Dah bosan selalu sangat makan ayam kita beralih pula kepada resepi ikan kembung masak asam pedas. Sepertimana yang diketahui ramai, ikan mengandungi protein yang sangat tinggi. Ikan juga tidak mengandungi lemak sebab itu kita dinasihatkan untuk makan ikan berbanding ayam.
Biasa asam pedas orang akan guna ikan pari, ikan merah atau ikan tenggiri. Tapi pada kali ni kita nak buat kelainan sikit dengan masak asam pedas menggunakan ikan kembung. Haa hasilnya sedap tau bukannya tak sedap.
Sebut jer asam pedas kalau dimasak menggunakan apa-apa jenis ikan sekali pun. Tetap sedap. Kalau penggemar ikan memang dah kecur air liur mereka kalau dengar kita sebut asam pedas.
Tu takde depan mata lagi dah kecur air liur. Kalau dah ada depan mata tak tahu la apa yang akan jadi. Silap hari bula, makan nasi pun asyik bertambah-tambah jer.
Resepi ikan kembung yang dimasak asam pedas ni memang kegemaran semua orang. Disebabkan rasa asam pedasnya yang seimbang dari segi masam, masin, pedas dan manis. Perghh memang menyangkut dengan selera tekak kita sebagai orang Melayu.
Kalau makan ni pasti tak toleh kiri kanan dah sebab sedap sangat. Ditambah dengan kuahnya yang pekat yang sememangnya begitu kaw. Yummy.
Tips Memilih Ikan Segar Untuk Resepi Ikan Kembung
Masakan yang sedap dipengaruhi juga oleh pemilihan ikan samaada segar atau tidak. Jadi, kita kena pandai untuk bezakan ikan segar dengan tidak segar. Kalau main beli jer nanti diri sendiri yang rugi kalau masak resepi ikan kembung masak asam pedas tak sedap.
Kalau kat pasar banyak jenis ikan yang kita boleh pilih dan masak masakan yang enak-enak. Tapi kena tahu juga pilih yang segar. Dulu orang tua-tua akan marah kalau orang perempuan tak tahu bezakan jenis ikan.
Tapi bagi saya pengetahuan tentang ikan bukan sahaja penting untuk kaum wanita sahaja. Malah kaum lelaki pun perlu tahu jenis-jenis ikan yang ada. Nanti bila ada yang minta tolong belikan ikan takde la sampai terpinga-pinga nak pilih.
Ehh tetiba kecur air liur bila terbayangkan ikan segar yang rasa isinya begitu manis, lembut dan berjus. Perghh memang sungguh mengoda nafsu makan ni. Sebab tu kita kena guna cara dan teknik yang betul untuk pilih ikan.
-
Perhatikan Warna Kulit Ikan
Kalau anda ada masalah nak memilih ikan segar atau nak bezakan ikan segar atau pun tak. Boleh la cuba gunakan tips ni sebab ianya berguna untuk resepi ikan kembung masak asam pedas. Pertama, perhatikan warna kulit ikan.
Beza ikan segar dengan tak segar ialah warna kulitnya berkilat dan cerah. Berbanding ikan tidak segar yang kelihatan pucat dan tidak bermaya. Selain itu, gunakan deria bau anda untuk mengetahui samaada ikan segar atau tak.
-
Hidu Bau Ikan Untuk Mengetahui Kesegarannya
Ikan segar baunya seperti air laut dan sedikit hanyir berbanding ikan tak segar yang berbau busuk.
-
Perhatikan Mata Ikan
Seterusnya, perhatikan betul-betul mata ikan semasa nak membeli. Ikan segar matanya cembung dan jernih menonjol berbanding ikan tidak segar berwarna merah menyala. seram la pula macam mata pontianak huhu.
-
Perhatikan Warna Insang Ikan
Semasa nak membeli ikan, perhatikan juga warna insangnya. Jika insang berwarna merah maksudnya ikan tu masih segar. Tapi kalau warna insangnya kelihatan pucat maksudnya ikan dah tak segar.
Jangan segan atau geli nak pegang ikan. Memang la baunya hanyir tapi cuba fikir. Hehehe…
Takkan sampai ke tua kita nak amalkan sikap geli macam tu. Takkan kita tak nak belajar secara terperinci tentang ikan. Cara nak pilih ikan, cara nak siang ikan dan cara nak masak ikan tu.
Takkan tak rasa kan. Melainkan dah set dalam kepala tak nak belajar ditambah pula dengan sikap malas yang bermaharajalela dalam diri kita. Sebab tu kita tak kisah tentang nak belajar cara nak memilih bahan basah ni.
Fuhh memang rugi sangat kalau anda masih mengamalkan sikap sebegini. Ilmu di atas muka bumi ni banyak seperti buih-buih di lautan. Jadi rugi sangat kalau kita tak ambil peluang untuk belajar ia selagi masih bernyawa.
Jangan pula kata ilmu ni tak penting yer. Kang ada yang kena hempuk dengan kuali jap lagi. Sebab ilmu ni bukan jer yang kita belajar kat sekolah.
Benda yang tak formal macam pilih ikan pun ilmu yang kita kena belajar. Nanti ada la yang complain, ‘kenapa awak pilih ikan segar dari saya’? Kenapa itu kenapa ini.
Tu la padahnya orang suruh belajar tak nak belajar. Haishh bawa berubah la anak-anak muda sekalian hehe. Ok, done bebel.
Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi kongsikan resepi ikan kembung masak asam pedas. Sedap sangat resepi ni sampai berkali-kali saya tambah nasi. Memang ngam sangat dengan selera tekak ditambah pula kuahnya yang kaw.
Juadah ni sesuai dimakan dengan nasi panas dan ulam-ulaman seperti timun jepun. Aumm makan sampai menjilat jari tau. Bau daun kesum yang harum semerbak dari kuah menusuk-nusuk ke dalam rongga hidung.
Haa kalau macam tu sekali macam mana la kita nak kurus atau tahan nafsu makan. Akhir sekali tutup mata jer la sambil makan. Pura-pura macam takde apa yang berlaku haha.
Habis tu tak kan nak tahan perut yang menari-nari minta nasi ni. Mulut pun dah tak tahu berapa kali telan air liur. Daripada saya seksa mereka ni baik saya manjakan mereka dengan juadah ni.
Selain daripada rasa kenyang dapat juga rasa keenakan masakan ni yang orang pakat canang. Tanpa buang masa, jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak juadah ini.
Resepi Ikan Kembung Masak Asam Pedas
Bahan-bahan:
- Ikan kembung
- 3 biji bwg merah dikisar
- 3 ulas bwg putih dikisar
- 1 mangkuk cili kering kisar
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1/2 sudu kecil halba
- 2 batang serai diketuk
- Daun kesum
- asam keping 2 keping
- bendi, tomato
- minyak utk menumis
Cara penyediaan:
- Kisar bawang putih, bawang merah dan cili kering menggunakan sedikit air.
- Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau dan masak sempurna.
- Kemudian, tambahkan serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam dan halba. Kacau hingga sebati. Tuangkan air secukupnya.
- Tambahkan serai dan taburkan daun kesum. Kacau seketikabiar rata. Masukkan ikan bila kuah dah mulai mendidih.
- Tambahkan tomato dan asam keping. Letakkan gula dan garam secukupnya. Akhir sekali, masukkan bendi.
- Biarkan kuah mendidih hingga ikan dah betul-betul masak. Tutup api.
- Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Semoga perkongsian pada kali ni memberi manfaat buat semua pembaca. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua yang anda kenali. Selamat mencubanya di rumah.