resepi getuk ubi kayu goreng 1

Siapa pernah cuba makan resepi getuk ubi kayu goreng? Mesti ramai yang mengakui keenakannya kan? Bentuk pun comel jer seperti bebola yang mesti menjadi kesukaan anak-anak nanti.

Juadah ni sangat sesuai untuk dimakan ketika sarapan pagi dan minum petang. Memang syok sangat makan sambil santai bersama keluarga. Tambahan lagi kita kan sekarang masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Mesti bosan kan sarapan atau minum petang dengan menu yang sama setiap hari. Jadi boleh la cuba menu ni nanti. Pasti ramai yang akan setuju yang resepi ni memang sedap dan syok dimakan.

resepi-getuk-ubi-kayu-goreng-1 Resepi Getuk Ubi Kayu Goreng Kesukaan Semua. Bentuk Comel Macam Bebola

Dah la teksturnya yang rangup bila dikunyah. Rasa resepi getuk ubi kayu goreng ni pun memang boleh membuatkan ramai tergoda. Hehehe sekali cuba memang terbayang-bayang sampai esok keenakannya tu.

Kalau tak cuba gerenti menyesal tak sudah. Jadi tunggu apa lagi? Anda semua kena la cuba nanti.

resepi-getuk-ubi-kayu-goreng-1 Resepi Getuk Ubi Kayu Goreng Kesukaan Semua. Bentuk Comel Macam Bebola
kredit gambar: shopee.com.my

Bahan utama untuk memasak resepi getuk ubi kayu goreng ialah ubi kayu. Jadi mesti kita kena pastikan yang kita beli ubi kayu yang bagus dan berkualiti. Tapi mesti ada dalam kalangan kita yang ada masalah nak memilih ubi kayu yang bagus.

Sebab tu kita kena tahu cara memilih ubi kayu yang bagus. Kalau dah tahu ilmu nak memilih ubi kayu nanti lagi senang nak beli. Takde la pening kepala setiap kali nak beli ubi kayu tu.

Cara Memilih Ubi Kayu Yang Bagus

  • Perhatikan Lapisan Kulit Dalam Ubi Kayu

Sebelum nak beli ubi kayu sebaiknya kita perhatikan dulu. Lapisan kulit dalam ubi kayu. Jika lapisan ubi kayu berwarna merah jambu lebih empuk bila direbus.

Berbeza dengan lapisan kulit dalam ubi kayu yang berwarna putih. Jadi semuanya terpulang pada diri sendiri. Kalau nak yang empuk bila direbus.

Pilih la yang sesuai supaya bila makan nanti ianya lebih empuk dan menyelerakan. Hehe sesuai la dengan citarasa yang kita nakkan.  Aumm sedapnya.

  • Perhatikan Ubi Yang Mempunyai Kesan Luka Atau Berlubang

Semasa nak membeli ubi kayu. Kita perhatikan dulu jika ubi kayu tersebut mempunyai kesan luka atau berlubang. Seeloknya, elakkan daripada membeli ubi kayu yang ada ciri-ciri di atas.

Dikhuatiri ubi kayu tersebut dah masuk angin. Memang kalau nak buat masak apa pun tak sedap dan bila rebus pun akan keras. Maka pilih la ubi kayu yang bagus dan berkualiti.

Huhu kalau kat kampung biasa ubi kayu yang dah masuk angin. Memang akan menjadi makanan ayam jer. Yer la sebab tak sedap dan keras juga kalau nanti dimasak.

 

resepi-getuk-ubi-kayu-goreng-1 Resepi Getuk Ubi Kayu Goreng Kesukaan Semua. Bentuk Comel Macam Bebola
kredit gambar: vanillakismis.my

Sebaiknya pilih ubi kayu yang masih lembap dan ada kesan tanah. Haa baru la bila rebus akan empuk dan enak. Hmm sedapnya kalau buat resepi getuk ubi kayu goreng.

Nanti bila nak memilih ubi kayu boleh la guna cara di atas. Lepas ni dah tak perlu nak pening kepala dah untuk memilih ubi kayu yang berkualiti.

Bestnya bila terbayangkan ubi kayu. Macam-macam resepi dah bermain kat dalam fikiran ni. Antaranya bestnya kalau masak pengat, bubur atau sira.

Perghh sedapnya makan sambil santai-santai bersama yang tersayang.

Cara Pilih Tepung Beras

Selain daripada pentingnya kita ketahui cara nak memilih ubi kayu yang bagus. Kita juga perlu tahu cara pilih tepung beras yang sesuai untuk masakan kita. Maka bagi mengelakkan anda semua rasa pening bila nak beli tepung beras.

Saya akan kongsikan cara pilih tepung beras. Meh kita sama-sama baca dan catat cara ni untuk dijadikan panduan bila nak membeli. Meh kita usha hehe.

Kalau sebelum ni kita main beli jer tepung beras. Yer la sebab tak tahu rupa-rupanya setiap tepung beras tu berlainan kegunaannya. Ehh betul ke?

Tapi saya main beli jer. Macam mana? Haa tak payah kalut-kalut kita terangkan satu persatu yer.

  • Tepung Beras Cap Teratai

resepi-getuk-ubi-kayu-goreng-1 Resepi Getuk Ubi Kayu Goreng Kesukaan Semua. Bentuk Comel Macam Bebola
kredit gambar: shopee.com.my

Biasa kalau tepung beras cap teratai memang sesuai sangat untuk masakan seperti rempeyek atau apam. Memang sedap sangat kalau kita masak juadah ni menggunakan tepung beras cap teratai.

