resepi ikan tongkol rebus kelantan 1

Mengidam nak makan resepi ikan tongkol rebus Kelantan? Perghh sedapnya kalau makan juadah ni bersama budu, ulam serta nasi putih. Memang ramai mengakui juadah ni memang sedap, isinya pejal dan langsung tidak hanyir.

Memang boleh kata, rugi kalau sesiapa tak cuba lagi menu ni. Kalau sesiapa yang menu ni merupakan makanan kegemarannya. Pasti dah berkali-kali telan air liur kan?

Jangan buat main dengan resepi ikan tongkol rebus Kelantan. Tahap kesedapannya tu hingga mampu jadi penawar kepada orang yang kurang selera makan. Kira kalau lepas makan juadah ni.

resepi-ikan-tongkol-rebus-kelantan-2 Resepi Ikan Tongkol Rebus Kelantan. Memang Tak Hanyir, Isi Pejal Dan Sedap

Selera makan tu terus datang tiba-tiba. Yer la siapa yang tak suka kan kalau makan dengan budu serta ulam-ulaman. “Meme sedap sengoti ore kelate oyak”.

Lepas ni kalau nak makan tak perlu dah berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Kita masak jer sendiri dan makan seisi keluarga. Perasaan tu dah macam kat Kelantan hehe.

Resepi ikan tongkol rebus Kelantan memang sangat popular di negeri belah Pantai Timur. Tapi dengan adanya teknologi pada hari ni. Juadah ni dikenali di seluruh Malaysia bahkan hingga ke luar negara.

resepi-ikan-tongkol-rebus-kelantan-2 Resepi Ikan Tongkol Rebus Kelantan. Memang Tak Hanyir, Isi Pejal Dan Sedap
kredit gambar: iluminasi.com

Tak kenal maka tak cinta. Mesti kita semua selalu dengar perumpamaan ni kan? Sama la juga dengan juadah ni.

Tak kenal memang la rasa macam tak nak cuba. Tapi kalau dah sekali cuba makan. Aumm memang berkali-kali minta untuk di masakkan.

Kalau tak percaya, kita semua kena cuba dulu. Baru la boleh komen sedap ke tak.

Tips Masak Ikan Tongkol

resepi-ikan-tongkol-rebus-kelantan-2 Resepi Ikan Tongkol Rebus Kelantan. Memang Tak Hanyir, Isi Pejal Dan Sedap

Nak memasak resepi ikan tongkol rebus Kelantan. Kita kena ketahui tips masak ikan tongkol terlebih dulu. Baru la masakan kita lagi sedap, tekstur ikan pejal dan tidak hanyir.

Tips ni memang berguna buat semua. Tidak kira kita dah pandai memasak atau baru nak belajar memasak. Kan selagi kita hidup kita akan lalui proses pembelajaran?

Jadi tiada istilah dah terlambat untuk belajar pun. So, let’s start from now to learn something new. Fighting guys. 

  • Alaskan Dengan Daun Pandan

Tips masak ikan tongkol untuk hilangkan hanyir. Kita boleh ambil beberapa helai daun pandan untuk dijadikan alas. Lepas letak alas, boleh la susun ikan seperti biasa.

Mudah jer kan? Kemudian, rebus ikan tongkol seperti biasa. InshaAllah bau hanyir pada ikan akan hilang.

  • Tambahkan Cuka Di Dalam Rebusan Ikan

Jika kita nakkan isi ikan tongkol yang pejal. Boleh la kita tambahkan sedikit cuka di dalam air rebusan ikan tadi. Memang gerenti isi ikan tongkol akan jadi lagi pejal.

Nanti bila kita nak goreng atau makan begitu sahaja dengan budu dan nasi. Memang takkan mudah hancur. Nampak cantik jer bila dihidangkan.

  • Pastikan Tudung Ditutup Ketika Proses Merebus 

Bagi memastikan ikan masak dengan sempurna dan sekata. Sebaiknya, kita tutup periuk dengan tudung periuk ketika proses merebus ikan. Nanti ikan akan cepat masak kerana wap panas tidak keluar.

  • Masukkan Gula Melaka

Kalau nak ikan tongkol rebus lagi sedap dan menyelerakan. Kita tambahkan gula melaka ke dalam rebusan ikan. Memang dijamin rasa ikan tongkol rebus lagi sedap.

Ni merupakan petua orang tua-tua dulu. Memang sesiapa yang belum pernah cuba tips ni. Anda kena cuba tau.

Saya kongsikan tips ni pada hari ni supaya kita semua dapat mencubanya. Kalau sesiapa yang sudah cuba tips ni mesti anda tahu betapa sedapnya. Ikan tongkol yang di rebus bila kita masukkan gula melaka.

Aumm sedapnya.

Beza Ikan Tongkol Hitam Dan Tongkol Putih

Mesti semua biasa dengar kan ikan tongkol ada banyak jenis. Tapi mungkin ada sesetengah daripada kita masih tak tahu nak bezakan. Antara ikan tongkol hitam dan tongkol putih.

