resepi kari ikan

Sebut jer resepi kari ikan pasti sudah tidak asing dengan masyarakat di Malaysia. Semua orang kenal dan sememangnya menepati dengan citarasa rakyat Malaysia. Kalau dulu menu ni hanya terkenal dalam kalangan orang India sahaja.

Namun, hari ni menu ini diterima oleh semua orang. Tidak kira masyarakat Melayu, Cina dan sebagainya. Kiranya menu ini menepati citarasa tekak semua orang.

Mesti ada sesetengah daripada kita yang dah telan air liur sekarang ni kan. Disebabkan membayangkan keenakan menu ini. Fuhh dengan bau aroma kuah karinya.

resepi-kari-ikan Resepi Kari Ikan Kuah Kaww Sesuai Dimakan Dengan Nasi Panas

Bila kita hirup kuahnya yang kaw ketika panas-panas. Aumm memang padu. Confirm yang jika tadi tak lalu nak makan nasi.

Tiba-tiba selera makan datang kembali. Hahaha hebat kan penangan resepi kari ikan ni. Bukan calang-calang tau.

Siapa yang tak kuat memang tak mampu menepis godaan masakan ni. Haha mesti ada yang dah tak sabar nak masak kan. Tapi rilek dulu.

resepi-kari-ikan Resepi Kari Ikan Kuah Kaww Sesuai Dimakan Dengan Nasi Panas
youtube.com

Macam biasa, sebelum nak memasak. Kita perlu tahu bahan-bahan apa yang diperlukan. Tips apa yang kita kena pelajari untuk memastikan masakan kita nanti sedap.

Sebabnya bila kita nak memasak resepi kari ikan. Kita mesti nakkan feedback yang positif daripada orang sekeliling kita terutamanya orang yang tersayang. Kita kena pegang prinsip “masak sekali mesti orang nak lagi dan lagi”.

Bukannya bila kita masak sekali. Terus orang sekeliling kita dah tak minta kita untuk memasaknya lagi. Jadi sebab tu kita kena tahu apa teknik, tips berguna yang boleh kita gunakan ketika memasak.

resepi-kari-ikan Resepi Kari Ikan Kuah Kaww Sesuai Dimakan Dengan Nasi Panas
teamtalk.com

Supaya masakan kita nanti lagi sedap dan memukau mata yang melihatnya. Salah satu tips berguna yang anda kena tahu tak lain dan tak bukan. Tips memilih ikan segar di pasar atau di kedai.

Tips Memilih Ikan Segar

Nak memasak resepi kari ikan. Mesti kita memerlukan ikan yang segar. Nanti masakan kita akan lagi sedap dan kaww.

Lagipun bila kita guna ikan yang segar. Isi ikannya lagi manis dan enak dimakan. Aumm bila bercakap pasal makanan automatik perut berkeroncong.

resepi-kari-ikan Resepi Kari Ikan Kuah Kaww Sesuai Dimakan Dengan Nasi Panas
sinarharian.com.my

Oleh itu, kami akan kongsikan tips memilih ikan segar untuk para pembaca semua. Terdapat 5 tips memilih ikan segar.

  • Perhatikan Mata Ikan

Jika anda ke pasar. Benda yang anda senang nak buat jika nak tahu ikan masih segar atau tak. Tak lain dan tak bukan adalah dengan perhatikan mata ikan.

Dari jauh lagi kita boleh tahu samaada ikan masih segar ataupun tidak. Caranya mudah sahaja. Jika ikan segar matanya jernih, berkilat dan cembung.

Berbeza dengan ikan tidak segar matanya kemerah-merahan. Jika terpandangkan mata ikan tak segar terus kita rasa macam kena panahan yang mengerikan. Ish ish ish kekadang tertanya juga.

Samaada ikan ni ada sakit mata ke sampai merah sebegitu matanya. Haha jadi elakkan daripada beli ikan matanya terlalu merah yer.

  • Perhatikan Warna Insang

resepi-kari-ikan Resepi Kari Ikan Kuah Kaww Sesuai Dimakan Dengan Nasi Panas
ikoma.co.id

Sebelum anda membeli ikan sebaiknya anda perhatikan warna insang ikan terlebih dahulu. Ikan yang segar warna insangnya merah terang. Kalau anda tengok warna insang ni memang tanpa berfikir panjang anda akan beli.

