resepi gulai ikan tongkol nasi berlauk kelantan 1

Craving nak makan resepi gulai ikan tongkol nasi berlauk kelantan? Perghh sedapnya kalau dapat makan sekarang. Yer la dah mengidam nak makan lama dah tapi disebabkan PKP maka tak boleh keluar.

Anda semua jangan risau. Memang la disebabkan PKP kita tak dapat keluar. Yer la kan kita rakyat Malaysia nak bersatu untuk putuskan rantaian Covid 19?

Tapi dapur kat rumah kita tetap kena ‘berasap’ kan? Kalau tak kelaparan la kita semua. Jadi saya akan kongsikan untuk anda semua resepi gulai ikan tongkol nasi berlauk kelantan.

resepi-gulai-ikan-tongkol-nasi-berlauk-kelantan-2 Resepi Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk Kelantan. Perghh Nyakut Selera Bohh
freepik.com

Lepas ni kalau rasa terlintas jer kat dalam fikiran nak makan menu ni. Boleh jer terus masak. Tak perlu pening kepala nak fikir untuk beli kat kedai.

Jangan risau tentang sedap ke tak. Pegang jer ayat ni. Kalau kita masak dengan hati yang ikhlas dan niat untuk gembirakan hati yang tersayang.

InshaAllah masakan kita akan jadi sedap. Lagipun sampai bila kita nak bagi alasan tak pandai masak dan hanya mampu beli jer? Takkan sampai dah ada cucu cicit masih nak bagi alasan sama?

resepi-gulai-ikan-tongkol-nasi-berlauk-kelantan-2 Resepi Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk Kelantan. Perghh Nyakut Selera Bohh
facebook.com

Huhu malu kan kat anak cucu? Jadi apa kata mulai hari ni kita semua belajar untuk masak resepi gulai ikan tongkol nasi berlauk kelantan? Sama-sama kita semua pikat hati keluarga dengan masakan kita.

Makin bahagia la keluarga kita nanti kan? Yer la tu kan petua orang-orang tua dahulu. Kalau nak pikat hati suami atau anak-anak adalah dengan masakan.

Pada yang masih bujang anda pun kena take note tau. Nanti bila dah ada family sendiri boleh gunakan tips ni. Betul kan apa yang saya cakap?

resepi-gulai-ikan-tongkol-nasi-berlauk-kelantan-2 Resepi Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk Kelantan. Perghh Nyakut Selera Bohh
148apps.com

Berbalik kepada resepi gulai ikan tongkol nasi berlauk kelantan. Meh saya kongsikan cara memilih ikan tongkol yang segar

Cara Memilih Ikan Tongkol Yang Segar

  • Perhatikan Mata Ikan

Sebelum kita nak membeli ikan tongkol di pasar. Cuba kita sama-sama perhatikan mata ikan. Ehh jangan tenung lama-lama sangat hahaa.

Mata ikan segar biasanya jernih, cerah, timbul dan menonjol. Manakala, mata ikan tidak segar berwarna merah menyala, tenggelam, pudar dan sembap. Perghh kadang-kadang menakutkan juga kalau tenung mata ikan tak segar ni.

resepi-gulai-ikan-tongkol-nasi-berlauk-kelantan-2 Resepi Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk Kelantan. Perghh Nyakut Selera Bohh
myresipi.com

Merahnya seperti nak ngapp jer kita. Ishh ish ishh. Maka hati-hati la kalau nak tenung mata ikan tu yer. Ehh bukan, hati-hati kalau nak beli ikan tau.

Perhatikan matanya terlebih dahulu sebelum nak beli. Jangan main asal tunjuk jer.

  • Perhatikan Warna Insang IkanĀ 

Biasa kalau ikan segar, warna insangnya ialah merah terang serta basah. Basah tu bukan sebab lendir tau. Ikan segar tidak akan meengeluarkan lendir yang banyak pada insangnya.

resepi-gulai-ikan-tongkol-nasi-berlauk-kelantan-2 Resepi Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk Kelantan. Perghh Nyakut Selera Bohh
ekorkode.com

Manakala, warna insang ikan tidak segar ialah coklat kehitaman atau kelabu. Ditambah dengan insangnya yang keras dan mengeluarkan lendir yang banyak. Huhu maka pandai-pandai la kita semua membuat pilihan ketika nak membeli.