Mesti ada yang beranggapan yang susahnya nak bezakan ikan tongkol ni. Ada ke beza antara dua jenis ikan tongkol ni? Macam nampak sama jer.

resepi-ikan-tongkol-rebus-kelantan-2 Resepi Ikan Tongkol Rebus Kelantan. Memang Tak Hanyir, Isi Pejal Dan Sedap
kredit gambar: saidila.com

Sebenarnya mudah sahaja nak beza ikan tongkol hitam dan putih. Kalau kita ada ilmu, mesti kita dapat membezakannya. Mana nak dapat ilmu tu?

Haa mesti la kita kena belajar. Ilmu bukannya datang bergolek tanpa kita usaha. Antara cara paling mudah nak bezakan ikan tongkol hitam dan putih.

  • Perhatikan Jalur Pada Bahagian Badan Ikan

Bila kita nak memilih ikan tongkol di pasar raya, pasar basah dan kedai. Kita cuba perhatikan terlebih dahulu pada bahagian badan ikan. Jika ada jalur di bahagian badan ikan.

Maka, ikan tersebut ialah ikan tongkol putih. Manakala, ikan tongkol hitam tiada sebarang jalur pada bahagian badannya. Mudah jer nak bezakan kedua-dua ikan ni.

  • Perhatikan Sirip Ikan

resepi-ikan-tongkol-rebus-kelantan-2 Resepi Ikan Tongkol Rebus Kelantan. Memang Tak Hanyir, Isi Pejal Dan Sedap
kredit gambar: mingguanwanita.my

Macam mana nak perhatikan sirip ikan untuk bezakan ikan tongkol hitam dan putih? Ehh tak perlu la sampai nak bawa pita pengukur semata-mata nak ukur hehe. Cuma perlu perhatikan jer.

Kalau ikan tongkol putih, siripnya lebih pendek berbanding ikan tongkol hitam. Kiranya, kalau kita tengok sirip ikan tongkol yang sedikit pendek. Itu maknanya ia merupakan ikan tongkol putih.

resepi-ikan-tongkol-rebus-kelantan-2 Resepi Ikan Tongkol Rebus Kelantan. Memang Tak Hanyir, Isi Pejal Dan Sedap
kredit gambar: seaproducts.my

Manakala, ikan tongkol hitam pula siripnya panjang berbanding ikan tongkol putih. Wahh senangnya nak bezakan kedua-dua ikan tongkol ni. Tapi kita kena ada ilmu ni terlebih dulu la.

Baru akan lagi mudah, senang dan tidak perlu pening kepala nak memilih. Betul tak? Tak salah pun kita belajar sebab ianya memang berguna nanti.

Ikan Tongkol Yang Jenis Sedap Dimakan

Hmm ikan tongkol hitam ke tongkol putih yang lagi sedap untuk dimasak dengan pelbagai resepi? Kedua-keduanya memang sedap rasanya bila kita masak dan makan. Tapi ramai yang mengakui, ikan tongkol hitam lagi sedap berbanding ikan tongkol putih.

Kenapa ikan tongkol hitam lagi sedap berbanding ikan tongkol putih? Kebanyakan orang kata ikan tongkol putih ni isi dia agak keras. Rasanya juga kurang sedap berbanding ikan tongkol hitam.

Tapi harga ikan tongkol putih lagi murah kalau nak dibandingkan dengan ikan tongkol hitam. Tapi tu cuma pandangan orang. Kalau selera kita suka makan ikan tongkol putih pun apa salahnya.

Dah selera lidah dengan tekak kita tak sama. Nak buat macam mana. So, let’s us decide our own choice. 

Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin kerana sudi berkongsi resepi ikan tongkol rebus Kelantan. Mesti semua dah tak sabar nak memasak kan? Jom kita lihat bahan apa yang diperlukan untuk memasak.

 

Resepi Ikan Tongkol Rebus Kelantan

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol
1/2 keping gula melaka
5-6 keping asam keping
gula dan garam secukup rasa
1 gelas air putih

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan periuk. Kemudian, masukkan ikan tongkol bersama air putih. Anggaran air sekadar untuk bagi tenggelam ikan sahaja.
  2.  Masukkan asam keping. Perasakan dengan gula dan garam.
  3. Kemudian, masukkan gula melaka.
  4. Biarkan ikan tongkol di masak selama 5-8 minit. Kemudian, tutup api.
  5. Siap untuk dihidangkan ke dalam mangkuk bersama cili.

resepi-ikan-tongkol-rebus-kelantan-2 Resepi Ikan Tongkol Rebus Kelantan. Memang Tak Hanyir, Isi Pejal Dan Sedap

Semoga perkongsian mengenai resepi pada kali ni dapat memberikan manfaat buat semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ni untuk yang tersayang. Selamat mencubanya di rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.