  • Tepung Beras Cap 1 Gajah

resepi-getuk-ubi-kayu-goreng-1 Resepi Getuk Ubi Kayu Goreng Kesukaan Semua. Bentuk Comel Macam Bebola
kredit gambar: rasa.my

Kalau nak tahu, tepung beras cap 1 gajah ni memang sedap dimasak dengan pelbagai juadah. Ianya sedap sangat dibuat adunan untuk gorengan. Antaranya goreng pisang, keladi, keledek cempedak dan sebagainya.

  • Tepung Beras Cap 3 Gajah

resepi-getuk-ubi-kayu-goreng-1 Resepi Getuk Ubi Kayu Goreng Kesukaan Semua. Bentuk Comel Macam Bebola
kredit gambar: shopee.com.my

Tepung beras cap 3 Gajah memang sesuai untuk membuat kuih tradisional. Memang best sangat kalau guna tepung cap ni untuk membuat kuih. Biasa kuih tradisional yang sedap sangat dimasak menggunakan tepung ni ialah kuih koci.

Ehh bukan kuih tu jer tau. Semua kuih sedap bila dimasak menggunakan tepung cap ni. Hasilnya nanti kuih akan lebih lembut dan berkilat bila guna tepung cap ni. Wahh mesti dah ramai rasa teruja kan nak memasak?

Jap la kita sambung sikit jer lagi hehe.

  • Tepung Beras Cap 5 Gajah

resepi-getuk-ubi-kayu-goreng-1 Resepi Getuk Ubi Kayu Goreng Kesukaan Semua. Bentuk Comel Macam Bebola
kredit gambar: rasa.my

Wahh banyak rupanya cap tepung beras ni. Ingatkan sama jer semuanya kan hehe. Seterusnya, tepung beras cap 5 gajah memang sesuai untuk dibuat pelbagai jenis mee atau laksa.

Rasanya memang enak serta teksturnya juga lebih kental. Jadi kalau nak tahu rahsia mee dan laksa sedap di kedai. Salah satunya disebabkan penggunaan tepung beras cap 5 gajah ni la.

Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin yang sudi berkongsi resepi getuk ubi kayu goreng. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki untuk selalu berkongsi dengan kami. Tanpa buang masa lagi, meh kita usha apa bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak.

 

Resepi Getuk Ubi Kayu Goreng

Bahan-bahan:

1 kilogram ubi kayu
1 mangkuk kelapa parut muda
1 cawan tepung beras
Secubit garam
Secubit serbuk kunyit
1 biji telur
Sedikit air

resepi-getuk-ubi-kayu-goreng-1 Resepi Getuk Ubi Kayu Goreng Kesukaan Semua. Bentuk Comel Macam Bebola

Bahan-bahan yang diperlukan.

 

Cara Penyediaan:

resepi-getuk-ubi-kayu-goreng-1 Resepi Getuk Ubi Kayu Goreng Kesukaan Semua. Bentuk Comel Macam Bebola

Potong kecil-kecil dulu nak bagi cepat empuk. Masukkan sedikit garam. Kemudian, rebus sehingga ia empuk dan toskan bagi kering.

 

resepi-getuk-ubi-kayu-goreng-1 Resepi Getuk Ubi Kayu Goreng Kesukaan Semua. Bentuk Comel Macam Bebola

 Tumbuk ubi kayu yang siap direbus dengan lesung batu baru cepat hancur.

 

resepi-getuk-ubi-kayu-goreng-1 Resepi Getuk Ubi Kayu Goreng Kesukaan Semua. Bentuk Comel Macam Bebola

Gaulkan bersama kelapa parut muda, garam dan gula.

 

resepi-getuk-ubi-kayu-goreng-1 Resepi Getuk Ubi Kayu Goreng Kesukaan Semua. Bentuk Comel Macam Bebola

Buat bulat-bulat kecil macam begedil/bebola pun okey. Gentel semua macam ni senang.

 

resepi-getuk-ubi-kayu-goreng-1 Resepi Getuk Ubi Kayu Goreng Kesukaan Semua. Bentuk Comel Macam Bebola

Satukan tepung beras, garam kunyit dan sedikit air. Tambahkan telur.

 

resepi-getuk-ubi-kayu-goreng-1 Resepi Getuk Ubi Kayu Goreng Kesukaan Semua. Bentuk Comel Macam Bebola

Masukkan ubi tadi dalam bancuhan tepung.

 

resepi-getuk-ubi-kayu-goreng-1 Resepi Getuk Ubi Kayu Goreng Kesukaan Semua. Bentuk Comel Macam Bebola

Goreng dalam minyak tenggelam baru cantik tau. Cheyah ni kekonon jimat minyak. Goreng hingga garing baru sedap nak makan nanti.

 

resepi-getuk-ubi-kayu-goreng-1 Resepi Getuk Ubi Kayu Goreng Kesukaan Semua. Bentuk Comel Macam Bebola

Taraaaa dah siap. Sekali makan terus licin.

 

Semoga perkongsian mengenai resepi ini dapat memberikan manfaat buat kita semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ni dengan yang tersayang. Believe in yourselves that you can cook. 

Do not give up. InshaAllah kita pun mampu masak sesedap orang lain. Bila kita percaya kita boleh maka tindakan kita pun akan ke arah itu.

Selamat mecuba yer semua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.