resepi singgang daging 2

Musim raya korban dah dekat? Tetiba teringin nak makan resepi daging singgang yang mudah dan simple. Yer la, daging banyak tapi tak tahu nak masak apa?

Ehh jangan risau sebab setiap masalah tu ada jalan penyelesaiannya. So, do not worry and be happy ok? Kita faham bila daging banyak sangat dapat masa raya haji.

Otak ni rasa macam tak dapat nak fikir nak masak apa kan? Haha kalau nak tahu daging yang banyak tu boleh jer buat resepi daging singgang. Sedap sangat rasanya.

resepi-daging-singgang-2 Resepi Daging Singgang Kuah Kaww. Menu Wajib Bila Musim Raya Haji

Biar la orang cakap kita ni mulut asyik nak makan jer. Takpe, biarkan mereka berkata-kata sebab bukannya kita minta duit  mereka untuk makan. Selagi Allah SWT bagi nikmat rasa kat kita.

Makan la apa yang kita nak makan asalkan tidak membawa kepada kemudaratan di kemudian hari. Boleh jer makan tapi jangan sampai memudaratkan kesihatan kita. Dan saya tetiba teringatkan satu ayat yang kawan saya selalu kata kat saya.

Nak tahu tak apa ayatnya?  Jeng jeng jeng.. manusia ni takkan tahu nilai sesuatu nikmat kecuali bila nikmat tu sudah hilang. Bila saya dengar hati saya sangat tertarik dengan ayatnya tu.

resepi-daging-singgang-2 Resepi Daging Singgang Kuah Kaww. Menu Wajib Bila Musim Raya Haji

Memang betul pun manusia ni perangainya sebegitu. Jadi, selagi ada nikmat rasa selagi tu la guna sebaik mungkin. Haa tak salah nak makan banyak mana pun asalkan tidak memudaratkan kesihatan.

Makan tu makan jugak. Tapi mesti ada tertanya-tanya macam mana cara nak lembutkan daging lembu kan? Sebab biasa kalau kita makan resepi daging singgang mesti ada dagingnya yang liat.

Kalau orang tua yang guna gigi palsu pasti susah nak makan. Orang muda pun macam tu  juga kalau dah daging tu liat. Betul tak?

resepi-daging-singgang-2 Resepi Daging Singgang Kuah Kaww. Menu Wajib Bila Musim Raya Haji
facebook.com

Cara nak lembutkan daging supaya daging singgang sedap

Jadi cara nak lembutkan daging ialah kita guna daun salam. Tak kenal daun salam? Nanti cuba tanya orang-orang tua atau kalau nak lagi senang search jer kat google.

Banyak jer image daun salam jadi lagi senang nak cari. Mesti ada yang tanya betul ke berkesan kalau guna daun salam ni? Orang cakap, kalau tak cuba tak tahu kan?

Petua ni saya dapat dari nenek sebelah mak. Nenek yang ajar mak dan mak bagitahu kepada anak-anaknya termasuk saya. Sesiapa yang pernah cuba cara ni pasti tahu akan keberkesanannya.

resepi-daging-singgang-2 Resepi Daging Singgang Kuah Kaww. Menu Wajib Bila Musim Raya Haji
health.detik.com

Daun salam boleh digunakan dalam masakan resepi daging singgang, sup daging dan masa rebus daging. Caranya mudah sahaja tinggal kita masukkan 2/ tiga helai daun salam bersama daging. Bila daging dah lembut boleh la keluarkan daun salam lalu daging boleh dimasak seperti biasa.

Simple kan? Kiranya daun salam ni membantu kita melembutkan daging jadi proses memasak jadi lebih senang. Bestnya kan?

Satu lagi cara nak lembutkan daging ialah gunakan sedikit soda bikarbonat. Ehh peliknya. Japp baca dulu sampai habis baru la judge ok? Caranya, kita potong daging biar nipis-nipis lepas tu masukkan secubit soda bikarbonat.

resepi-daging-singgang-2 Resepi Daging Singgang Kuah Kaww. Menu Wajib Bila Musim Raya Haji
shopee.com.my

Secubit jer tau. Jangan banyak nanti daging kita tu berbau soda bikarbonat. Kang ada yang menangis tak berlagu pula nanti.

Kemudian, gaul rata semua bahan tu. Dan boleh la perap lebih kurang 10 minit. Bagi soda bikarbonat tu lembutkan daging seketika.

Lepas tu boleh la kita nak goreng daging tu macam biasa. Dan terbukti masa kunyah daging tu memang lembut. Takde la makan tu rasa liat macam sebelum-sebelum ni.

resepi-daging-singgang-2 Resepi Daging Singgang Kuah Kaww. Menu Wajib Bila Musim Raya Haji
yogadork.com

Haa jadi anda boleh pilih nak guna mana-mana cara yang anda suka. Takde yang nak halang atau marah. Sebab kita yang masak dan nak makan kan?

Jadi ikut suka kita la kan nak masak macam mana pun. Asalkan masakan kita tu sedap dan selamat untuk di makan. Orang lain takde hak nak condemn kan?

Terima kasih diucapkan kepada Puan Bahiah Saripuddin. Sudi menyumbangkan resepi daging singgang untuk kita cuba bersama. Tanpa buang masa lagi, jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak resepi ini.

RESEPI DAGING SINGGANG

Bahan-bahan:

  • 400gram daging lembu segar (potong kecil)
  • 2 inci lengkuas (potong menyerong)
  • 1 biji bawang merah (mayang je)
  • 8 biji bawang putih (ketuk je)
  • 2 keping asam keping
  • 10gram ketumbar (ditumbuk)
  • 400ml air putih (agak-agak je)
  • Garam dan gula

resepi-daging-singgang-2 Resepi Daging Singgang Kuah Kaww. Menu Wajib Bila Musim Raya Haji

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula, biji ketumbar ditumbuk biar separuh hancur. Kemudian, bawang merah dimayang halus dan lengkuas dihiris.
  2. Setelah itu, campurkan bahan semua sekali. Panaskan periuk dengan api yang perlahan lalu masukkan air secukupnya. Ianya bagi membolehkan daging  masak dengan empuk dan lembut.
  3. Bila kuah sudah mendidih, gula dan garam dimasukkan secukupnya. Biarkan ia mendidih seketika dan daging dimasak hingga empuk. Jika nak nampak lagi menarik dan sedap masukkan cili kering. Tutup api.
  4. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan.

resepi-daging-singgang-2 Resepi Daging Singgang Kuah Kaww. Menu Wajib Bila Musim Raya Haji

Semoga sedikit perkongsian yang diberikan ini memberi manfaat kepada semua orang. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada keluarga, kenalan rapat dan insan tersayang. Let’s spread our love through cooking.

In order for them to know that we love them we can make a delicious food for them to eat. Sometimes, if we love someone we do not tell them straight away right? But we can cook for them.

So, the person can feel our feeling for them. Am I right? Tepuk dada, tanya hati masing-masing.

Jangan lupa untuk mencuba resepi ini di rumah yer. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera bersama yang tersayang.

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.