Ada ke yang tak biasa dengar resepi ikan cencaru sumbat tempoyak? Ramai yang mengakui yang juadah ni memang sedap walaupun mereka pertama kali cuba. Ikut la samaada makan dengan nasi panas atau ratah begitu sahaja pun, semuanya best.
Juadah ini memang terbaik dan sedap sangat. Tiada siapa mampu menepis godaan atau menafikan keenakan juadah ni tau. Kira sekali ngapp terus nak ngapp lagi dan lagi.
Wah menarik kan nak ketahui dengan lebih lanjut tentang resepi ikan cencaru bakar sumbat tempoyak. Walaupun dengar tu macam pelik jer tajuk juadah. Tapi kalau dah sedap dan enak mesti ramai rasa nak cuba kan?
Resepi Ikan Bakar Tempoyak Yang Rare Tapi Sedap
Hehehe biasa la tu. Mesti semua pakat bosan asyik makan menu yang sama jer tiap hari. Kalau anda semua nakkan kelainan yang memang diakui enak.
Boleh la cuba resepi ikan cencaru bakar sumbat tempoyak. Gerenti anda pun terkejut dengan keenakannya. Siapa yang memang dah ‘hantu’ tempoyak.
Kalau tahu mengenai juadah ni mesti teruja nak cuba kan? Kalau sesiapa yang tak makan tempoyak pun akan suka menu ni. Sedap sangat tau sampai menjilat jari jemari ni hehe.
Biasa orang tak suka makan tempoyak disebabkan baunya yang kuat. Tapi bila kita bakar dengan ikan. Tempoyak tu tak bau sangat pun.
Sedap tau rugi kalau tak cuba. Ala bila lagi nak cuba tempoyak kan? Ni 2 in 1 terus, ikan bakar makan bersama tempoyak perghhh.
Memang padu gais.
Apa Itu Tempoyak
Kalau yang dah biasa makan tempoyak mesti anda semua tahu apa itu tempoyak. Betul tak? Tapi mesti ada dalam kalangan kita yang belum biasa dengar atau tengok tempoyak.
Jadi meh nak citer sikit apa itu tempoyak. Kira anda semua dapat ilmu percuma la hehe. Siapa jer yang tak sukakan ilmu kan.
Tempoyak dihasilkan daripada isi buah durian. Mula-mula, kita akan asingkan isi durian daripada bijinya. Kemudian, kita simpan isi durian tadi di dalam suhu bilik bagi proses penapaian.
Diingatkan yang tempoyak biasa bukannya untuk dimakan begitu sahaja. Biasa kita akan jadikan tempoyak sebagai sambal. Kalau kita masukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin pun sedap tau.
Kalau orang Pantai Timur suka makan tempoyak bersama budu. Perghh memang bertambah-tambah nasi dalam pinggan kalau dapat menu ni. Bak kata orang Kelantan, “meme nyakut sengoti bohh”.
Kira boleh dikatakan tempoyak ni sebagai pembuka selera buat para penggemarnya. Kalau tak lalu makan nasi. Nampak jer tempoyak terus berselera nak makan.
Perghh dahsyat kan penangan tempoyak ni. Bukan biasa-biasa tau.
Cara Memilih Ikan Segar
Nak memasak juadah ni sudah semestinya kita memerlukan ikan cencaru yang segar. Baru la sedap menu yang kita masak. Biasa kalau kita guna ikan segar di dalam masakan kita.
Ianya akan mempengaruhi rasa dalam juadah kita. Kira makin sedap la apa yang kita masak tu. Jadi penting untuk kita semua ketahui cara memilih ikan segar.
Meh kita sama-sama baca dan belajar cara memilih ikan segar? Tak rugi belajar ilmu ni tau. Ianya rugi kalau kita tak amalkan apa yang kita belajar.
-
Periksa Mata Ikan
Sebelum nak beli ikan di pasar atau kedai. Cuba periksa dulu mata ikan. Biasa ikan segar matanya akan jernih, timbul dan menonjol.
Suka tau tengok mata ikan segar. Berbeza pula dengan ikan tidak segar. Kita akan rasa seram semacam jer bila tengok matanya.
Yer la siapa jer yang tak seram. Kalau tengok mata ikan yang merah menyala, sembap dan tenggelam. Ish ish sungguh menakutkan tau.
-
Periksa Warna Insang Ikan
Sebelum nak membeli ikan cuba periksa dulu warna insang ikan. Kalau ikan yang masih segar. Insangnya akan berwarna merah terang dan rasa basah bukan disebabkan lendir yang banyak.
Manakala, ikan tidak segar pula insangnya berwarna kelabu atau coklat kehitaman. Bila kita pegang insangnya pula akan rasa keras dan mempunyai lendir banyak. Jadi buat la pilihan yang bijak yer semasa nak membeli.
-
Periksa Warna Kulit Dan Sisik Ikan
Macam biasa sebelum nak beli ikan. Kita periksa dulu warna kulit dan sisik ikan. Tujuannya untuk kita ketahui samaada ikan masih dalam keadaan segar atau sebaliknya.
Warna kulit ikan segar biasa akan berkilat dan berwarna cerah. Berbeza dengan ikan tidak segar yang warna kulitnya tidak berkilat malah kelihatan pucat. Sisik ikan segar pula teguh dan kuat.
Berbeza dengan ikan tidak segar yang sisiknya rapuh serta mudah tercabut.
-
Periksa Tekstur Ikan
Saya rasa dalam banyak-banyak cara mesti ramai sukakan cara ni kan. Bila kita periksa tekstur ikan dengan menggunakan tangan. Kita lagi yakin samaada ikan yang dibeli tu masih segar atau sebaliknya.
Mudah jer nak periksa tekstur ikan. Kita tekan jer bahagian perut ikan. Kalau ikan segar teksturnya masih pejal dan keras.
Berbeza dengan ikan yang tidak segar teksturnya lembik serta bahagian perutnya sudah pecah.
-
Hidu Bau Ikan
Cara ni memang cara paling senang nak tahu samaada ikan masih segar atau tak. Ikan segar bila kita hidu baunya masih ada bau laut. Memang ikan berbau hanyir tapi kalau ikan masih segar, bau lautnya akan masih ada.
Berbeza ikan tidak segar akan lebih berbau hanyir dan busuk yang keterlaluan. Begitu la serba sedikit cara untuk kita kenal ikan segar dengan tidak. Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin kerana sudi berkongsi resepi ikan cencaru bakar sumbat tempoyak.
Resepi Ikan Cencaru Bakar Sumbat Tempoyak
Bahan-bahan yang cukup mudah.
Cara penyediaannya:
Tumbuk bawang dan cili. Letak tempoyak.
Tambahkan garam. Kemudian, gaul bagi sebati.
Belah ikan cencaru dari atas. Masukkan bahan tadi ke dalam perut ikan.
Balut dengan daun pisang kalau suka. Aroma daun pisang menjadikan ikan bakar lagi sedap untuk dinikmati.
Bakar ikan seperti biasa. Cheyah guna pembakar ajaib je.
Taraa dah siap.
Semoga perkongsian resepi pada kali ni dapat memberikan manfaat buat kita semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ni bersama yang tersayang. Memasak bukan untuk orang yang pandai masak jer.
Semua orang boleh memasak dan belajar untuk memasak. Cuma kita kena percaya diri kita yang kita boleh buat. Jangan cepat mengalah dan jangan suka bagi alasan tak reti nak masak.
Nak seribu daya tak hendak seribu dalih. Betul tak? Okay la gais, selamat mencuba resepi ni di rumah.
Good luck everyone.