Ramai yang request nak resepi gulai udang nenas simple dan sedap. Memang semua kena cuba masak dan masak sendiri. Baru tahu yang cara penyediaannya memang simple sahaja tapi paling penting sedap.
Wahh dah terbayang kat depan mata juadah ni. Aumm sedapnya kalau makan bersama nasi putih panas untuk makan tengahari. Perghh mesti nasi dalam pinggan terus bertambah berkali-kali.
Maklum la resepi gulai udang nenas ni memang sedap hingga menjilat jari. Rugi sangat kalau sesiapa yang belum mencubanya. Kalau dah cuba mesti anda semua tengah telan air liur kan?
Hehehe menahan rasa mengidam lama tak makan la tu. Tapi jangan risau. Kejap lagi kita masak yer.
Sekarang ni jom kita belajar mengenai petua nak memasak resepi gulai udang nenas. Antara bahan utama untuk memasak juadah kita sudah semestinya nenas dan udang. Jadi pada kali ni saya akan kongsikan kepada kita semua.
Cara Nak Tahu Nenas Dah Masak
Petua ni memang penting untuk kita memilih nenas nanti. Jadi kita semua kena tahu cara nak tahu nenas dah masak. Kalau nenas tak masak nanti tak sedap nak makan.
Rasa nenas juga akan lagi masam. Bila sebut jer nenas mesti kebanyakan orang akan menyukainya. Betul tak?
![[Tags] resepi-gulai-udang-nenas-8 Resepi Gulai Udang Nenas Simple Dan Sedap. Rugi Tau Kalau Tak Cuba](https://kitpramenulis.com/wp-content/uploads/2020/07/resepi-gulai-udang-nenas-10.jpg)
Memang buah ni best kerana rasanya yang manis masam serta mengandungi banyak air. Lagipun, memang baik untuk kesihatan bila kita makan buah. Selain daripada makan begitu sahaja.
Nenas juga sedap bila kita masak pajeri dan resepi gulai udang nenas. Aumm sedapnya. Jom sediakan pen dan kertas untuk catat cara nak tahu nenas dah masak?
Nanti bila nak guna hanya perlu rujuk jer.
-
Perhatikan Daunnya
Semasa nak memilih nenas. Kita perhatikan dulu daunnya. Jika nenas dah masak maka daunnya akan berwarna hijau gelap dan segar.
Jika daunnya mudah dicabut maka itu tandanya nenas sudah masak ranum. Tapi seeloknya kita elakkan daripada membeli nenas yang daunnya ada bintik hitam dan coklat. Itu tanda nenas tidak berapa dalam keadaan baik.
-
Periksa Buah Nenas
Sebelum nak membeli nenas. Kita perlu periksa ia terlebih dahulu. Macam mana nak periksa?
Senang jer cara nak tahu nenas dah masak. Bila kita tekan permukaan buah dan jika ia tidak lembik. Maka buah tu dikira masih elok.
Seeloknya, jangan beli nenas yang bahagian “mahkota” kelihatan cacat. Jangan lupa juga untuk buat perbandingan berat nenas. Lagi berat nenas maka lagi banyak air yang terkandung dalam nenas.
-
Hidu Aroma
Orang kata ambil bau hehe. Cara nak tahu nenas dah masak kita cium bahagian bawah nenas. Biasa nenas yang dah masak akan mengeluarkan aroma yang harum, manis dan segar.
Jangan anggap semua nenas yang berkulit hijau adalah mentah yer. Ianya bergantung pada jenis nenas juga. Seeloknya, jika kita hidu nenas dan ia mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Elakkan daripada membeli nenas yang berbau busuk dan tidak menyenangkan.
-
Perhatikan Mata Pada Kulit Nenas
Bila kita perhatikan mata pada kulit nenas. Kita dapat tahu samaada nenas masak atau masih mentah. Wahh semudah tu jer?
Iya semudah tu jer. Caranya kita perhatikan betul-betul mata pada nenas. Jika nenas sudah masak maka mata pada kulitnya bentuk membulat.
Manakala, ukurannya pula hampir sama dan tidak menonjol. Berbeza dengan nenas yang masih mentah. Bentuk mata nenas mentah akan kelihatan lonjong, menonjol dan berduri kecil.