Alasannya warna insang yang merah membuatkan kita jadi geram untuk membeli. Berbeza dengan warna insang ikan tidak segar yang coklat kehitaman atau pucat. Tengok pun tak rasa geram.

Rasa geram tadi terus bertukar jadi sedih dan kesian. Huhu entah apa la nasib ikan tu hari ni. Tapi takpe sebab sekurang-kurangnya kita dah tahu bezakan antara ikan segar dengan yang tak segar.

  • Perhatikan Sisik dan Warna Kulit IkanĀ 

resepi-kari-ikan Resepi Kari Ikan Kuah Kaww Sesuai Dimakan Dengan Nasi Panas
kumparan.com

Biasa ikan yang masih segar mempunyai sisik yang kuat dan warna kulitnya sedikit berkilat. Memang bila kita tengok jer warna kulit dan sisik ikan segar. Terus rasa nak beli membuak-buak dalam fikiran kita.

Berbeza ikan tidak segar, jika anda perhatikan sisiknya hampir nak tercabut. Malah, warna kulit ikan ikan juga pudar berbanding kebiasaannya. Maka, elakkan daripada membeli ikan sebegini.

  • Periksa Tekstur Ikan

Cara nak periksa tekstur ikan mudah sahaja. Anda hanya perlu tekan sedikit bahagian perut ikan. Jika rasanya masih pejal dan keras itu maknanya ikan dalam keadaan segar.

Beza dengan ikan tidak segar pula. Jika anda tekan permukaan perutnya lebih lembik. Sebelum tekan lagi, bila kita tengok jer kita dah tahu ikan tersebut tidak segar.

Dan elakkan daripada membeli ikan yang bahagian perutnya sudah pecah. Itu maknanya ikan tersebut dah lama dan tak segar.

  • Bau Ikan

Jika kita sebagai pembeli nak tahu samaada ikan segar ataupun tidak. Mudah sahaja caranya. Sebelum membeli, cuba anda hidu bau ikan.

Ikan yang masih segar akan berbau laut. Berbeza dengan ikan tidak segar yang mengeluarkan bau hanyir dan busuk yang berbeza daripada biasa. Memang ikan semuanya hanyir tapi ada beza tau hanyir ikan segar dengan tak segar.

Sebab itu, penting untuk kita semua belajar tips memilih ikan segar. Nanti kalau kita seorang diri pergi ke pasar untuk beli ikan. Kita dah tak perlu risau untuk memilih ikan segar.

resepi-kari-ikan Resepi Kari Ikan Kuah Kaww Sesuai Dimakan Dengan Nasi Panas
hujjah.net

Dah selesai sedikit perkongsian tips memilih ikan segar. Sekarang, anda semua dah sedia ke untuk memasak? Mesti dah tak sabar kan?

Terlebih dahulu, terima kasih buat Cik Raja Amanina yang sudi berkongsi resepi kari ikan. Jom kita sama-sama tengok bahan apa yang diperlukan untuk memasak resepi ini.

Resepi Kari Ikan

Bahan-Bahan yang Diperlukan:

1/2 ekor ikan tongkol@apa apa ikan pun boleh je
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 paket kecil serbuk kari ikan
1 mangkuk santan pekat
4 sekawan
3 sudu makan cili kisar
1/2 sudu teh halba
1 keping asam keping
2 tangkai daun kari
Bendi, terung, timun
Gula dan garam secukup rasa

Cara-Cara Penyediaannya:

  1. Kisar bawang merah,bawang putih dan halia.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama 4 sekawan, halba dan daun kari hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan masukkan sekali cili kisar.
  4. Tumis hingga rempah garing dan pecah minyak.
  5. Masukkan air sedikit,santan dan asam keping.
  6. Masak hingga kuah mendidih dan sedikit pekat.
  7. Masukkan ikan dan sayur serta perasakan dengan gula dan garam.
  8. Siap untuk dihidangkan.

resepi-kari-ikan Resepi Kari Ikan Kuah Kaww Sesuai Dimakan Dengan Nasi Panas

Semoga sedikit perkongsian dari resepi ini memberi manfaat untuk semua. Jangan lupa untuk kongsikan kepada semua orang yer. Selamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.