiri nak harapkan siapa lagi kan.

Asalkan tak jadikan kita riak tiada masalah pun nak puji diri sendiri. We must proud of ourselves. Macam mana kita nak hargai usaha orang lain kalau usaha kita sendiri pun kita tak hargai.

Cara Memasak Resepi Daging Masak Merah

Mesti ramai jer yang tertanya-tanya apa rahsia resepi daging masak merah yang sedap dan enak. Yer la kita bukan masak untuk diri kita jer kan. Tentu la kita nak masak masakan yang sedap dan enak untuk yang tersayang.

resepi-daging-masak-merah-15 Resepi Daging Masak Merah Simple Dan Mudah Ruginya Kalau Tak Dicuba
food.detik.com

Antara cara yang saya guna untuk memasak juadah ini ialah saya guna daging sirloin. Atau kita lebih sinonim dengan nama daging batang pinang. Memang semua orang tahu yang daging bahagian ini sangat lembut dan enak bila dimakan.

Aumm automatik mulut ni tak sabar nak kunyah daging hehe. Jangan masak guna daging yang bercampur dengan urat atau lemak yer. Nanti susah kita nak kunyah sebab terlalu kenyal.

Kesian kat orang tua kita yang giginya yang tak berapa nak kuat nak kunyah. Daging bahagian sirloin sungguh lembut kerana ototnya kurang bergerak. Yer la daging ni biasanya terletak di celah peha bahagian kaki belakang lembu.

resepi-daging-masak-merah-15 Resepi Daging Masak Merah Simple Dan Mudah Ruginya Kalau Tak Dicuba
welovequrban.com

Atau orang lebih kenali ia dengan daging harimau menangis. Harganya sedikit mahal tapi berbaloi dengan kualiti dagingnya. Selain itu, masa nak rebus daging titikkan pewarna bukannya sirap.

Sebab sirap akan menghasilkan bau yang kurang enak berbanding pewarna. Dulu masa mula-mula belajar masak. Saya pernah masukkan sirap ke dalam rebusan daging.

Hasilnya, masa makan daging saya rasa tak sedap. Memang tak menyangkut dengan selera saya. Memang mula-mula tu rasa sedih tapi saya selalu try and error.

resepi-daging-masak-merah-15 Resepi Daging Masak Merah Simple Dan Mudah Ruginya Kalau Tak Dicuba
tudungsicomel.com

Bila tanya kawan-kawan macam mana cara nak hasilkan warna merah pada daging tapi tak nak guna sirap. Kebanyakan cadangkan kepada saya untuk gunakan pewarna. Memang lepas guna tips daripada mereka masakan saya terus rasa sedap semacam jer.

Hehe dah takde rasa yang kurang enak bila kita kunyah. Yang ada rasa sedap hingga tak sedar berapa pinggan dah tambah nasi. Nyum nyum nyum.

Tips Memilih Daging Segar

resepi-daging-masak-merah-15 Resepi Daging Masak Merah Simple Dan Mudah Ruginya Kalau Tak Dicuba
profhariz.com
  • Perhatikan Warna Daging Terlebih Dahulu

Nak memasak masakan yang enak mesti menggunakan bahan-bahan yang segar. Jadi antara tips nak memilih daging segar ialah tengok warna daging. Jika daging masih segar warnanya akan kemerahan manakala daging tidak segar kelihatan pucat.

  • Periksa Keadaan Daging

Selain itu, jika daging masih segar ia tidak akan berair. Kalau yang jenis daging berair biasanya ia sudah lama terdedah dengan udara bebas. Seelok-eloknya perhatikan betul-betul semasa nak membeli daging.

  • Periksa Tekstur Daging

Seterusnya, daging yang masih segar biasanya kalau kita tekan akan terasa sedikit kenyal. Kalau daging yang nampak lembik dan tidak berapa kenyal bila ditekan biasa tidak segar. Biasa kalau kita guna daging yang masih segar ia akan memberikan rasa enak kepada masakan kita.

  • Periksa Sijil Halal

Paling penting sekali, sebelum nak membeli daging anda kena pastikan kedai berkenaan mempunyai sijil halal. Apa-apa yang kita makan nanti akan jadi darah dan juga daging kita. Sebaiknya, sebelum nak beli periksa sijil halal terlebih dahulu.