-
Perhatikan Bahagian Bawah Nenas
Bila kita perhatikan bahagian bawah nenas. Kita dapat anggarkan jika nenas sudah masak atau masih menatah. Caranya mudah sahaja.
Kalau nenas yang dah masak. Bahagian bawah nenas akan berbentuk membulat dan penuh. Manakala, nenas yang masih mentah pula bahagian bawahnya akan berbentuk lonjong dan berwarna hijau tua.
Sebaiknya, elakkan daripada membeli nenas yang kulitnya berkedut dan coklat kemerahan. Biasa kalau nenas begitu tandanya ia dah mula buruk dan busuk. Jadi buat la pilihan yang tepat sebelum membeli.
Jangan main beli jer apa yang ada di depan mata. Nanti diri sendir juga yang rugi.
Tips Memasak Gulai Udang Nenas Sedap Dan Simple
Sedikit tips untuk memasak juadah kita pada hari ni. Mesti semua orang tertanya-tanya juga macam mana nak hasilkan gulai udang nenas. Supaya kuahnya bukan sahaja sedap malah cantik bila mata memandang.
Salah satu caranya ialah kita kena selalu kacau kuah gulai untuk elakkan santan pecah. Biasa kalau santan pecah maka kuah akan rasa tak enak. Malah kuah gulai juga tak nampak cantik.
Huhu jadi rajin-rajinkan la diri tu untuk kacau kuah gulai. Jangan main tinggal jer gulai masa tengah menggelegak. Semoga tips yang dikongsikan dapat memberikan manfaat buat kita semua.
Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin yang sudi berkongsi resepi gulai udang nenas. Semoga sentiasa di murahkan lagi rezeki untuk berkongsi dengan kami. Tanpa membuang masa lagi, jom kita usha bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak?
Resepi Gulai Udang Nenas
![[Tags] resepi-gulai-udang-nenas-8 Resepi Gulai Udang Nenas Simple Dan Sedap. Rugi Tau Kalau Tak Cuba](https://kitpramenulis.com/wp-content/uploads/2020/07/resepi-gulai-udang-nenas-3.jpg)
Cara penyediaannya:
![[Tags] resepi-gulai-udang-nenas-8 Resepi Gulai Udang Nenas Simple Dan Sedap. Rugi Tau Kalau Tak Cuba](https://kitpramenulis.com/wp-content/uploads/2020/07/resepi-gulai-udang-nenas-4.jpg)
![[Tags] resepi-gulai-udang-nenas-8 Resepi Gulai Udang Nenas Simple Dan Sedap. Rugi Tau Kalau Tak Cuba](https://kitpramenulis.com/wp-content/uploads/2020/07/resepi-gulai-udang-nenas-5.jpg)
![[Tags] resepi-gulai-udang-nenas-8 Resepi Gulai Udang Nenas Simple Dan Sedap. Rugi Tau Kalau Tak Cuba](https://kitpramenulis.com/wp-content/uploads/2020/07/resepi-gulai-udang-nenas-6.jpg)
![[Tags] resepi-gulai-udang-nenas-8 Resepi Gulai Udang Nenas Simple Dan Sedap. Rugi Tau Kalau Tak Cuba](https://kitpramenulis.com/wp-content/uploads/2020/07/resepi-gulai-udang-nenas-7.jpg)
![[Tags] resepi-gulai-udang-nenas-8 Resepi Gulai Udang Nenas Simple Dan Sedap. Rugi Tau Kalau Tak Cuba](https://kitpramenulis.com/wp-content/uploads/2020/07/resepi-gulai-udang-nenas-8.jpg)
![[Tags] resepi-gulai-udang-nenas-8 Resepi Gulai Udang Nenas Simple Dan Sedap. Rugi Tau Kalau Tak Cuba](https://kitpramenulis.com/wp-content/uploads/2020/07/resepi-gulai-udang-nenas-9.jpg)
Ingin dapatkan lembaran kerja dan latihan yang menarik dan berkualiti?
Jom sertai kami di Telegram.
Semestinya diberikan kepada anda secara percuma je!!