  • Perhatikan Warna Kulit Dan Sisik Ikan

Ikan yang masih segar warna kulitnya cerah dan berkilat. Manakala, sisiknya agak kuat dan tidak mudah tercabut. Berbeza sangat dengan ikan tidak segar.

Warna kulit ikan tidak segar pudar dan tidak berkilat seperti ikan segar. Sisiknya juga mudah tercabut dan rapuh. Ada sesetengah tu anda boleh lihat sisiknya dah tercabut daripada badan ikan.

resepi-gulai-ikan-tongkol-nasi-berlauk-kelantan-2 Resepi Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk Kelantan. Perghh Nyakut Selera Bohh
facebook.com

Ishh ishh sungguh menyedihkan bukan?

  • Periksa Tekstur Ikan

Mudah jer nak periksa tekstur ikan. Kita hanya perlu tekan sedikit bahagian perut ikan. Jika ikan masih segar teksturnya akan keras, pejal dan tidak berlendir. Manakala, ikan tidak segar pula bila kita tekan.

Kita akan rasa teksturnya lembik dan penuh dengan lendir. So, please pay attention to all the criteria that has been told. Jangan pula lepas ni kita nak menyesal sebab tak reti nak pilih ikan segar.

resepi-gulai-ikan-tongkol-nasi-berlauk-kelantan-2 Resepi Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk Kelantan. Perghh Nyakut Selera Bohh
nasional.tempo.co

Perhatikan juga pada perut ikan yang sudah pecah. Bila anda nampak isi perut ikan dah keluar tu jangan la pula beli. Seeloknya jangan beli.

Itu tandanya ikan tidak lagi segar segar dan sudah lama.

  • Hidu Bau Ikan

Ehh ikan bukan ke baunya hanyir? Yer memang ikan berbau hanyir. Tapi ada beza tau bau ikan segar dengan ikan tidak segar.

Ikan segar akan ada bau khas laut. Walaupun berbau hanyir tapi bau khas laut tu takkan hilang tau. Manakala, ikan tidak segar akan berbau hanyir dan busuk yang sangat kuat.

Sampai kekadang tu rasa tak cukup oksigen nak bernafas. Ishh ishh sesak nafas dibuatnya.

resepi-gulai-ikan-tongkol-nasi-berlauk-kelantan-2 Resepi Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk Kelantan. Perghh Nyakut Selera Bohh
himedik.com

Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi berkongsi resepi gulai ika tongkol nasi berlauk kelantan. Mesti semua dah tahan daripada tadi dok telan air liur jer kan? Jom kita sama-sama tengok bahan-bahan untuk memasak?

 

Resepi Nasi Berlauk Gulai Ikan Tongkol

Bahan-bahan Untuk Gulai Kuning:
-seekor ikan tongkol direbus bersama garam dan asam keping hingga masak
*bahan [email protected]
-bawang merah 5 ulas
-bawang putih 1 ulas
-kunyit hidup 2 inci
-lengkuas 2 inci
*kisar hingga halus
-santan pekat lebih kurang 2 cawan
-air rebusan ikan untuk kuah
-terung dihiris
-timun dihiris
-lada solok
-asam keping 2 keping
-gula garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Satukan bahan kisar, air rebusan ikan, santan, asam keping.
  2. Masak bila dah hampir mendidih masukkan sayur dan ikan tongkol.
  3. Perasakan gula garam dan masak hingga sedikit pekat.
  4. Siap untuk dihidangkan.

Bahan-bahan Untuk Sambal Belacan:
-segenggam cili padi
-2 biji bawang merah dibakar
-1 ulas bawang putih bakar
-sedikit belacan bakar
-3 biji limau kasturi
-gula garam

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk cili ,bawang dan belacan.
  2. Kemudian, perahkan limau kasturi perasakan gula garam.
  3. Siap untuk dinikmati bersama nasi berlauk gulai ikan tongkol.

resepi-gulai-ikan-tongkol-nasi-berlauk-kelantan-2 Resepi Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk Kelantan. Perghh Nyakut Selera Bohh

Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua kenalan anda. Semoga ianya bermanfaat kepada semua orang. Dijamin jika anda gunakan resepi ni masakan anda akan lagi sedap dan menggiurkan.

Now, everyone can cook. Selamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.