Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Ramadan kian tiba, tiba-tiba terasa nak makan resepi ikan cencaru sumbat sambal sedap. Menu masakan ni kalau dimakan dengan nasi panas. Perghh memang tak cukup sepinggan jer.

Mesti akan bertambah-tambah nasi dalam pinggan. Yang tengah baca ni pun mesti dah kecur air liurnya kan. Nasi panas dimakan pula dengan ikan cencaru bersama sambalnya.

Nikmat apa lagi yang kita dustakan. Fuhh memang kalau yang tak lalu makan nasi. Kalau dapat masakan ni pasti nafsu makan terus datang.

Resepi-Ikan-Cencaru-Sumbat-Sambal-1 Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Sedap Versi Raja Amanina
kredit:mstar.com.my

Sememangnya resepi ikan cencaru sumbat sambal menjadi kegilaan dan kesukaan ramai. Bukan sahaja bila tiba bulan Ramadan. Malah kalau hari kebiasaan pun memang menu ni la antara menu yang paling laku.

Siapa jer tak terliur bila tengok ikan cencaru disumbat dengan sambal. Semua pasti takkan mampu menepis godaan daripada aroma ikan ni. Dan yang tak pasti, anda takkan rasa rugi selepas mencuba.

Malah, lepas makan sekali pasti nak lagi. Mesti ada yang tak sabar nak tahu apa bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak kan. Ehh sabar dulu.

Sebelum itu, penting untuk kita tahu tips untuk menjadikan resepi ikan cencaru sumbat sambal sedap. Bukannya main masak atau beli jer bahan tau. Kita kena pandai memilih barulah pilihan yang kita buat tu tepat.

Tak boleh main beli jer apa yang ada depan mata. Sebab tu penting untuk kita pelajari sedikit ilmu untuk membeli barangan dapur. Ilmu ni biasanya kita dapat daripada nenek atau ibu di rumah.

Tapi hari ni kami akan kongsikan sedikit tips kepada anda. Tips ini ada sesetengah daripada anda dah tahu. Tapi tiada masalah, kita kongsikan kepada yang belum tahu atau yang baru nak belajar masak yer.

Tips Memilih Ikan Yang Segar

Terdapat beberapa langkah untuk kita memilih ikan segar. Sekarang kami akan kongsikan tips memilih ikan yang segar. Bila masak menggunakan ikan segar maka resepi ikan cencaru sumbat sambal anda lagi sedap.

Pasti orang yang makan masakan anda akan terus terpikat dengan air tangan anda. Sebab tu bila nak memasak sesuatu menu. Anda kena mempelajari tips untuk memasaknya agar masakan anda lebih sedap.

Masakan ni kalau kita gunakan bahan mentah atau bahan basah yang segar. InsyaAllah, masakan kita pasti akan lebih sedap. Jadi, disini kami akan kongsikan tips memilih ikan yang segar untuk anda.

Terdapat 5 tips memilih ikan segar. Pertama, cara yang paling mudah adalah anda perlu perhatikan mata ikan. Bila kita perhatikan mata ikan.

Kita sudah boleh tahu samaada ikan tersebut segar atau tidak. Kebiasaannya, mata ikan segar lebih jernih dan cerah. Selain itu, mata ikannya lebih timbul dan menonjol.

Berbeza dengan ikan tidak segar. Matanya kelihatan merah dan tenggelam. Tips kedua, anda cuba perhatikan warna insang ikan.

Jika nak tahu ikan tu segar mudah jer. Warna insang ikan segar biasanya merah terang dan tidak terlalu berlendir. Berbeza dengan ikan tidak segar.

Warna insang ikan tidak segar biasanya berwarna coklat kehitaman serta mengeluarkan lendir yang lebih banyak. Tips yang ketiga ialah anda sebagai pembeli yang bijak. Cuba lihat warna kulit dan sisik ikan sebelum membelinya.

Jika anda perhatikan, ikan segar kebiasaannya mempunyai sisik yang kuat dan kulit yang lebih berkilat. Bila kita lihat pada warna kulit dan sisik ikan segar kita terus rasa jatuh hati. Dan tanpa berfikir panjang lagi kita terus ingin membelinya.