  • Periksa Tarikh Luput Sesuatu Barangan Sebelum Membelinya

Jangan ambil remeh isu ini kerana ia melibatkan soal halal dan haram. Akhir sekali periksa juga tarikh luput agar daging yang dibeli masih segar. Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin yang sudi berkongsi resepi daging masak merah untuk dicuba bersama.

Semoga puan dimurahkan rezeki kerana tidak lokek ilmu dengan kami semua. Tanpa buang masa, meh kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak resepi ni.

Resepi Daging Masak Merah

Bahan-bahan:

  • 400 g daging (tak perlu potong lagi)
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 1/2 biji bawang besar (potong memanjang)
  • 5 biji cili hijau (diketuk)
  • 2 biji cili merah (dipotong serong)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan cili giling
  • 1 cawan air rebusan daging
  • Secubit garam
  • Sedikit gula

resepi-daging-masak-merah-15 Resepi Daging Masak Merah Simple Dan Mudah Ruginya Kalau Tak Dicuba

Bahan-bahan yang simple aje.

Cara penyediaan:

  1. Cuci daging hingga bersih kemudian rebus ia hingga empuk. Angkat dan toskan seketika daripada air rebusan daging.
  2. Kemudian, hiris daging nipis-nipis dan ketepikan untuk seketika.
  3. Panaskan minyak. Kemudian, masukkan halia dan bawang putih. Tumis hingga kekuningan dan naik bau.
  4. Tambahkan cili giling. Kacau hingga terbit minyak sedikit atau pecah minyak.
  5. Tambahkan sos tiram, sos cili dan air rebusan daging. Kacau lagi sekali biar ia sebati. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  6. Kemudian, tambahkan daging yang siap dihiris nipis. Kacau lagi biar kuah meresap ke dalam daging.
  7. Akhir sekali, taburkan bawang besar dan cili untuk makanan nampak menarik. Kacau biar ia layu seketika.
  8. Tutup api. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.

resepi-daging-masak-merah-15 Resepi Daging Masak Merah Simple Dan Mudah Ruginya Kalau Tak Dicuba

Rebus dulu daging bagi empuk.

resepi-daging-masak-merah-15 Resepi Daging Masak Merah Simple Dan Mudah Ruginya Kalau Tak Dicuba

Baru potong nipis macam ni.

resepi-daging-masak-merah-15 Resepi Daging Masak Merah Simple Dan Mudah Ruginya Kalau Tak Dicuba

Tumis bawang putih dan halia.

resepi-daging-masak-merah-15 Resepi Daging Masak Merah Simple Dan Mudah Ruginya Kalau Tak Dicuba

Masukkan cili giling.

resepi-daging-masak-merah-15 Resepi Daging Masak Merah Simple Dan Mudah Ruginya Kalau Tak Dicuba

Baru tambah sos tiram.

resepi-daging-masak-merah-15 Resepi Daging Masak Merah Simple Dan Mudah Ruginya Kalau Tak Dicuba

Tambah lagi sos cili.

resepi-daging-masak-merah-15 Resepi Daging Masak Merah Simple Dan Mudah Ruginya Kalau Tak Dicuba

Masukkan air rebusan daging tu sikit.

resepi-daging-masak-merah-15 Resepi Daging Masak Merah Simple Dan Mudah Ruginya Kalau Tak Dicuba

Tambah secubit garam.

resepi-daging-masak-merah-15 Resepi Daging Masak Merah Simple Dan Mudah Ruginya Kalau Tak Dicuba

Tambahkaan gula secukupnya jika suka.

resepi-daging-masak-merah-15 Resepi Daging Masak Merah Simple Dan Mudah Ruginya Kalau Tak Dicuba

Masukkan daging yang dipotong tadi.

resepi-daging-masak-merah-15 Resepi Daging Masak Merah Simple Dan Mudah Ruginya Kalau Tak Dicuba

Last sekali masukkan bawang dan cili sebagai hiasan.

resepi-daging-masak-merah-15 Resepi Daging Masak Merah Simple Dan Mudah Ruginya Kalau Tak Dicuba

Dah siap.

resepi-daging-masak-merah-15 Resepi Daging Masak Merah Simple Dan Mudah Ruginya Kalau Tak Dicuba

Mmmm… yummy…

Semoga sedikit perkongsian ini memberi sejuta manfaat buat semua. Kongsikan resepi ini kepada semua kenalan, keluarga dan insan yang tersayang. Selamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.