Mulut ni rasa payau dan rasa nak makan resepi jeruk mangga jer. Bila tiada selera makan mesti nak kunyah benda yang masam-masam. Lepas makan jeruk mesti lidah ni rasa berselera semula dan nafsu makan pun membuak-buak.
Sebelum ni kalau takde selera nak makan nasi dan bila jeruk masuk dalam mulut. Selera makan jadi membuak- buak semula. Sampai tak menang mulut dan perut nak penuhi permintaan tekak ni haha.
Tapi takpe orang kata kalau selera makan bertambah maknanya hati tengah senang. Tapi sememangnya jeruk mampu membangkitkan nafsu makan sebab kita sebab rasanya yang masam. Haishh tak boleh la cakap topik jeruk ni.
Rasa air liur ni nak meleleh keluar jer sebab boleh rasa mulut ni kunyah jeruk. Lepas tu telinga ni rasa terngiang-ngiang pula bunyi krupp krapp jeruk bila dikunyah. Begitu mengasyikkan sungguh.
Air liur ni tak payah cerita la dah berapa kali telan. Tak mampu nak handle kalau kata craving resepi jeruk mangga. Sebab penangannya tu kalau tak dapat boleh jadikan kita ni macam orang angau.
Haish parah sangat dah ni. Memang satu-satunya cara nak hilangkan angau dan craving dengan makan jeruk jer. Kebetulan, minggu ni mak ada bawakan buah mangga fresh dari hasil kebun.
Perghh memang pucuk dicita ulam mendatang sungguh. Dapat juga merasa makan jeruk homemade dari kebun sendiri. Itu la hasil yang kita dapat jika berbakti pada tanah.
Ni membuatkan saya makin tak sabar nak buat jeruk dan makan. Lagipun cara nak buat senang jer tak susah atau rumit langsung. Rugi kalau kita tak cuba buat sendiri menu ni sebab terlampau senang.
Silap hari bulan budak sekolah rendah pun boleh buat. Bukan apa, kita lagi puas hati jika buat sendiri resepi jeruk mangga berbanding beli. Nak masukkan bahan banyak mana dan ikut suka hati kita tiada orang nak marah.
Paling penting kalau kita ikut resepi ni dengan betul. Memang rasa jeruk kita sama jer dengan kat kedai. Kalau tak percaya kena cuba biar percaya.
Manfaat Mangga Muda Untuk Kesihatan Tubuh Badan
Ramai yang tanya, ada manfaat ke makan resepi jeruk mangga muda kepada tubuh badan. Haa mesti ramai yang masih tak tahu dan tertanya-tanya kan. Saya akan kongsikan serba sedikit manfaatnya kepada tubuh badan kita.
-Melancarkan sistem pencernaan
Mangga muda mengandungi kandungan serat yang tinggi. Bagi memudahkan kita membuang air besar tanpa masalah sembelit.
-Mengurangkan morning sickness ibu mengandung
Disebabkan mangga muda rasanya masam ia membantu mengurangkan rasa loya atau mual.
-Kaya dengan vitamin C
Maka bila seseorang makan mangga muda kulitnya akan lebih sihat, mencerahkan dan melambatkan penuaan. Tapi banyak lagi tau fungsi vitamin C bukan tu jer. Tapi untuk kali ni kita kongsikan serba sedikit sahaja.
Kalau nak tahu lebih lanjut kena la banyak membaca. Makan tu makan juga tapi kesihatan kena jaga. Baru la terhindar dari segala jenis penyakit.
Always remember that ‘an apple a day keeps the doctor away. Dengan erti kata lain, kita perlu beringat sebelum terkena segala penyakit yang berbahaya. Haa semua dah tahu kan manfaat mangga muda.
Selepas ni, kalau nak gaya hidup sihat boleh la amalkan buah-buahan. Terima kasih pada Cik Raja Amanina yang berkongsi resepi jeruk mangga untuk kita cuba bersama. Apa kata kita tengok bahan-bahan diperlukan untuk mula membuatnya.
Resepi Jeruk Mangga
Bahan-bahan:
- Mangga@mempelam muda apa apa jenis pun boleh je
(Lebih kurang 2 kilo) - 3 cawan gula+2 cawan air
- Setengah genggam gula batu
- Segenggam garam(nina guna garam kasar)
- Cili padi secukupnya
- Pewarna optional(tak nak letak pun takpe)
Cara penyediaan:
- Mangga muda dikupas kulitnya hingga bersih. Kemudian, ia dipotong mengikut citarasa masing-masing.
- Masukkan mangga muda yang dipotong ke dalam bekas sederhana serta cuci hingga bersih. Angkat dan toskan seketika.
- Sediakan balang tertutup. Masukkan mangga muda ke dalamnya serta tambahkan garam dan air secukupnya. Pastikan air dimasukkan hingga ke paras mangga muda tadi.
- Tutup balang biar kemas dan biarkan ia selama semalaman.
- Kemudian, mangga muda yang direndam dibilas hingga bersih daripada air rendamannya. Angkat dan toskan seketika.
- Panaskan periuk. Masukkan gula dan sedikit air kemudian kacau. Biarkan ia mendidih hingga gula hancur sepenuhnya (untuk dijadikan air gula). Kalau suka masukkan pewarna hijau kemudian kacau dan biarkan air gula sejuk seketika.
- Sediakan balang tertutup. Masukkan mangga muda, cili padi serta tambahkan air gula. Tutup balang biar kemas dan biarkan ia semalaman untuk dijeruk.
- Check rasa jeruk sebelum dimasukkan balang tadi ke dalam peti ais. Jeruk mangga lebih rangup dan rapuh bila sudah sejuk.
Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat untuk kita bersama. Kongsikan resepi yang sangat simple tapi sedap ini kepada insan tersayang. Just want to share with you guys.
If you want to become success in every aspect you do right now. Do not make a habit to say sometimes or later. This because if you always said those word you will never become success.
If you want to be a successful person, do it right now without any doubt. Kalau kita semua nak pandai memasak pada masa akan datang. Kita kena memasak sekarang.
Selamat mencuba.