Berbeza jika ikan yang tidak segar. Warna pada kulitnya lebih pudar dan sisiknya juga mudah tercabut. Memang bila kita pandang ikan kita pun tak sanggup nak pandang lama-lama.

Lalu kita pun memikirkan apa lah nasib ikan ni selepas ini. Huhu nak beli tapi kita nak pilih ikan segar. Haishh mampu kesian jer la kan huhu.

Tips memilih ika segar yang keempat ialah rasa tekstur ikan. Bukan rasa menggunakan lidah yer. Kalau rasa dengan lidah pasti semua akan jawab hanyir.

Jadi nak rasa dengan apa? Haa rasa la dengan tangan anda tu. Jangan tahu makan ikan jer.

Nak sentuh ikan kat pasar kata hanyir la apa la. Cara nak pastikan ikan yang nak dibeli segar atau tak senang sahaja. Cuba anda tekan permukaan perut ikan.

Tekan over pula tekan yer. Kejap lagi ada yang kena kejar dengan tauke ikan haha. Tekan biasa-biasa jer tau.

Kebiasaannya, ikan segar teksturnya lebih keras dan tidak berlendir sangat. Kira sedap untuk dipegang dan kita dapat rasa yang isi ikan ni bila dimasak mesti sedap. Aumm.

Beza dengan tekstur ikan tidak segar ialah bila kita tekan permukaan perutnya. Kita akan rasa teksturnya lembik dan tidak bermaya. Memang kita rasa-rasa kalau dibuat ikan cencaru sumbat ni mesti kita rasanya tak segar.

Haa kalau dah lembik teksturnya anda perlu elak atau fikir terlebih dahulu untuk membelinya. Jadilah pengguna yang bijak yer. Tips yang kelima dan terakhir ialah cium bau ikan.

Haish orang kata cium ni mesti ada yang tanya. Macam mana nak cium bau ikan? Tak hanyir ke nanti.

Ehh bukan hidu macam anda hidu ayam goreng KFC. Hidu untuk cukup syarat jer. Memang la kalau ikut logik ikan semua hanyir.

Tapi beza ikan segar dan tidak segar ialah bila kita hidu baunya. Ikan yang tidak segar baunya lebih hanyir dan busuk. Memang bukan sahaja hidung yang terseksa malah tekak pun tiba-tiba rasa macam nak kembang jer.

Berbeza dengan ikan segar, bau ikan lebih berbau laut. Ummph sedap dan segarnya. Memang sesuai sangat untuk dimasak untuk menu kita ni.

Pasti isi ikannnya lagi segar dan manis. Ni mesti ada yang tengah kecur air liur sebab bayangkan ikan ni. Sabar-sabar, tahu anda semua dah tak sabar nak tahu bahan-bahannya kan.

Terima kasih buat Raja Amanina kerana sudi berkongsi resepi ikan cencaru sumbat sambal sedap. Memang tak menyesal jika mencubanya. Dah la senang jer resepi ni.

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Sedap Versi Raja Amanina

Bahan-bahan:
-6 ekor ikan cencaru(kunyit garamkan)
-2 genggam cili kering direbus
-3 biji cili merah
-Sedikit cili padi
-2 biji tomato
-2 biji bawang besar
-4 ulas bawang merah
-4 ulas bawang putih
-1 inci halia
-2 inci belacan
-3 helai daun limau purut carik-carikkan
-1 biji bawang besar dihiris
-1 biji tomato hiris
-Sedikit daun bawang
-Gula garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Kisar cili kering bersama bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, belacan dan tomato.
  2. Kisar jangan bagi halus sangat yer.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun limau purut hingga pecah minyak perasakan gula garam.
  4. Masukkan bawang hiris, tomato dan daun bawang.
  5. Sumbat sambal bahagian belakang ikan cencaru.
    *yang ni nina bakar nak goreng pun boleh je
    *nina bakar pakai oven je taknak bagi inti dia terkeluar
Resepi-Ikan-Cencaru-Sumbat-Sambal-1 Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Sedap Versi Raja Amanina
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua. Selamat mecuba resepi ini dirumah. Jangan lupa untuk kongsikannya dengan insan tersayang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.