resepi donut gebu gebas 1

Resepi donut gebu gebas antara kegemaran makanan kegemaran rakyat Malaysia. Tidak kira lapisan umur samaada  muda atau tua semuanya menggemarinya. Aumm, lagi-lagi kalau teksturnya yang gebu, lembut dan enak.

Disebabkan rasanya yang enak dan gebu ramai yang jadikannya sebagai sarapan pagi dan minum petang. Nyum nyum nyum sedap sekali bila makan donut sambil santai-santai dengan yang tersayang. Anda kena juga cuba buat sendiri donut ni baru anda tahu betapa hebat rasanya.

Dulu saya pun lebih suka beli kat kedai berbanding masak sendiri. Tapi disebabkan dah beberapa kali saya terbeli donut yang bila dah sejuk rasa keras dan kurang enak. Disebabkan sakit hati satu hari saya terfikir apa kata saya buat donut sendiri.

resepi-donut-gebu-gebas-1 Resepi Donut Gebu Gebas dan Sedap Khas Buat Santapan Seisi Keluarga.

Haa mesti rasa donut yang kita buat sendiri dua kali ganda sedap berbanding kat kedai. Jadi lepas saya tanya kawan-kawan tentang cara nak buat donut yang gebu. Dan setelah beberapa kali try and error yang menyebabkan saya putus asa.

Akhirnya berkat usaha saya yang tak kenal erti putus asa. Saya berjaya membuat resepi donut gebu yang sedap sekali. Yeay puas hati tu memang sampai speechless.

Sebab tak sangka saya dapat hasilkan donut kegemaran saya seisi keluarga. Mula-mula dulu memang mindset ni selalu kata susah la nak buat. Beli jer la senang tak perlu nak susah-susah masak sendiri.

resepi-donut-gebu-gebas-1 Resepi Donut Gebu Gebas dan Sedap Khas Buat Santapan Seisi Keluarga.
oneyearnobeer.com

Tapi lepas saya positifkan diri sendiri akhirnya saya dapat buat donut yang kena dengan selera saya. Haish tetiba terbayangkan donut yang gebu di dalam rangup diluar. Makan pula masa santai waktu petang perghh memang best giler.

Untuk topping donut kita boleh pilih samaada nak letak gula, coklat ganache dan sebagainya. Semuanya terpulang kepada citarasa masing-masing. Nanti kita juga nak makan bukannya orang lain.

Cara Membuat Donut Gebu Gebas

resepi-donut-gebu-gebas-1 Resepi Donut Gebu Gebas dan Sedap Khas Buat Santapan Seisi Keluarga.

Nak hasilkan rasa kuih yang sedap kita perlu menggunakan teknik dan cara yang betul. Kalau kita ikut betul-betul caranya kita dapat hasilkan resepi donut gebu gebas yang lembut dan enak. Perlu diingatkan kalau nak hasilkan donut yang gebu.

  • Uli Tapak/Base/Doh Dengan Teknik Yang Betul

Kita perlu uli betul-betul tapak/base/doh supaya hasilnya akan menjadi seperti yang kita inginkan. Justeru itu, yis memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan donut yang gebu. Jika yis kelihatan berbuih setelah dicampur dengan air suam.

resepi-donut-gebu-gebas-1 Resepi Donut Gebu Gebas dan Sedap Khas Buat Santapan Seisi Keluarga.

Maka yis tersebut dikira ‘hidup’ dan sesuai untuk dijadikan donut. Jangan bancuh yis menggunakan air panas yer. Nanti yis akan ‘mati’ dan doh tidak akan mengembang.

  • Elakkan Uli Doh Dalam Tempoh Yang Terlalu Lama

Diingatkan masa uli doh kita tak perlu nak uli lama-lama. Cukup sekadar pastikan bahan-bahan dah sebati.

  • Rehatkan Doh Seketika 

resepi-donut-gebu-gebas-1 Resepi Donut Gebu Gebas dan Sedap Khas Buat Santapan Seisi Keluarga.

