resepi ikan masak cuka 1

Dah buntu nak masak apa hari ni? Moh la cuba resepi ikan masak cuka yang simple, mudah dan sedap. Gerenti anda takkan rasa rugi kalau cuba menu ni tau.

Resepi ni sangat enak kalau dimakan dengan nasi putih. Perghh memang tak cukup sepinggan nasi kalau makan menu ni. Namun ada yang lebih suka ratah jer isi ikan ni sebab sedap.

Kalau bab rasa tak perlu nak cerita kot sebab semua dah tahu. Rasa manis isi ikan, masam cuka tu memang merupakan kombinasi yang sangat sesuai. Dengan erti kata lain, resepi ikan masak cuka memang cukup semua rasa.

resepi-ikan-masak-cuka-2 Resepi Ikan Masak Cuka Simple, Mudah Dan Sedap. Rugi Kalau Tak Cuba Guyss
clipart-library.com

Mana nak cari resepi yang cukup lengkap semua rasa? Jarang-jarang tau jumpa. Jadi apa kata anda semua cuba resepi ikan masak cuka ni.

Pasti sekali makan, rasa nak lagi dan lagi. Silap hari bulan memang boleh tak lena tidur sebab asyik teringkan menu ni. Hehehe jangan dibuat main tau.

Lagipun resepi ni sangat simple dan mudah sahaja. Jadi sangat senang untuk sesiapa yang baru nak belajar masak. Orang bujang pun boleh cuba masak menu ni untuk menu harian tau.

resepi-ikan-masak-cuka-2 Resepi Ikan Masak Cuka Simple, Mudah Dan Sedap. Rugi Kalau Tak Cuba Guyss
idntimes.com

Lepas ni dah tak perlu pening-pening nak masak apa dah. Selain tu, dah tak perlu buntu nak beli apa untuk makan. Masak jer menu ni semuanya settle.

Nak memasak resepi ni semua tahu bahan utamanya ialah ikan. Jadi apa kata saya kongsikan tips memilih ikan segar buat anda semua. Nak tak hehe?

Tips Memilih Ikan Segar 

Nak memasak resepi ikan masak cuka terlebih dahulu. Anda kena pelajari/ketahui tips memilih ikan segar. Jadi nanti bila nak beli ikan segar di pasar takkan timbul sebarang masalah.

Ilmu mengenai tips di dapur sangat penting untuk dipelajari. Tak kira anda lelaki atau perempuan. Semua orang perlu ada basic mengenai tips di dapur.

resepi-ikan-masak-cuka-2 Resepi Ikan Masak Cuka Simple, Mudah Dan Sedap. Rugi Kalau Tak Cuba Guyss
myshop.pjk.com

Baru la lengkap hidup kita. Degree ada, kerja ada, ilmu mengenai tips memilih ikan segar pun ada hehe. Siapa jer yang tak nak ilmu kan?

  • Teliti Mata Ikan

Semasa anda memilih ikan di pasar. Cuba teliti terlebih dahulu mata ikan. Biasa ikan yang masih segar warna matanya jernih dan timbul.

resepi-ikan-masak-cuka-2 Resepi Ikan Masak Cuka Simple, Mudah Dan Sedap. Rugi Kalau Tak Cuba Guyss
slidesharecdn.com

Manakala, ikan yang tidak segar, warna matanya merah dan tenggelam. Sekali pandang, anda nampak mata ikan tersebut macam pudar dan malap. Yer la tidak jernih dan bercahaya seperti ikan masih segar.

  • Teliti Warna Insang Ikan

Ikan yang masih segar biasa warna insangnya merah terang serta kelihatan basah. Insang ikan segar juga tidak akan mengeluarkan lendir yang banyak. Jadi perhatikan betul-betul tau semasa nak membeli.

resepi-ikan-masak-cuka-2 Resepi Ikan Masak Cuka Simple, Mudah Dan Sedap. Rugi Kalau Tak Cuba Guyss
may.drinkpinkonline.com

Berbeza dengan ikan tidak segar, warna insang biasanya kelabu atau coklat kehitaman. Jika kita pegang insangnya akan rasa keras dan mengeluarkan lendir yang banyak.

  • Teliti Warna Kulit Dan Sisik Insang

Ikan yang masih segar biasa kulitnya nampak berkilat serta mempunyai sisik yang kuat. Manakala, ikan yang tidak segar warna kulitnya kelihatan pudar. Malah, sisiknya juga kelihatan mudah tercabut serta rapuh.

  • Periksa Tekstur Ikan

Mudah sahaja nak tahu ikan masih segar atau tak melalui tekstur ikan. Caranya anda perlu tekan bahagian perut ikan. Jika anda tekan terasa kenyal dan keras.

Maka ikan tersebut masih segar. Manakala, ikan tidak segar, bila anda tekan bahagian perutnya terasa lembik dan penuh dengan lendir. Maka seelok-eloknya elakkan daripada membeli ikan yang dah tidak segar.

resepi-ikan-masak-cuka-2 Resepi Ikan Masak Cuka Simple, Mudah Dan Sedap. Rugi Kalau Tak Cuba Guyss
1001petua.com

Kalau anda nampak ikan yang bahagian perutnya dah pecah pun sebaiknya elakkan daripada beli. Mulai daripada hari ni jadilah pengguna yang bijak.

  • Hidu Bau Ikan

Biasa kalau kita hidu bau ikan kita dah dapat tahu samaada ikan tersebut segar atau tak. Mesti anda tertanya-tanya ehh bukan ke ikan berbau hanyir ke? Macam mana nak tahu ikan tu segar.

Kalau nak tahu, ikan masih segar bila kita hidu masih ada bau laut. Kiranya bau hanyir ikan tu takde la menusuk kuat ke dalam hidung anda. Berbeza dengan ikan tidak segar.

Bila kita hidu biasanya akan berbau hanyir yang sangat kuat. Fuhh kadang-kadang tu sakit hidung ni menahan bau hanyir ikan tidak segar. Huhu bertabah la yer kalau dapat hidu bau sebegitu.

Semoga sedikit perkongsian mengenai tips diatas akan memberikan manfaat buat anda semua. Terima kasih juga buat Raja Amanina yang sudi berkongsi resepi ikan masak cuka. Tak rugi tau kalau anda mencuba untuk memasaknya di rumah.

Mesti anda semua dah tak sabar nak tahu bahan-bahan untuk memasak resepi ni kan? Jom kita usha sama-sama bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak?

Resepi Ikan Masak Cuka

Bahan-bahan:
-ikan apa apa pun boleh je
*kunyit garamkan ikan dan goreng garing garing
-3 ulas bawang merah dihiris
-3 ulas bawang putih dihiris
-1 biji bawang besar dihiris
-2 inci halia
-cili padi dihiris
-1 sudu kecil serbuk kunyit
-1 sudu kecil lada hitam(tumbuk)
-cuka 3-5 sudu besar
-tomato
-sedikit air
-gula garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bawang merah,bawang putih,bawang besar dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kunyit dan lada hitam dan cili padi.
  3. Tambahkan sedikit air dan masukkan cuka. Kemudian, masukkan tomato perasakan gula garam.
  4. Masukkan ikan reneh sekejap je dah boleh tutup api.
  5. Siap untuk dihidangkan untuk seisi keluarga.

resepi-ikan-masak-cuka-2 Resepi Ikan Masak Cuka Simple, Mudah Dan Sedap. Rugi Kalau Tak Cuba Guyss

Semoga perkongsian mengenai resepi ni memberi manfaat buat anda semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini untuk semua kenalan serta insan tersayang. Now, everyone can cook. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.