Kita rehatkan seketika doh tersebut supaya ia mengembang. Bila dah kembang semangkuk kita tumbukkan adunan untuk buangkan angin yang ada dalam doh. Senang jer bayangkan anda tumbuk mulut mak cik bawang yang suka mengata orang sana sini tu.

Bentukkan Donut Ikut Saiz Kesukaan Anda

Baru lagi syok dan bersemangat nak hasilkan resepi donut gebu gebas hehe. Selepas siap bentukkan donut ikut saiz yang anda suka. Susun donut di atas dulang/loyang dengan jarakkan antara satu sama lain.

  • Susun Donut Dengan Jarakkan Antara Satu Sama Lain

Nanti bila donut mengembang ia tidak akan bersentuhan satu sama lain. Dan kekal cantik dan kemas. Tips nak menggoreng donut, pastikan anda menggunakan api yang perlahan.

Gunakan Api Perlahan Untuk Menggoreng

Bagi memastikan donut masak dengan sekata. Bila dah siap goreng, saya akan bagi cara paling senang nak taburkan gula pada donut. Caranya, masukkan donut ke dalam zip lock bag bersama gula.

Kemudian goncang zip lock bag supaya gula bersalut dengan donut. Uishh memang memudahkan kerja kalau anda gunakan cara ni. Jadi tak perlu risau jika gula tak bersalut pada donut.

We must work smarter not work harder. Sebab work smarter dengan work harder adalah dua perkara yang berbeza. Jadi kita yang hidup di zaman teknologi perlu work smarter bukannya work harder.

resepi-donut-gebu-gebas-1 Resepi Donut Gebu Gebas dan Sedap Khas Buat Santapan Seisi Keluarga.
greatperformersacademy.com

Terima kasih Raja Amanina yang sudi berkongsi resepi donut gebu gebas untuk dicuba bersama. Semoga anda dimurahkan rezeki kerana sudi berkongsi resepi ini kepada kami. Dah tak sabar nak masak kan semua?

Meh kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat donut yang ramai kata gebu ni. Sekali cuba nak lagi. Kalau tak dapat nak makan donut ni pasti akan terbawa-bawa dalam mimpi.

Haa hebat sungguh penangan donut ini. Jadi tunggu apa lagi. Takkan la nak lepaskan peluang keemasan untuk belajar buat sendiri resepi ini.

Resepi Donut Gebu Tanpa Telur

Bahan-bahan:
1 paket yis@mauripan 11gm
2 sudu makan gula
2 sudu makan susu pekat
1 cawan air suam
*satukan semua bahan dan biarkan hingga berbuih
*kalau nak buat donut pandan tambahkan pewarna hijau&coconut emulco@esen pandan
4 cawan tepung gandum
2 sudu makan marjerin
2 sudu makan minyak masak
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam

resepi-donut-gebu-gebas-1 Resepi Donut Gebu Gebas dan Sedap Khas Buat Santapan Seisi Keluarga.

Cara Penyediaannya:

  1. Satukan tepung gandum, marjerin, garam, minyak, baking powder dan ramas ramas hingga sebati.
  2. Masukkan bancuhan yis yang berbuih dan uli hingga jadi doh lembut(uli manja manja sekadar sebati je).
  3. Perap adunan lebih kurang 1 jam. Bila dah kembang tumbuk tumbuk doh untuk keluarkan angin.
  4. Bentukkan@terapkan donut(nina pakai gelas je lubang tu buat pakai penutup botol. Biarkan donut naik kembang.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga perang. Bila dah keperangan, angkat dan toskan setika sebelum dihidangkan untuk seisi keluarga.

resepi-donut-gebu-gebas-1 Resepi Donut Gebu Gebas dan Sedap Khas Buat Santapan Seisi Keluarga.

Nak memasak memerlukan kesabaran yang tinggi. Kalau tak sabar mesti kita tak dapat hasilkan donut yang cantik dan sedap. Memasak resepi ni juga perlukan fokus yang tinggi.

Kalau tak fokus nanti donutnya tak menjadi. Yang jadinya donut bertukar menjadi jemput-jemput.

Semoga sedikit ilmu yang dikongsikan memberi manfaat untuk kita semua. Kongsikan resepi ini kepada insan yang anda sayangi. Selamat mencuba.